[ Pejuang Pena ]

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Monday, December 19, 2011

Pembaziran yang terhijab oleh kebaikan.


“Pembaziran apakah ini, wahai Sa’ad?” Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bertanya.
“Apakah dalam berwudhu’ pun ada pembaziran wahai utusan Allah?” Sa’ad tidak pasti.
Hairan dengan pertanyaan Baginda itu.
“Malah jika kamu berwudhu’ di sungai sekali pun!” tegas Baginda.
Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menegur perbuatan Sa’ad yang menggunakan air secara berlebihan. Ia tetap pembaziran tatkala melebihi keperluan. Niat dan nilai agama pada besarnya tuntutan berwudhu’, bukan justifikasi terhadap pembaziran tersebut.
Termenung saya.
Dalam wudhu’ ada pembaziran.
Apakah pembaziran juga boleh berlaku dalam kebaikan-kebaikan yang lain?
Pembaziran yang tidak kita sedari.
Terhijab oleh sangkaan kita bahawa kita sedang berbuat baik. Kebajikan.
“ Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya” [Al-Isra' 17: 27]
Pembaziran itu bukankah persaudaraan Syaitan? Tentu sahaja Syaitan menghias licik agar manusia tidak sedar dirinya sedang membazir. Menyangkakan ia sebuah kebaikan.
PEMBAZIRAN CERAMAH?
Teringat saya kepada kisah Abdullah bin Mas’oud radhiyallahu ‘anhu.
Beliau memperuntukan hari Khamis untuk mengajar. Sesekali pada hari Isnin.
Tetapi jemaah yang hadir meminta beliau menjadikan kuliah tersebut setiap hari.
Kuliah yang sedap itu.
Tetapi Abdullah bin Mas’oud menolaknya. Biar pun manfaatnya kelihatan akan menjadi bertambah banyak dengan ilmu yang dikongsi, Ibn Mas’oud menolaknya.
Beliau tidak mahu jemaah menjadi jemu.
Menjemukan mereka yang mendengar, bukan Sunnah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Sheikh Abd al-Fattah Abu Ghuddah hafizahullah menegaskan di dalam buku beliau al-Rasul al-Mu’allim, salah satu daripada teknik mengajar yang diamalkan oleh Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam sebagai seorang guru, adalah mencegah kejemuan anak murid.
Tentu sahaja dalam hidup kita, ada pelbagai perkara yang perlu dilakukan. Kita kesuntukan masa. Sama ada kerja itu kita sudah kenal atau masih kekal dengan tanggapan ‘tak ada benda nak buat’, hakikatnya tanggungjawab kita sangat banyak. Namun kita peruntukkan masa yang besar untuk kuliah-kuliah agama.
Kuliah Subuh.
Kuliah Dhuha.
Kuliah Zohor.
Kuliah Asar.
Kuliah Maghrib.
Ceramah Perdana.
Kuliah Online.
Kita menganggap setiap satunya sebagai baik. Ia kuliah. Ia ceramah. Ia taman-taman Syurga. Ia jalan menuju Syurga.
Tetapi pernahkah terlintas di fikiran kita bahawa kuliah-kuliah itu boleh menjadi sebuah pembaziran.
Pembaziran apabila kita gagal menjustifikasikan manfaatnya.
Sama ada pada yang mengajar, mengajar acuh tidak acuh.
Atau yang belajar, belajar acuh tidak acuh.
Yang mengajar tidak buat homework, tidak membuat persediaan, mengajar seperti melepaskan batok di tangga.
Yang belajar, hadir ke kuliah tanpa pensel dan kertas. Tanpa perakam. Bersandar di dinding, mendengar ceramah antara tidur dan jaga, sementara menunggu Isyak.
Bertahun-tahun rutin ini berlaku, kita tidak melakukan muhasabah terhadapnya.
Kata Sheikh Yusuf al-Qaradhawi di dalam membicarakan tentang Fiqh Keutamaan:
“Sebahagian umat Islam kini kerap mendahulukan perkara yang kurang penting berbanding perkara yang penting. Perkara penting adalah urusan-urusan wajib yang termaktub dalam syariat Islam. Antara perkara tersebut ada yang besar, penting dan utama dan ada pula yang kecil, ringan, kurang penting dan kurang utama iaitu asasi, cabang (furu’), dan rukun.”
Terkenang di zaman masjid tidak banyak ceramah. Kuliah-kuliah dicari, tumpuan banyak diberi kepada isi, biar pun bentuk penyampaian amat sederhana malah adakalanya hambar. Bukan mudah hendak mencari kuliah agama. Setiap satunya dirasakan begitu berharga. Di kala surau dan masjid hampir setiap malam penuh dengan kuliah, apakah manfaatnya semakin bertambah? Manfaat bukan pada bertambah TAHU, tetapi bertambah MAHU dan MAMPU terhadap kehidupan beragama.
Di era lambakan kuliah dah ceramah ini.
“Apakah dalam ceramah pun boleh berlaku pembaziran?”
“Malah jika kamu berjiran dengan ‘sepadang’ ustaz sekali pun!”
*Catatan Sang Pemikir : Artikel di atas diambil daripada www.saifulislam.com

Thursday, December 1, 2011

99 langkah menuju kesempurnaan iman.

1. Syukur apabila memperoleh nikmat.
2. Sabar apabila ditimpa kesulitan.
3. Tawakkal apabila mempunyai rencana/urusan.
4. Ikhlas dalam semua amalan.
5. Jangan biarkan hati hanyut dalam kesedihan.
6. Jangan menyesal terhadap suatu kegagalan.
7. Jangan putus asa ketika menghadapi kesulitan.
8. Jangan dengki atas kekayaan orang lain.
9. Jangan hasad dan iri hati terhaap kejayaan orang lain.
10. Jangan sombong jika menerima kejayaan.
11. Jangan tamak harta.
12. Jangan mengangankan suatu kedudukan.
13. Jangan lemah disebabkan kezaliman.
14. Jangan goyah disebabkan fitnah.
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi melebihi kemampuan diri.
16. Jangan mencampur harta dengan yang haram.
17. Jangan sakiti ibu dan ayah.
18. Jangan usir orang yang meminta-minta.
19. Jangan sakiti anak yatim.
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa besar.
21. Jangan biasakan diri melakukan dosa-dosa kecil.
22. Banyakkan berkunjung ke masjid.
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk.
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu serta berjamaah di masjid.
25. Biasakan qiamullail.
26. Banyakkan zikir dan doa kepada Allah.
27. Lakukan puasa wajib mahupun sunat.
28. Sayangi dan santuni faqir miskin.
29. Jangan rasa takut melainkan pada Allah.
30. Jangan marah berlebih-lebihan.
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan.
32. Bertemulah kerana Allah dan berpisah juga keranaNya.
33. Berlatihlah tumpukan fikiran.
34. Penuhi janji dan mintalah maaf jika tidak dapat dipenuhi.
35. Jangan bermusuhan melainkan dengan syaitan.
36. Jangan percaya ramalan manusia.
37. Jangan terlampau takut akan kemiskinan.
38. Hormatilah setiap insan.
39. Jangan terlampau takut kepada manusia.
40. Jangan sombong, takabbur dan besar kepala.
41. Berlakulah adil dalam segala urusan.
42. Amalkan istighfar dan taubat kepada Allah.
44. Hiasi rumah dengan bacaan al-Quran.
45. Perbanyakkan jalinan silaturrahm.
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam.
47. Bicaralah secukupnya.
48. Beristeri/bersuami jika telah bersedia segalanya.
49. Hargai, disiplin, dan manfaatkan waktu.
50. Biasakan kehidupan yang bersih, tertib dan teratur.
51. Jauhkan diri daripada penyakit-penyakit batin.
52. Lapangkan waktu untuk berehat bersama keluarga.
53. Makanlah secukupnya tidak kurang dan tidak lebih.
54. Hormatilah para guru dan ulamak.
55. Banyakkan berselawat ke atas nabi.
56. Cintai keluarga nabi.
57. Jangan terlalu banyak hutang.
58. Jangan mudah berjanji.
59. Selalu ingat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia sementara.
60. Jauhkan diri dari perbuatan yang tidak bermanfaat.
61. Bergaullah dengan para solihin.
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar.
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila berkemampuan.
64. Maafkan orang lain yang buat salah kepada kita.
65. Jangan berdendam dan berkeinginan membalas kejahatan dengan kejahatan.
66. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya.
67. Jangan membenci orang yang membenci kita.
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan pilihan.
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang ditimpa kesusahan.
70. Jangan melukai hati orang lain.
71. Jangan biasakan perkataan dusta.
72. Berlakulah adil walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian.
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab.
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan.
75. Hormati orang lain yang lebih tua daripada kita.
76. Jangan buka aib orang lain.
77. Lihatlah orang yang lebih miskin dan yang lebih berprestasi daripada kita.
78. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang arif dan bijaksana.
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang telah dilakukan.
80. Jangan bersedih atas kemiskinan dan jangan sombong atas kekayaan.
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara.
82. Kenali kekurangan diri dan kelebihan orang lain.
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara.
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa.
85. Hargai prestasi dan pemberian orang lain.
86. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan.
87. Berbaiklah dengan setiap orang walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk bersukan.
89. Jangan buat sesuatu yang menyebabkan fizikal dan mental kita terganggu.
90. Ikutilah nasihat orang yang arif dan bijaksana.
91. Lupakan kesalahan orang lain kepada kita dan lupakan jasa kita kepada orang lain.
92. Jangan buat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina.
93. Jangan mudah percaya kepada khabar berita sebelum diperiksa kebenarannya.
94. Jangan suka menunda tugasan dan kewajiban.
95. Sambutlah huluran tangan dengan penuh keakraban dan keramahan.
96. Jangan paksa diri melakukan sesuatu di luar kemampuan diri.
97. Waspadalah terhadap setiap ujian dan jangan lari dari kenyataan kehidupan.
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan.
99. Jangan bergembira di atas penderitaan orang lain dan jangan jadi kaya dengan memiskinkan orang lain.

Tuesday, November 29, 2011

11 golongan ahli Neraka.


Firman Allah swt dalam surah an-Nabak ayat 18 :

"Iaitu hari yang pada waktu itu ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanya oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah Sollallahu a'laihi wasallam menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab :

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun sebeles golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut :

1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.

3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.

5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit-penyakit lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11. Meraka yang buta mata dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah :

12. Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal soleh dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."

Wednesday, November 2, 2011

Kepentingan Ikhlas bagi para Rabbani.

Salamun 'alaikum jami'an.

Apa khabar semua Pembloin? Sang Pemikir harap kalian berada dalam sehat sejahtera hendaknya. Topik yang kita akan hayati bersama kali ini adalah berkaitan dengan hati, atau lebih menjurus kepada sifat 'IKHLAS'.



Para Rabbani yang terdiri daripada golongan yang aktif dalam pendidikan rohani dan yang berjalan kepada Allah telah bersetuju, betapa pentingnya ikhlas bagi setiap amalan untuk bekalan akhirat dan bagi setiap orang yang meniti jalan menuju Allah.

al-Imam Abu Hamid al-Ghazali berkata dalam Muqaddimah kitab an-Niyyatu wal-Ikhlas kas-Sidq, yang memenuhi satu perempat bahagian daripada kitab al-Ihya' :

"Dengan hujah iman yang nyata dan cahaya al-Quran, mereka yang mempunyai hati mengetahui bahawa kebahagiaan tak akan tercapai melainkan dengan ilmu dan ibadah. Semua orang pasti akan binasa kecuali mereka yang berilmu. Mereka yang berilmu pasti akan binasa kecuali yang aktif beramal. Semua orang yang aktif beramal akan binasa kecuali mereka yang ikhlas."

Jadi, sebutan mereka terhadap ikhlas amatlah diambil berat. Amal tanpa niat adalah kejahilan, niat tanpa ikhlas adalah riya' (yang bererti sama dengan munafiq dan tidak berbeza dengan kederhakaan). Ikhlas tanpa kejujuran dan perlaksanaan adalah sia-sia.

Allah telah berfirman tentang setiap amalan yang dimaksudkan (diniatkan) untuk selain Allah sebagai sesuatu yang tidak bermatlamat. Di dalam al-Quran Allah telah berfirman yang bermaksud :

"Dan Kami hadapi segala amalan yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amalan itu (bagaikan) debu yang berterbangan."  (surah al-Furqan ayat 23)

Perkara yang serupa dengan apa yang dikatakan oleh al-Imam al-Ghazali itu sebelumnya juga telah dikatakan oleh seorang Rabbani yang arif bernama Sahl bin Abdullah at-Tustary :


"Semua manusia seperti orang yang sedang mabuk kecuali mereka yg berilmu. Semua orang yang berilmu adalah orang yang bingung kecuali mereka yang mengamalkan ilmunya."

Dalam lafaz lain beliau berkata :


"Dunia ini adalah kebodohan dan kematian kecuali ilmu. Semua ilmu merupakan hujah ke atas pemiliknya kecuali yang diamalkannnya. Semua amal akan sia-sia kecuali yang dilaksanakan dengan ikhlas. Ikhlas itu dalam bahaya yang besar sehingga tetap berakhir dengannya."

Sebahagian yang lain juga berkata :


"Ilmu itu laksana benih, amal laksana tanaman, dan airnya adalah ikhlas."

Ibn 'Atha'illah berkata dalam al-Hikam :


"Sesungguhnya Allah tidak suka amalan yang mendua (berbelah bahagi), dan tidak pula hati yang mendua. Amalan yang mendua tidak diterima dan hati yang mendua juga tidak diterima."

Amal yang tidak disertai ikhlas adalah ibarat gambar yang mati, dan raga tanpa jiwa. Allah hanya menginginkan hakikat amal, bukan rupa dan bentuknya. Maka dari itu, Dia menolak setiap amalan yang pelakunya tertipu dengan amalannya.

Dalam hadith sahih riwayat Abu Hurairah, bahawa Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam bersabda :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat jasad dan rupa kamu, tetapi Dia melihat pada hati kamu."


Baginda memberi isyarat ke arah hati dengan jari-jari tangannya lalu berkata :


"Taqwa itu letaknya di sini." Dan baginda memberi isyarat ke arah dadanya sebanyak tiga kali. (Hadis riwayat Imam Muslim)

Allah berfirman tentang mereka yang menyembelih haiwan qurban, iaitu dilakukan oleh mereka yang menunaikan haji dan umrah :

"Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketaqwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya." (surah al-Hajj ayat 37)

Allahu a'lam..


*Catatan Sang Pemikir : Nukilan itu adalah daripada bab Fit-Toriq Ila-Allah (Jalan Menuju Allah), buku an-Niyyatu Wal-Ikhlas (Niat Dan Ikhlas) oleh Syeikh Yusuf al-Qaradhawi.

Monday, October 31, 2011

Solat itu tiang agama.


Assalamualaikum. Moga-moga semua Pembloin sentiasa segar berusaha meningkatkan amalan setiap hari. Daripada yang buruk kepada yang baik, dan daripada yang baik kepada lebih baik. Baiklah, Sang Pemikir ingin berpesan pada diri sendiri, jika ada manfaatnya silalah ambil untuk dipraktik dan disampaikan kepada orang lain. Topik yang menarik untuk dibincangkan adalah mengenai 'Solat'.

Solat ialah alat bagi seorang hamba menzahirkan hubungan kepada tuhannya. Dalam Islam, solat adalah perkara pertama yang diwajibkan mengatasi kewajipan-kewajipan lain, kerana solat adalah perkara penting bagi mencerminkan sesuatu agama. Solat juga adalah cara berhubung yang paling tepat, kerana sesungguhnya tanda seorang hamba itu khusyuk dan menyerahkan daya kekuatan kepada tuhannya adalah dengan berdoa, meminta kesejahteraan, pertolongan dan hidayahNya. Sememangnya tuhanlah satu-satu sumber segala nikmat, kekuatan, dan pemerintahan dunia dan akhirat…inilah tanda-tanda seorang hamba, iaitu keadaan seperti meratap, merendah dan menyerah diri, berasa lemah dan hina, meminta pertolongan….inilah juga intipati beragama dan lambang pengabdian.

Oleh kerana itu, solat dipandang sebagai tiang agama, menjaganya adalah wajib sama ada ketika musafir atau mukim, aman atau takut, sakit atau sihat. Kewajipan ini diulangi sebanyak lima kali sehari semalam setiap hari bagi mengukuhkan lagi hubungan.

Dalam diri manusia ada satu ruang yang dipenuhi dengan pelbagai kesusahan, antaranya halangan kejahatan di kala dia mencari kebaikan, gangguan kepayahan hidup sehingga membawa kepada penyimpangan daripada jalan yang benar,dan keindahan dunia yang menjerumuskan kepada keseronokannya. Jika manusia dibiarkan dengan tingkahlakunya, maka dia lemah, kerana dia tidak akan mampu melawan unsur-unsur jahat yang mempesona itu dengan sendiri. Jika dia memohon perlindungan kepada tuhannya dan berserah sambil meminta kekuatan dengan penuh pengharapan, maka dia akan memperoleh pertolongan dan perlindungan itu. Kuasa jahat tadi akan serta merta menjadi kurang walaupun banyak, dan menjadi lemah walaupun kuat. Jika Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam ditimpa kesusahan, baginda akan segera bersolat memohon petunjuk bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud, “Mintalah kalian pertolongan dengan bersabar dan bersolat.”

Dalam solat terdapat pembersihan dan penyucian jiwa yang berfungsi secara konsisten, kerana solat menghubungkan terus kepada Allah. Apabila seorang hamba konsisten dalam hubungannya, maka dia akan lebih takut kepada tuhan melebihi selainNya, dan menjaga ketaatan serta menjauhi larangan. Apabila syaitan pula cuba memperdayanya melakukan dosa, dia akan ingat bahawa mungkin selepas satu atau dua jam lagi dia akan menemui tuhannya yang maha mengetahui apa yang disembunyikan. Dengan itu, dia berasa malu jika dia bertemu tuhan dalam keadaan berdosa, maka ketika itu dia cepat-cepat beristighfar dan bertaubat.


                                                                     Solat, Solat, Solat!