[ Pejuang Pena ]

Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Monday, January 9, 2012

Anwar bebas, tidak bersalah.

anwar-dan-isteri
anwar-melambai-ke-arah-penyokong















KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium, empat tahun lalu.


Mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati wujudnya elemen tiada integriti dalam sampel DNA.

Keputusan itu disambut dengan sorakan oleh lebih 6,000 penyokongnya yang membanjiri parkir Kompleks Mahkamah Jalan  Duta di sini.

Keputusan diumumkan sekitar 9.21 pagi.

Terdahulu dengan memakai baju biru dan seluar hitam, Anwar memasuki bilik perbicaraan mahkamah yang penuh sesak diiringi isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anak kira-kira jam 8.50 pagi.

Anwar, 64, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara 3.10 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Kesesakaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Ruang mahkamah dipenuhi anggota keluarga Anwar dan beberapa anggota Parlimen, dan para wartawan tempatan serta asing.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika menyampaikan keputusannya menegaskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel DNA tidak terusik.

"Tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful.

“Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan hanya berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu, dibebas dan dilepaskan,” katanya ketika membacakan penghakiman.

Saiful tidak ada di mahkamah hari ini.
Anwar tersenyum semasa keputusan itu dibacakan dalam mahkamah yang penuh sesak manakala anggota keluarganya kelihatan berpelukan sambil ada yang menitiskan air mata.

Dalam pada itu, peguam utama Anwar, Karpal Singh berkata, keputusan hari ini adalah berdasarkan merit dan pendakwa tidak harus mengemukakan rayuan.

"Ia satu kemenangan yang baik bagi Anwar," kata beliau yang juga Pengerusi DAP.

Ini adalah kes liwat kedua melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat ini selepas didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun pada Ogos 2000 kerana meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.

Bagaimanapun, empat tahun selepas itu, beliau dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Sementara itu, pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusuf Zainal Abiden berkata, mereka belum memutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.

“Kami belum buat keputusan. Kami akan berbincang,” katanya lagi.

Beliau berkata, mereka mempunyai 14 hari untuk mengemukakan rayuan.
Sumber : Sinar Harian.

Thursday, December 22, 2011

Kebangkitan mahasiswa tanda awal kejatuhan pemerintahan BN - Najib sebagai PM terakhir UMNO.


Mahasiswa.. Sudah Bangkit!!!

Kuala Lumpur, 17 Dis : Himpunan aman Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) yang dianjurkan mahasiswa hari ini, 17.12.11 telah berjaya melakar satu sejarah baru kepada gerakan mahasiswa.

Laungan keramat seperti ‘Student Power!’, ‘Anak muda sudah bangkit!’, ‘Mahasiswa sudah bangkit!’, ‘Mansuh AUKU’, dan ‘Tukar Kerajaan!’ telah bergema sepanjang jalan di ibu kota bermula tengahari hari ini sehingga pukul 4 petang.

Perarakan bermula di Masjid Jamek

Menurut sumber, perarakan himpunan telah dimulakan sebaik sahaja selesai solat zohor di Masjid Jamek Kuala Lumpur diketuai Pengerusi BEBAS, Muhammad Safwan Anang@Talib dan pemimpin gerakan mahasiswa lain.

Kehadiran hampir 1,000 mahasiswa dan anak muda serta beberapa wakil parti politik telah membuatkan warga kota hari ini terpegun dan sering kali membunyikan hon kereta sebagai tanda sokongan dengan aksi gempak-gempita anak muda menuntut kebebasan akademik.

Diberitakan YB Tian Chua dari Parti Keadilan Rakyat turut turun bersama mahasiswa dan anak muda berarak ke komplesk membeli-belah SOGO.

Mesej sampai kepada rakyat

Muhammad Safwan dalam ucapannya di hadapan perkarangan SOGO telah menyampaikan amanat penting yang perlu didengar seluruh rakyat Malaysia tentang perjuangan mereka.

“Saya seru ratusan rakyat yang berada di SOGO ini untuk turut bersama kami dalam menuntut kebebasan akademik yang kami bakal serahkan tuntutan memorandum ini kepada wakil pihak kerajaan dan pembangkang sebentar nanti.”, ujarnya yang turut membacakan enam tuntutan BEBAS kepada pemimpin negara.

Selain Safwan, turut menyampaikan ucapan sambil disaksikan ratusan rakyat adalah Ketua Umum Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI), Shahimi Ariffin daripada UniSEL yang menggesa anak muda terutama mahasiswa terus menyatakan sokongan, bukan sahaja dalam himpunan hari ini.

SUHAKAM terima memorandum



Sejurus kemudian, kumpulan mahasiswa berkenaan yang terdiri daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), AKSI, Legasi Mahasiswa Progresif UPSI, PMIUM, ISI UKM, Ma’ruf Club UIAM, Pro-Mahasiswa dan wakil-wakil mahasiswa daripada kampus timur, selatan, utara dan borneo itu terus berarak untuk menyerahkan memo kepada SUHAKAM.

Komisioner Suruhanjaya hak Asasi Manusia, Encik Sani kemudiannya turun untuk menerima memorandum yang diserahkan Muhammad Safwan sebagai tanda hak kebebasan akademik perlu diambil perhatian serius.

Manakala Encik Sani dalam kenyataannya pula menyatakan pihaknya akan mengkaji tuntutan kumpulan mahasiswa terbabit yang turut meminta pihaknya (SUHAKAM) agar membantu usaha suara mahasiswa hari ini.

Di hadapan pejabat SUHAKAM, diberitakan kumpulan mahasiswa berkenaan telah melakukan beberapa gimik yang hampir mencetuskan kemarahan seorang penunggang motosikal.

“Saya bayar road tax, jangan buat kecoh kat sini.”, ujar penunggang motosikal berkenaan yang kecewa dengan tindakan kumpulan mahasiswa yang tiba-tiba duduk di atas jalan raya.

Namun situasi berkenaan berjaya dikawal dengan baik pihak polis yang hari ini menurut wakil kumpulan mahasiswa terkejut dengan sikap ‘baik hati’ pihak polis yang mengawal sepanjang perarakan.

Tiba-tiba Safwan ubah fikiran mahu jumpa Najib

Namun, satu kejutan tiba-tiba dilakukan Pengerusi BEBAS, Muhammad Safwan yang dalam ucapan penutupnya mahu mahasiswa teruskan perarakan setelah hampir dua jam berarak dan mengadakan ‘Speaker Corner’.

Safwan dikhabarkan telah berubah fikiran kerana kecewa tiada pihak kerajaan mahu turun menerima memorandum BEBAS.

“Oleh kerana wakil kerajaan masih tidak terima memorandum ini, kita akan ke PWTC! Kita jumpa sendiri dengan Datuk Seri Najib! Setuju???”, tegasnya yang kemudian disahut dengan penuh semangat oleh mahasiswa.

Datuk Saifuddin terima memorandum

Dan sebaik sahaja mereka tiba di PWTC, secara tiba-tiba kumpulan mahasiwa terbabit diberitakan cuba dihalang sekumpulan ‘Special Branch’ dan pihak polis.

Namun hasil rundingan beberapa minit dengan wakil kerajaan, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sudi turun untuk menerima memorandum BEBAS.

Datuk Saifuddin juga berkesempatan untuk menyampaikan pidatonya yang menyokong usaha mahasiswa menuntut kebebasan akademik.

“Tahniah mahasiswa! Saya akan bersama-sama kamu semua untuk perjuangkan isu ini.”, demikian antara ucapannya.

Diberitakan terdapat juga mahasiswa melaungkan sepatutnya Datuk Seri Najib digantikan dengan Datuk Saifuddin Abdullah sebagai Perdana Menteri Malaysia.


Bendera Najib diturunkan



Namun, selang beberapa minit kemudian, seluruh yang berada di perkarangan PWTC dikejutkan dengan satu aksi menarik mahasiswa.

Sebuah tiang bendera yang menggantung bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tiba-tiba digantikan dengan bendera ‘Academic Freedom’.

Yang menghairankan, tiada seorang pun pengawal keselamatan dan pihak polis yang berjaya mengesan tindakan beberapa mahasiswa tersebut.

Mereka kemudiannya mengarahkan bendera ‘Academic Freedom’ berkenaan diturunkan segera dan digantikan semula dengan bendera yang memaparkan wajah Datuk Seri Najib. – GZDaily

Sunday, December 18, 2011

Ludah muka.

Assalamualaikum Pembloin warga dunia alam maya. Hari ini Sang Pemikir terjumpa video 'panas' di youtube, agak terik juga la. Isu tuntutan mansuh akta AUKU, isu turun bendera.

Video ini merakamkan pejuang Melayu tegar yang penuh bersemangat mempertahankan pemimpin terpenting negara, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak. Sang Pemikir difahamkan 'abang besar' dalam video tersebut berteriak memarahi segolongan mahasiswa yang membuat demonstrasi di PWTC. Adam Adli jadi sasaran utama kerana dialah yang berani meurunkan bendera Dato' Seri Najib kemudian menaikkan bendera mahasiswa. Perbuatan mereka dianggap biadap terhadap pemimpin, dan bagi Sang Pemikir sendiri tidak patut mahasiswa yang berminda kelas tinggi berperilaku kurang sopan (jika benar).

Namun, dari satu sudut lain Sang Pemikir berlapang dada atas perbuatan mereka. Ya, pasti ada sebab yang menyebabkan mereka berbuat demikian?

Sila layan video ini, agak lucu dan gelabah, tapi Sang Pemikir puji sifat kental mereka.
Nak Ludah Muka Mahasiswa? ]

Secara umumnya, nilai baik yang boleh diambil dari 'abang besar' and da gang ini :
1.Keyakinannya terhadap parti yang disokong.
2.Keberanian menentang pihak 'lawan'.
3.Kesungguhan membela kedudukan pemimpin.

Sedangkan nilai negatif juga berpihak kepada mereka :
1.Kekesatan perkataan yang diguna.
2.Pembawakan reaksi kasar beserta esmosi.
3.Akan menyebabkan pergaduhan.

Ini secara ringkas sahaja, selebihnya Pembloin budiman lebih arif daripada Sang Pemikir dalam hal ini.

Semasa belek-belek youtube tadi, Sang Pemikir terjumpa pula video edit dari seorang si fulan menggunakan video yang sama mengenakan 'abang besar' and da gang.

Saksikan, memang lawak dan kreatif, seolah-olah seni martial art Jepun Aikido dipraktikan di sini; menggunakan kekuatan dan tenaga pihak lawan untuk menyerang dan menjatuhkan mereka semula.
Panglima Nak Ludah Mahasiswa Remix ]

Yang ini lagi lawak tahap gaban.
KP | Panglima nak ludah muka buku ]

Apa komen anda semua?
Apa yang baik, ambil dan amalkanlah dan apa yang buruk, tinggal dan perbaikilah.

Dan Sang Pemikir sertakan juga di sini respon Saudara Ahmad Syukri Abd Razab selaku Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia terhadap insiden tersebut.

Penerangan yang sangat berkeyakinan tinggi, matang, tenang, tidak gugup, bertenaga, dan dari raut
wajahnya tampak telus dan ikhlas.  [ Isu turun bendera, SMM: Kami buat cara beradab ]

Apa pula komentar Tun Mahathir? Huh, tersentak Sang Pemikir.
ANTI AUKU : Mahasiswa Melayu saja yang ghairah berpolitik ]

Ikuti juga berita dari Buletin Antarapos.com
Turun Bendera Najib : Adam Hampir Ditumbuk ]
Turun Bendera Najib : Adam Tidak Kesal ]

Berita Media Mahasiswa.
Demo Adam Adli ]
Kenyataan MP terhadap isu Adam Adli ]


Berita dari Sinar Harian. [ "Saya sedia hadapi hukuman"- Adam Adli ]


Berita dari Media UMNO.

Berita dari Peraktoday.com [ Tindakan Adam Adli Kurang Sopan-DS Zambry ]

Berita dari AbuAqifstudio.

Lihat. [ Bila Budi Bicara - Adam Adli Biadap ]
Lihat. [ Apa Pendapat Afdlin Shauki Mengenai Adam Adli Bendera ??? ]
Lihat. [ Pc Adam Adli yg begitu kurang ajar bersama chegubard ]

Lihat. [ we're all againsts ADAM ADLI ]
Lihat. [ MUHAMMAD AIMAN CABAR ADAM ADLI, SAIFUDDIN & SMM! ]
Lihat. [ Adam Adli on Diskusi Anak Muda ]


"Kalau nak cakap soal hormat pemimpin, penyokong UMNO lagi biadab kencing atas gambar pimpinan PAS."

Takbir!
Takbir!
Takbir!

Friday, December 16, 2011

Ariff Alfian pelajar Malaysia kahwini lelaki gay di Dublin.

GAMBAR PERKAHWINAN PASANGAN GAY DARI MALAYSIA – ARIFF ALFIAN ROSLI, PELAJAR TAJAAN PETRONAS KAHWINI TEMAN LELAKI DI DUBLIN. ARIFF DILAPORKAN HILANG OLEH AHLI KELUARGA KINI KAHWINI SEORANG LELAKI GAY DENGAN BERBAJU MELAYU DAN TENGKOLOK.
Dari kiri : Jonathan dan Ariff Alfian Rosli bercium mulut selepas dikahwin kan.
Perkahwinan pasangan gay Jonathan dan Ariff Alfian Rosli (pelajar tajaan PETRONAS) mula menarik perhatian ramai pihak. Perkahwinan yang dilakukan secara besar-besaran ini bertempat di Dublin, Ireland. Ariff Alfian Rosli sebelum ini telah dikhabarkan hilang oleh ahli keluarga tapi nampaknya sebab kehilangannya kini sudah terjawab.

Siapa Ariff Alfian?
Ariff Alfian Rosli ini merupakan pelajar perubatan tajaan Petronas dan tidak dapat dihubungi oleh keluarga mereka selama 3 tahun. Menurut ayah Ariff Alfian Roslin, Rosli Haron, dia dan isteri telah 8 kali pergi ke Dublin untuk mencari anaknya. Dan hari ini misteri kehilangan Ariff telah terbongkar apabila dia didapati telah berkahwin dengan Jonathan, seorang lelaki warga Dublin.
ariff alfian rosli telah di beritakan hilang pada 12 dec 2011 oleh bapanya melalui utusan.pihak Petronas telah pun menyaman ayah Ariff selaku penjamin pertama dengan menuntut kembali wang pengajian RM890,000 yang telah dilaburkan kepada Ariff.
Tapi yang tambah peliknya, Ariff Alfian Rosli masih mengenakan pakai tradisional Baju Melayu bersongket dan memakai tengkolok seperti perkahwinan Melayu yang biasa. Walaupun perkahwinan yang terlarang tapi adat pemakaian Melayu masih belum dilupakan.


ariff alfian



“Kahwin GAY pakai baju melayu?? Memalukan!” – herdik seorang melayu berpakaian dan berambut ala K-Pop. - twitter
Sumber : GAMBAR ARIFF ALFIAN KAHWINI LELAKI GAY DUBLIN | illustrasiaku .com

Ikuti juga laporan di mynewshubSaya Akan Kekal Muslim Hingga Akhir Hayat – Ariff Alfian.

Thursday, December 15, 2011

Hudud?

Assalamualaikum semua warga blogger dan salam sejahtera kepada semua sahabat pejuang pena yang disayangi sekalian. Sang Pemikir ingin menyentuh sedikit mengenai bicara hudud yang kepoh dibangkitkan sekumpulan 'manusia' baru-baru ini. Kemudian video itu dibalas oleh pihak lain yang terpanggil untuk menjawab dan menenangkan semula keadaan yang boleh dianggap 'panas' dan boleh mengelirukan rakyat itu.

Bagi sesiapa yang sudah dan akan menonton video dibawah ini, Sang Pemikir mahu tinggalkan di sini beberapa persoalan buat tatapan semua Pembloin untuk menilai sendiri bagaimana tahap pemikiran mereka. Apakah prinsip dan pegangan mereka terhadap hukum Allah yang diturunkan untuk mendisiplinkan umat manusia? Apakah terjejas aqidah dan keimanan mereka pada agama Islam kita yang suci? Bagaimana pandangan orang bukan Islam terhadap orang Islam apabila orang Islam sendiri memperlekeh hukum agama Islam? Apakah perlu mereka mengeluarkan pendapat peribadi mengenai hukum hudud dan dipertontonkan umum? (Bukankah satu dunia boleh lihat laman youtube?) Siapakah mereka dan apakah autoriti mereka untuk mengeluarkan hukum hudud yang bukan isu kecil dalam perbincagan Islam? Sekalipun mereka berpendapat mengenai hukum hudud adakah ia bertepatan dengan konsep sebenar ataupun meleset ke lencongan 'maut'? Apakah motif dan tujuan video ini dihasilkan? Apakah kesan dan kebaikan terhadap masyarakat, Islam mahupun bukan Islam, daripada video ini?

Ada lagi persoalan Sang Pemikir mahu lontarkan tapi cukuplah setakat itu sahaja bagi menggerakkan minda muda mudi Melayu kini.

Video inilah Sang Pemikir maksudkan.

[ LAGI HUDUD PAS ]

Dan di bawah ini pula bagi Sang Pemikir adalah sebagai membidas hujah lantas bertujuan meredakan tohaman kasar oleh kru-kru video di atas. Video ini nampak lebih santai dan betul-betul sembang rakyat. Jalan cerita menarik dan kelihatan lebih realiti dan hidup.

[ Oley!! ]

Suka juga Sang Pemikir sertakan respon dan komentar oleh Ustaz Zulkifli Ahmad mengenai video 'Lagi Hudud Pas'. Kata-katanya yang ringkas tapi terkandung isi penting yang padu, padat, dan penuh hikmah.

[ ust Zul hukum video sembang rakyat ]

Semasa Sang Pemikir jalan-jalan di dunia blog untuk mencari jawapan mengenai video 'Lagi Hudud Pas', Sang Pemikir ada terjumpa pembongkaran siapakah dalang dalam pembikinan video tersebut, suka juga di sini Sang Pemikir lampirkan laman sesawang itu. Pandai-pandailah Pembloin semua ukur ya?

Apa pula kata Ustaz Azhar Idrus? Layan...
Hukum Hina,Sindir atau Mempertikaikan Hukum Hudud ]

Ok. Itu saja untuk entry kali ini. Semoga akal kita dipandu dengan fahaman yang bersih dan fikiran yang jernih. Amin.