[ Pejuang Pena ]

Showing posts with label Tokoh. Show all posts
Showing posts with label Tokoh. Show all posts

Monday, December 12, 2011

Mahavira, 599-527 SM.


Mahavira (yang bermaksud pahlawan besar) adalah nama yang biasa digunakan kaum Jain bagi Vardhamana, tokoh utama pengembang agama mereka.

Vardhamana dilahirkan sekitar tahun 599 sebelum Masihi (SM) di India sebelah timur laut, daerah yang sama dengan Gautama Buddha dilahirkan walaupun segenerasi lebih duhulu. Anehnya, cara kehidupan kedua-dua orang itu banyak persamaan yang menarik. Vardhamana anak bongsu kepada seorang yang terkemuka (terkenal), seperti juga Gautama dibesarkan dalam kemewahan. Ketika umur tiga puluh tahun, dia menjauhkan diri dari kekayaan, ahli keluarganya (dia mempunyai seorsng istri dan seorang anak perempuan), meninggalkan lingkungannya yang nyaman, kerana memutuskan untuk mencari kebenaran dan kepuasan spiritual.

Vardhamana menjadi pendeta aliran disiplin Parsvanatha, walaupun kecil namun teramat keras aturannya. Selama dua belas tahun dia melaksanakan meditasi dan renung diri, dan selama itu juga dia melaksanakan batasan-batasan moral serta hidup dalam kepapaan. Kerap puasa, tiada milikan peribadi dalam bentuk apa pun, tidak sebuah cangkir atau pun piring untuk meneguk air dan mengumpulkan sesuap nasi pemberian orang. Meskipun pada mulanya dia berbaju, tetapi kemudian dicampakkannya dan berjalan ke sana sini dalam keadaan tubuh sepenuhnya telanjang bulat. Dia biarkan serangga merayapi badannya dan tak diusir walau binatang itu menggigit kulitnya. India itu tempatnya golongan suci berkeliaran kian kemari, masuk kampung keluar kampung, melintasi rentas dan selokan, jauh lebih ramai dari sebangsanya di Barat. Walau penampilan dan tingkah laku Mahavira sering menimbulkan godaan orang, cercaan, hinaan dan tamparan, semua tohmahan itu ditelannya belaka tanpa balasan.

Tatkala umurnya mencapai empat puluh dua tahun, Mahavira akhirnya memutuskan bahawa dia sudah mencapai kecerahan spiritual. Dia habiskan sisa umur tiga puluh tahunnya dengan berkhutbah dan mengajar pendalaman spiritual yang sudah diraihnya. Ketika dia meninggal dunia pada tahun 527 SM, dia sudah memperoleh ramai pengikut.

Dalam beberapa hal doktrin, Mahavira amat mirip dengan ajaran Buddha dan Hindu. Kaum Jain percaya bahawa apabila jasad manusia mati, sang jiwa tidaklah terikut mati bersama sang jasad tapi beralih ke badan lain. Doktrin perpindahan jiwa ini adalah salah satu dasar fahaman Jainist. Jainisme juga percaya kepada karma, doktrin tentang etika konsekuensi dari sesuatu perbuatan akan menimpanya masa akan datang. Untuk mengurangkan pertambahan beban dosa dari sesuatu jiwa (untuk menyucikannya) merupakan tujuan utama dari ajaran agama Jain. Sebahagian Mahavira mengajarkan, ia boleh dicapai dengan cara menjauhi kesenangan. Khusus buat pendeta-pendeta Jain, dianjur melaksanakan hidup dengan kesederhanaan yang ketat. Adalah suatu kemuliaan apabila seseorang membiarkan dirinya mati kering-kontang kelaparan!

Aspek agama Jain yang sangat penting adalah tekanannya pada doktrin ahimsa (tanpa kekerasan). Jain menegaskan bahawa ahimsa termasuk sikap tanpa kekerasan terhadap binatang dan manusia. Akibat dari kepercayaan ini, mereka cuba menjadi vegetarian (cuma makan tumbuhan termasuk rumput dan alang-alang jika berkehendak). Tapi penganut yang taat kepada agama Jain ini melakukan lebih jauh dari itu; nyamuk yang menggigit diri dibiarkan sahaja; biarkan diri lapar, dan hanya makan di tempat gelap. Bukankah kalau gelap boleh jadi dimasuki lalat atau tertelan kala jengking? Lagi, penganut Jain apabila mahu menyapu jalan atau pekarangannya, dia akan mengupah orang lain melakukannya, takut siapa tahu terpijak serangga atau cacing.

Dari kepercayaan-kepercayaan begini, jelaslah penganut Jain sukar diharap untuk mencangkul tanah. Di tanah banyak semut, cengkerik dan binatang kecil yang lain. Boleh mati dipenyek serangga itu! Maka ternyata memang kaum Jain tidak bergerak dalam bidang pertanian. Dan banyak lagi kerja tangan yang dilarang oleh agama mereka. Walhal, agama Jain boleh dijadikan contoh seberapa jauh yang mana mereka boleh mempengaruhi tingkah laku dan cara hidup masyarakat. Meskipun mereka hidup di atas area tanah agrikultur, majoriti penganut Jain berabad lamanya berkecimpung dalam bidang perdagangan. Sikap agama Jain mendorong mereka bekerja rajin. Kesannya, tidak hairanlah kaum Jain termasuk dalam golongan berada manakala penyertaan mereka dalam kegiatan kesenian dan intelektual India cukup banyak dan menonjol.

Asalnya, agama Jain tak mempunyai sistem kasta. Tapi, berkat interaksi terus-menerus dengan agama Hindu, sistem ini lalu berkembang dalam Jainisme, walaupun tidak seekstrim Hindu. Meskipun Mahavira sendiri tidak berbicara perihal tuhan atau dewa-dewa, akhirnya dakyah penyembahan terhadap dewata muncul juga kerana terdapat perembesan Hinduisme ke Jainisme dalam bahan-bahan tulisan Mahavira. Dari jurusan lain ada pula pengaruh yang masuk, iaitu Jainisme yang mempengaruhi Hinduisme. Misalnya, penolakan Jainisme terhadap pembunuhan binatang dan makan daging tampak mempengaruhi kalangan agama Hindu. Lebih jauh lagi, doktrin Jain tentang 'tanpa kekerasan' telah menjadi pengaruh yang berlanjutan dalam fahaman orang India, bahkan hingga ke zaman moden. Misalnya, Gandhi teramat kuat terpengaruh dengan ajaran-ajaran falsafah Jain Shrimad Rajachandra (1867-1900), yang dianggap salah seorang gurunya atau lebih spesifik guru spiritualnya.

Agama Jain tak pernah ada pengikut dalam jumlah besar. Kini seluruh jumlah mereka di India hanya sekitar 2,600,000. Ini rasanya bukanlah suatu jumlah besar jika dibanding dengan jumlah penduduk dunia. Tapi, bila digabung jumlah mereka  antara 2500 tahun, tentu merupakan jumlah yang besar juga. Dalam hal menetapkan makna terpenting terhadap Mahavira, kita harus memperincikan agama Jain, yang mungkin lebih dari lain-lain agama, ia ada pengaruh yang lestari terhadap kehidupan para penganutnya.

Friday, November 11, 2011

Niels Bohr, 1885-1962.



Khinzir, katak, tenggiling, manusia, semuanya mempunyai bapa, secara rasmi atau tidak rasmi. Begitu juga teori struktur atom,  juga ada bapa. Itulah teori Niels Henrik David Bohr yang lahir tahun 1885 di Kopenhagen. Pada tahun 1911 dia raih gelar doktor fizik dari Universiti Copenhagen. Tak lama sesudah itu dia pergi ke Cambridge. Di situ dia belajar di bawah asuhan J.J. Thompson, ilmuwan ternama yang menemui elektron. Hanya dalam beberapa bulan sesudah itu Bohr pindah ke Manchester, belajar pula dengan Ernest Rutherford yang beberapa tahun sebelumnya menemui nucleus (bahagian inti) atom. Rutherford inilah yang menegaskan (berbeza dengan pendapat-pendapat sebelumnya) bahawa atom umumnya kosong, dengan bahagian pokok yang berat pada tengahnya dan elektron di bahagian luarnya. Tak lama sesudah itu Bohr segera mengembangkan teorinya sendiri yang baru serta radikal tentang struktur atom.

Kertas kerja Bohr yang bagaikan membuai sejarah "On the Constitution of Atoms and Molecules" diterbitkan dalam Philosophical Magazine tahun 1933.

Teori Bohr memperkenalkan atom sebagai sejenis miniatur planit mengelilingi matahari, dengan elektron-elektron mengelilingi orbitnya sekitar bahagian pokok, tetapi dengan ada perbezaan; bilamana hukum-hukum fisiz klasik mengatakan tentang putaran orbit dalam segala ukuran, Bohr membuktikan bahawa elektron-elektron dalam sebuah atom hanya dapat berputar dalam orbitnya dalam ukuran spesifik tertentu. Atau dalam rumusan lain; elektron-elektron yang mengitari bahagian pokok berada pada tingkat energi (kulit) tertentu tanpa menyerap atau memancarkan energi. Elektron dapat berpindah dari lapisan dalam ke lapisan luar jika menyerap energi. Sebaliknya elektron akan berpindah dari lapisan luar ke lapisan lebih dalam dengan memancarkan energi.

Teori Bohr memperkenalkan perbezaan radikal dengan gagasan teori klasik fizik. Beberapa ilmuwan yang penuh imajinasi (seperti Einstein) segera bergegas memuji kertas kerja Bohr sebagai suatu "masterpiece" suatu kerja besar; meski begitu, banyak ilmuwan lain pada mulanya menganggap janggal kebenaran teori baru ini. Percubaan yang paling kritis adalah kemampuan teori Bohr menjelaskan spektrum dari hydrogen atom. Telah lama diketahui bahawa gas hydrogen jika dipanaskan pada tingkat kepanasan tinggi, akan mengeluarkan cahaya. Tetapi, cahaya ini tidaklah mencakup semua warna, hanya cahaya dari sesuatu frekuensi tertentu sahaja. Nilai terbesar dari teori Bohr tentang atom adalah berangkat dari hipotesis sederhana tetapi sanggup menjelaskan dengan ketetapan yang mengagumkan tentang gelombang panjang yang seakan-akan dari semua garis spektral (warna) yang dikeluarkan oleh hidrogen. Lebih jauh dari itu, teori Bohr memperkirakan adanya garis spektral tambahan, tidak didapati pada keadaan sebelumnya, tetapi kemudian dipastikan oleh para pemerhati. Sebagai tambahan, teori Bohr tentang struktur atom mengukuhkan penjelasan pertama yang jelas apa sebab atom berukuran seperti adanya ia. Dikaji dari semua kejadian yang meyakinkan ini, teori Bohr diterima umum, dan pada tahun 1922 Bohr menerima hadiah Nobel untuk bidang fizik.

Pada tahun 1920 lembaga Fizik Teoritis didirikan di Kopenhagen dan Bohr menjadi pengarahrnya. Di bawah pirnpinannya, dia berjaya menarik pantas minat ilmuwan-ilmuwan muda yang bijak pandai dan secara langsung menjadi pusat penyelidikan ilmiah dunia.

Tetapi sementara itu teori struktur atom Bohr menghadapi beberapa kesulitan. Masalah utamanya adalah bahawa teori Bohr, meskipun dengan sempurna menjelaskan kesulitan masa depan atom (misalnya hidrogen) yang ada satu elektron, tidak dengan rasmi mengatakan spektra dari atom-atom lain. Beberapa ilmuwan, terpukau dengan kejayaan luar biasa teori Bohr dalam hal memaparkan atom hidrogen, berharap dengan jalan menyempurnakan sedikit teori Bohr, mereka dapat juga menjelaskan spektra atom yang lebih berat. Bohr sendiri merupakan salah seorang yang terawal menyedari penyempurnaan kecil itu tak akan menolong, kerana yang diperlukan adalah perombakan radikal. Walau bagaimana dia mengerahkan segenap akal geniusnya, dia tetap tak mampu memecahkannya.

Pemecahan akhirnya ditemui pada permulaan tahun 1925 oleh Werner Heisenberg dan lain-lainnya. Yang menariknya tercatat di sini, bahawa Heisenberg -dan umumnya ilmuwan yang mengembangkan teori baru- belajar di Kopenhagen, yang tak syak lagi telah mengambil manfaat yang besar dari beberapa perbincangan dengan Bohr dan saling berhubungan satu sama lain. Bohr sendiri bergegas menuju idea baru itu dan membantu mengembangkannya. Dia bukan sahaja membuat sumbangan penting terhadap teori baru, perbincangan dan tulisan-tulisan, malah menolong menguruskan kepada lebih sistematik.

Tahun 1930an lebih jelas kelihatan perhatiannya terhadap permasalahan bahagian pokok struktur atom. Dia mengembangkan model penting "tetesan cairan" bahagian pokok atom. Dia juga mengajukan masalah  teori tentang "kombinasi bahagian pokok" dalam reaksi atom untuk dipecahkan. Tambahan pula, Bohr merupakan orang yang dengan cepat menyatakan bahawa isotop uranium yang terlibat dalam pembahagian nuklear adalah U235. Pernyataan ini ada makna penting dalam pengembangan berikutnya dari bom atom.

Dalam tahun 1940 bala tentara Jerman menduduki Denmark. Ini menempatkan diri Bohr dalam bahaya, sebahagiannya kerana dia sikapnya yang anti Nazi sudah tersebar luas, sebab lain juga kerana ibunya seorang Yahudi. Tahun 1943 Bohr lari meninggalkan Denmark yang menjadi daerah penempatan, menuju Swedia. Dia juga menolong sejumlah besar orang Yahudi Denmark melarikan diri agar terhindar dari kematian dalam kamar gas Hitler. Dari Swedia Bohr lari ke UK dan dari sana menyeberang ke Amerika Syarikat. Di negeri ini, selama perang berlangsung, Bohr membantu membuat bom atom.

Setelah selesai perang, Bohr kembali ke kampungnya, Denmark dan berusaha keras -walau tak berhasil- mendorong dunia internasional agar mengawasi penggunaan energi atom.

Bohr berkahwin pada tahun 1912, pada saat-saat dia melakukan kerja besar di bidang ilmu pengetahuan. Dia dikurnia lima orang anak, salah seorang bernama Aage Bohr, pemenang hadiah Nobel untuk bidang fizik pada tahun 1975. Bohr merupakan orang yang paling disenangi di dunia ilmuwan, bukan semata-mata kerana menghormati ilmu geniusnya, tetapi peribadi dan karakternya juga serta rasa kemanusiaannya yang mendalam.

Kendati teori asal Bohr tentang struktur atom sudah berlalu lima puluh tahun yang lampau, dia tetap merupakan salah satu dari tokoh besar di abad ke-20. Ada beberapa alasan mengapa begitu. Pertama, sebahagian dari hal-hal penting teorinya masih tetap dianggap benar. Misalnya, pendapatnya bahawa atom dapat ada hanya pada tingkat energi yang cermat, merupakan contoh tak dapat dipisahkan dari semua teori-teori struktur atom berikutnya. Hal lainnya lagi, gambaran Bohr tentang atom punya erti besar untuk menemui sesuatu untuk diri sendiri, meskipun ilmuwan moden tak menganggap hal itu secara harfiah benar. Yang paling penting dari semuanya itu, mungkin, adalah pendapat Bohr yang merupakan tenaga pendorong bagi perkembangan "teori kuantum." Meskipun beberapa beberapa pendapatnya tak diterima, namun jelas secara sejarah teori-teorinya sudah membuktikan titik tolak teori moden tentang atom dan perkembangan berikutnya bidang mekanika kuantum.

Rujukan web
  • http://www-groups.dcs.st-and.ac.uk/~history/Mathematicians/Bohr_Niels.html
  • http://www.aip.org/history/esva/exhibits/bohr.htm
  • http://www.pbs.org/wgbh/aso/databank/entries/bpbohr.html
  • http://www.dhm.de/lemo/html/biografien/BohrNiels/
  • http://nobelprize.org/physics/laureates/1922/bohr-bio.html
  • http://www.chemie.uni-bremen.de/stohrer/biograph/bohr.htm