[ Pejuang Pena ]

Showing posts with label Masalah Agama. Show all posts
Showing posts with label Masalah Agama. Show all posts

Friday, December 23, 2011

Pendirian as-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab.


Beliau mempunyai pendirian tegas dalam hal Takfir (kafir-mengkafirkan orang lain). Sungguh ramai orang yang mengutuk beliau kerana terdapat beberapa percakapan yang disandarkan pada beliau, kemudian ada dakwaan penjatuhan hukum kafir bagi sesiapa yang melanggari pendapatnya. Ini dia as-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab menangkis semua rekaan dan tohmahan yang dinisbahkan kepadanya, dicatat dalam penulisan beliau ar-Risalat-ul-'Ula ditujukan pada kumpulan rakus itu :

Maka tiada terahsia lagi, aku telah tahu bahawa risalah dari Sulaiman bin Sahim telah sampai pada kalian. Beliau telah terimanya lalu membenarkan sebahagian orang dengan ilmu yang asalnya datang dari kalian. Allah sahajalah yang tahu identiti si pemuda yang melontarkan tuduhan perkataan yang tidak pernah aku sebut itu, padahal kebanyakan tuduhan itu langsung tidak kembali padaku.

Antara perkataan itu :
1. Aku menidakkan penulisan keempat-empat mazhab.
2. Aku berkata bahawa manusia yang lahir selepas tahun enam ratus itu sia-sia.
3. Aku mendakwa telah sampai tahap ijtihad dan keluar dari medan taqlid.
4. Aku berkata bahawa perselisihan ulamak itu suatu kesumat dendam.
5. Aku juga mengkafirkan sesiapa yang bertawassul dengan orang soleh, termasuklah Imam al-Busiri                     
telah kukafirkan kerana dalam kata-katanya menyebut ‘wahai sebaik-baik makhluk’.
6. Aku berkata kalaulah aku mampu menghancurkan qubah Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam akan 
kuhancurkan. Begitu juga pada Ka’bah, akan kugantikan saluran airnya dengan kayu.
7. Aku mengharamkan ziarah makam Nabi Muhammad sollallahu ‘alaihi wasallam, qubur ibu bapa dan 
qubur-qubur lain.
8. Aku juga mengkafirkan sesiapa yang bersumpah dengan selain nama Allah. Aku mengkafirkan Ibnu 
al-Faridh dan Ibnu ‘Arabi.
9. Aku membakar kitab Dalail-ul-Khairat, dan Raudh-ur-Riahin malah kunamakannya
Raudh-us-Shayatin.

Jawapanku terhadap masalah ini, aku katakan (ayat daripada al-Quran), maksudnya : Maha suci engkau ya Allah ini semua adalah pembohongan yang besar.

Sesiapa yang mendustai Nabi Muhammad sollallahu ‘alaihi wasallam, secara tidak langsung dia telah mencaci Nabi Isa bin Maryam ‘alaihissalam serta para solihin. Hati mereka tidak lain tidak bukan suka mengada-adakan cerita dan kata-kata yang palsu. Allah berfirman dalam surah an-Nahl ayat 105, maksudnya : Hanyasanya golongan yang suka mereka-reka pembohongan itu adalah mereka yang tidak percaya pada ayat-ayat Allah.

Mereka juga membuat dakwaan palsu bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam berkata, “Sesungguhnya para malaikat dan Nabi Isa ‘alaihissalam tercela di dalam neraka.” Justeru Allah menurunkan ayat 101, surah al-Anbiyak, maksudnya : Mereka yang telah mendapat kebaikan dari tuhannya mereka itu dijauhkan dari neraka.

Wednesday, December 21, 2011

Kisah pemuda Arab dengan Paderi.

Assalamualaikum.
Gambar hiasan
Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah Subhanahu wata'ala memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas  sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula-mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?"
Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itu pun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."

Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai roh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca Basmalah dia berkata,
-Satu yang tiada duanya ialah Allah Subhanahu wata'ala.
-Dua yang tiada tiganya ialah malam dan siang. Allah berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." [al-Israk : 12]
-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Quran.
-Lima yang tiada enamnya ialah solat lima waktu.
-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ketika Allah menciptakan makhluk.
-Tujuh yang tiada lapannya ialah langit yang tujuh lapis. Allah berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rab yang maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." [al-Mulk : 3]
-Lapan yang tiada sembilannya ialah malaikat pemikul Arasy ar-Rahman. Allah berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan malaikat menjunjung Arasy Rabmu di atas (kepala) mereka." [al-Haqqah : 17]
-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mukjizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim kebuluran, katak, darah, kutu dan belalang.*
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah kebaikan. Allah berfirman, "Sesiapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali ganda." [al-An'am : 160]
-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah saudara-saudara Nabi Yusuf.
-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah mukjizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu' lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." [al-Baqarah : 60]
-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai roh adalah waktu Subuh. Allah berfirman, "Dan waktu Subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." [at-Takwir : 18]
-Kuburan yang membawa isinya adalah ikan yang menelan Nabi Yunus.
-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf pada barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka," tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohon ampun bagimu kepada Rabku. Sesungguhnya Dialah yang maha Pengampun lagi maha Penyayang." [Yusuf : 98]
-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara keldai. Allah berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." [Luqman : 19]
-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, malaikat, unta Nabi Soleh dan kambing Nabi Ibrahim.
-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." [al-Anbiyak : 69]
-Makhluk yang terbuat dari batu adalah unta Nabi Soleh, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi.
-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah tipu daya wanita, sebagaimana firman Allah, "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." [Yusuf : 28]
-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai lima buah, tiga di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya : Pohon adalah tahun, ranting adalah bulan, daun adalah hari dan buahnya adalah solat yang lima waktu, tiga dikerjakan di malam hari dan dua di siang hari.



Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?" Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekhuatirannya, namun tidak berhasil. Orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda."

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah : Asyhadu An-La Ilaha Illallaha wa-Asyhadu Anna Muhammadan-Rasulullah."

Lantas paderi dan orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**

* Penulis tidak menyebutkan yang kesembilan.
** Kisah nyata ini diambil dari Mausu'ah al-Qisas al-Waqi'ah melalui internet.

Sunday, October 30, 2011

'Betul’ dan ‘salah’ (dalam amal Ibadat dan Muamalat).

as-Sohih wal-Batil.


Yang ‘betul’ adalah jika dia memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat yang menepati syarak serta diikuti kesan-kesannya dalam syarak. Yang ‘betul’ dalam bab Ibadat di sisi Fuqahak : Seseorang itu mestilah melakukan sesuatu yang dapat sampai tahap Qadhak (lepas tanggungjawab/melakukan perkara itu dengan sempurna). Sesiapa yang mengerjakan solat dalam keadaan Toharah (bersih dari hadas kecil dan besar/wudhuk) dengan ragu-ragu maka solatnya tadi tidak sah kerana tak sampai lagi tahap Qadhak. Yang ‘betul’ dalam Muamalat : Seseorang itu mengikuti kesan yang terdapat dalam syarak; iaitu perkara yang disyarakkan padanya, seperti memberi manfaat dalam suatu transaksi jual beli atau memperoleh kesedapan (kesenangan/kebahagiaan) dalam perkahwinan.




Yang ‘tidak betul’ pula ialah perlakuan yang dilakukan oleh seorang mukallaf yang tidak menepati rukun-rukun dan syarat-syarat yang dituntut, dan dia juga tidak memenuhi kesan-kesannya dalam syarak. Ini dinamakan di sisi jumhur sebagai ‘salah’ (batal) dan ‘rosak’ (tidak sah), kedua-dua ini serupa sahaja pada pandangan mereka, sama ada dalam bab Ibadat mahupun Muamalat. Solat batilah (batal) dan solat fasidah (rosak) adalah sama, tidak gugur kewajiban dan tidak telepas tanggungan. Jual beli batil sama seperti jual beli fasid, tidak dapat memindahkan hak milik di antara kedua-dua pengakad (penjual dan pembeli), dan tidak dituruti hukum syarak padanya. Ulamak mazhab Hanafi berkata : Tiada beza antara ‘salah’ dan ‘rosak’ dalam bab Ibadat, ia sama ada ‘betul’ ataupun ‘tak betul’. Begitu juga dalam hal perkahwinan, perkahwinan yang batil sama sahaja dengan perkahwinan fasid, tidak membawa apa-apa faedah pada menghalalkan mut’ah, dan tidak dituruti kesan padanya (perkara yang dibolehkan dalam perkahwinan). Pada akad-akad dan perbelanjaan juga; iaitu pada Muamalat Moden, maka akad itu adalah sama ada ‘betul’, ‘salah’, atau ‘rosak’.


Yang ‘salah’ apabila ada padanya kecacatan pada asal dan asas akad, boleh jadi pada sighah (bentuk jual beli), penjual dan pembeli, atau pada barang yang diurusniagakan, dan tidak dituruti hukum syarak padanya, seakan-akan membuat urusan jual beli kepada orang gila, atau kanak-kanak belum baligh, atau jual beli itu kepada orang yang tiada, atau perkahwinan dengan salah satu mahram (perkahwinan juga termasuk dalam akad).


Dan yang ‘rosak’ adalah kecacatan yang berlaku pada sifat (ciri-ciri) di antara sifat akad, boleh jadi pada pada perkara kecil yang menjadi pelengkap bagi akad; iaitu pada salah satu syarat luaran yang berkaitan dengan hakikat dan rukun-rukun akad itu, ia menuruti sebahagian kesan-kesan jika memenuhi rukun-rukun urusan (akad) dan hal-hal asas, seperti membuat jualan dengan harga yang tidak diketahui, atau berganding dengan syarat yang tidak sah, atau perkahwinan tanpa saksi, di sisi ulamak mazhab Hanafi mengatakan ia menuruti keburukan dalam sebahagian kesan-kesan. (Dengan urusan seperti di atas) Maka berubahlah pemilikan yang buruk dengan satu transaksi kepada jualan fasid, membayar mahar dan beriddah adalah wajib bagi perkahwinan yang fasid, tetapi nasab (nisbahkan nama ayah kepada si anak) selepas berlaku persetubuhan adalah tetap (tak boleh menafi nasab).


*Catatan Sang Pemikir : Artikel ini merupakan terjemahan daripada salah satu bab dalam kitab al-Wajiz fi Usul-il-Fiqh karangan Doktor Wahbah az-Zuhaili.

Saturday, October 29, 2011

Bid'ah secara ringkas.


Assalamualaikum warahmatulllahi wabarakatuh.

Di sini Sang Pemikir mahu buat satu penerangan ringkas tentang Bid'ah. Secara overalnya, kumpulan yang berpendapat tentang bid’ah ni ada dua (tanpa kita klasifikasikan kumpulan mana satu sebab amalan seseorang jangan disandarkan pada kumpulannya, sandar pada individu tu sendiri) :

1.Menerima bid’ah hasanah (atau tak menyebut bid’ah tapi terus dikategorikan kepada hukum yang lima) kerana adanya sumber daripada dalil/nas umum. Amalan tersebut dianggap bid’ah dari segi lughah sahaja kerana ia perkara yang baru dibuat, tapi masih lagi ada sandaran pada agama. Adapun bid’ah sayyi-ah/mazmumah/dholalah (wa ma shabaha zalik) mereka tolak sekeras-kerasnya kerana tak ada sandaran yang kukuh pada sunat mahupun wajib.

2.Menolak bid’ah kerana menganggap para salafussoleh tak pernah melakukannya. Golongan ni melihat bid’ah sebagai apa yang nabi dan para sahabat tak pernah buat itu dikira bid’ah, dan setiap bid’ah membawa ke neraka. Mereka kata kalau amalan tu sabit maka para salafussoleh lebih dahulu mengamalkannya.

Ambil perhatian :

- Perbincangan bid’ah ni adalah khilaf, tak termasuk dalam ibadah tauqifiah, hanya taufiqiah sahaja. Dan setiap orang perlu berlapang dada menerima pendapat pihak yang berlawanan.

- Kumpulan yang menerima perlu faham bahawa amalan yang mereka lakukan bukanlah wajib. Kalau mereka anggap wajib maka itulah bid’ah sebab nabi tak pernah wajibkan. Biasanya dalil yang mereka pakai hanyalah dalam sighah mandub.

- Kumpulan yang menolak perlu realistik bahawa apa yang pihak yang mengamalkan tu bukanlah wajib, tak perlulah mengharamkan perbuatan dan mengkafirkan si pelaku. Kalau mereka haramkan maka itulah bid’ah sebab nabi sendiri tak pernah kata amalan tu haram, malah ada dalil lagi yang mereka sandarkan.

- Kumpulan yang menerima tak perlulah menghebahkan amalan baru mereka tu kepada orang awam dengan mengatakan ia sunat dari nabi. Cukuplah ia beramal sebagi taqrib ila-Allah, tapi kena pastikan bahawa amalan tu ada sandaran pada dalil, jangan main suka-suka reka, dan pastikan ada ulamak yang dipercayai mengiqrar amalan tu. Sebab itulah menuntut ilmu ni mesti berguru dan bersanad.

- Kumpulan yang menolak tak perlulah mengishtiharkan pada khalayak ramai amalan si pembuat bid’ah (yang mereka kata la) haram qat’ie. Cukuplah dia berpegang dengan ilmu dan keyakinan dia bahawa amalan tu tak sesuai bagi dia, dan membiarkan mereka yang mengamalkan tanpa ada halangan.



- Masalah sekarang, kumpulan yang menolak ni melarang sekeras-kerasnya sebab mereka anggap amalan tu adalah kemungkaran, dan mencegah kemungkaran adalah wajib. Maka mereka mencegah sehabis mungkin berpandukan hadis yang sama (hadis tentang pelaku bid’ah akan masuk neraka), padahal banyak lagi hadis-hadis lain yang mereka tak pandang. Para sahabat dulu pun ada buat perkara baru (tambah bacaan dalam I’tidal, berada dalam keadaan wuduk setiap masa, baca surah al-Ikhklas setiap kali habis satu surah lepas baca al-Fatihah ketika solat, dll). Islam itu luas dan jangan disempitkan. Sebagai contoh, dalil wudhuk, keempat-empat mazhab berlainan pendapat dalam bab menyapu kepala walaupun dalilnya sama, itu dalam perkara wajib, apatah lagi perkara-perkara lain yang bukan wajib.

- Soal kita nak melabelkan seseorang tu kafir atau seumpamanya bukan la kerja kita, Allah saja maha tahu. Siapa yang terima amalan yang dikatakan bid’ah tu boleh (tak salah) dan siapa yang nak tolak pun boleh, yang tak boleh adalah mewajibkan dan mengharamkan. Sebab tu yang paling penting pergi mengaji, jangan pandai-pandai buat hukum sendiri (ditujukan pada dua-dua kumpulan).

- Kedua-dua belah kumpulan masing-masing menggunakan hujah yang tak kuat, jadi penyelesaiannya kenalah bertolak ansur dan berfikiran terbuka.

- Wahai semua Pembloin! Contoh-contoh dan dalil-dalil boleh cari sendiri di internet (sangat banyak).