[ Pejuang Pena ]

Saturday, November 5, 2011

Endog = Telur.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kabare? Hehe. Entry kali ni Sang Pemikir nak kongsi pada semua Sang Pengembara dan Pembloin yang disayangi tentang short story yang ditulis dalam Bahasa Jawa oleh seorang anak jati Jawa. Cuba lah baca kalau hebat, belit juga lidah hamba nak menyebutnya.

 
Endog
Dino kuwi Mael dikongkon karo mak’e tukun endog nang gedene mamak. Pasal basikale bocor, Mael mareng nang gedey melaku sikel. Lebih kurang sekilometer.

Tengahan ndalan, tibo-tibo eneng satu langgaran ngeri di simpang papat, orak adoh seko nggon Mael. Mael mbelayu nggon kuwi. Mael kaget, serem tenanan. Mutusikal tabra’an karo lori paser. Mutusikale hancor dilenyek lori, sing nunggange kontal nang tengah ndalan. Topi kelederne pon kontal jugak.

            Meh sejam ndelok kemalangan kuwi, Mael mbelayu balik ngumah orak sido lungo nang gedey mamak tuku endog seng mak’e nakon. Nang ngumah, Mael semanget nceritakke pasal kemalangan mau.

            “Mak ngerti… bocah sing nggowo mutu kontal tengah ndalan, geteh morat-marit. Ndase pecah, otak’e modol-modol. Sebelah moto bocah kuwi tejojol, sebelah lagi pecah.”

            Lepas kuwi Mael nceritakke pasal tangan sing nunggang sing pedot kontal nang tanah. “Melas mak.. wetenge modol-modol, weroh ususe, sikele pon tugel, suale suek, tempurung dengkule jabut. Sing melase mak, pupune loro-loro pecah, weroh tulange.We…..”

            Urong entek Mael ncerito, mak’e sengket mau meneng  orak ngomong opo-opo takon karo suoro nyeneni, “Wes kuwi endogke endi?!”

            Mael nggaruk-nggaruk ndase. “Endog? Isy, Mael orak weroh pulak…kontal jugak nawane?”

**Faham tak? Kalau tak faham di bawah ni Sang Pemikir sertakan terjemahan yang hamba dapatkan sendiri dari Wak Jawa tu. Katanya terjemahan ni secara lalu je. Apa pun chaiyok!

Telur
Suatu hari Mail disuruh oleh emaknya membeli telur di kedai mamak. Oleh kerana basikalnya bocor, Mail pergi ke kedai berjalan kaki. Lebih kurang satu kilometer.

Di pertengahan jalan, tiba-tiba ada satu kemalangan ngeri di simpang empat, tidak jauh dari tempat Mail berada. Mail berjalan ke tempat itu. Mail terkejut, seram sangat. Motorsikal dilanggar oleh lori pasir. Motorsikalnya hancur dilenyek oleh lori, si penunggang tercampak di tengah jalan. Topi keledarnya pun tercampak juga.

Lepas sejam melihat kemalangan itu, Mail pulang ke rumah tanpa pergi ke kedai mamak untuk membeli telur yang emaknya suruh. Di rumah, Mail bersemangat menceritakan tentang kejadian tadi.

“Emak tahu… budak yang bawa motor itu tercampak di tengah jalan, darah bersepah, kepalanya pecah, otaknya berkecai. Sebelah mata budak itu terkeluar sebelah mata lagi pecah.”

Lepas itu Mail menceritakan keadaan tangan si penunggang yang putus terpelanting di atas tanah. “Kesian mak.. perutnya terburai, nampak ususnya, kakinya pun patah, seluarnya koyak, tempurung lututnya tercabut. Yang kesian lagi mak, kedua-dua pehanya pecah, Nampak tulangnya. Nam…”

Belum habis Mail bercerita, emaknya yang dari tadi pandang tidak berkata apa-apa terus bertanya dengan suara marah, “ Habis tu telurnya mana?!”

Mail menggaru-garu kepala. “Telur? Isy, Mail tak nampak pulak.. tercampak jugak agaknya?”

**Sang Pemikir akan cuba dapatkan lagi short story dari Wak Jawa tu ya, moga-moga semua Pembloin dapat mengenali serba sedikit Bahasa Jawa yang mana boleh dikatakan sebahagian besar rakyat Malaysia berketurunan Jawa walaupun ramai yang tidak boleh bertutur secara fasih.




Friday, November 4, 2011

Amaran keras tentang bahaya mengklasifikasikan seseorang sebagai kafir.



Ramai sekali manusia tersalah dalam memahami hakikat sebab-sebab yang boleh mengeluarkan seseorang dari lingkungan Islam dan menjatuhkan hukum sebagai kafir; semoga Allah memperbaiki diri mereka. Kamu dapat lihat ada antara mereka sangat pantas menghukumkan kafir pada sebahagian muslim hanya dengan sebab percanggahan (pendapat atau amalan), hingga kita dapati cuma sedikit sahaja yang tidak disabit dengan tuduhan itu. Kita cuba menyangka baik atas tindakan-tindakan mereka itu, kita katakan, “Moga-moga niat mereka murni, iaitu mereka mahu melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar tapi mereka terlepas pandang bahawa dalam pelaksanaan tugas itu hendaklah dikerjakan secara hikmah beserta peringatan yang baik. Jika keadaan memaksa untuk berdebat, juga mestilah diteruskan dengan cara yang sesuai. Allah berfirman dalam surah an-Nahl ayat 125 :

Maksudnya : Serulah ke jalan tuhanmu dengan cara bijaksana dan pelajaran yang baik, serta berbahaslah dengan mereka dengan cara terbaik.

Dengan demikian lebih berkesan dalam menarik perhatian dan melancarkan sasaran yang dituju, manakala cara yang berlawanan dari itu adalah suatu kesalahan dan kebodohan.
          
Sekiranya kamu lihat seorang pemuda Islam yang kebiasaannya menunaikan solat, melaksanakan kefardhuan tehadap Allah, menjauhi perbuatan haram, menyebarkan dakwah, membina masijd, dan mengotakan janjinya. Lalu dia enggan menurut ajakanmu untuk melakukan suatu perkara yang kamu pandang ia sebagai wajib sedangkan dia tidak berpendapat sebegitu, dan perbincangan ulamak terhadap perkara itupun terdapat perselisihan. Kemudian kamu mengkafirkan pemuda itu hanya kerana percanggahan fahaman, ketika itu kamu telah melakukan satu kemungkaran besar, kamu telah mendatangkan perkara yang dilarang oleh Allah yang menyuruh kamu mengambil pendekatan secara berhikmah dan baik-baik.
               
Imam as-Sayyid Ahmad Masyhur al-Haddad berkata, “Para ulamak bersepakat melarang amalan mengkafirkan seseorang selagi dia masih menghadap kiblat yang sama, kecuali dia menafikan tuhan Sang Pencipta yang maha berkuasa, syirik yang benar-benar jelas yang tidak mampu disangkal, mengingkari kenabian para Nabi, menafikan perkara-perkara agama yang sememangnya diketahui umum, menolak dalil-dalil mutawatir, atau hukum-hukum umum yang disepakati para ulamak.”
     
Antara perkara umum yang sememangnya diketahui adalah seperti mentauhidkan Allah, beriman pada para Nabi, keakhiran risalah yang dibawa oleh Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam, kebangkitan semula di hari akhirat, perhitungan amalan serta pengadilannya, syurga, dan neraka. Kafirlah bagi sesiapa yang sengaja mengingkarinya dan tidak boleh dimaafkan atas kejahilannya melainkan orang yang baru memeluk Islam hinggalah dia mengetahuinya, kemudian tidak dimaafkan pengingkaran selepas pengetahuan.
          
Dalil mutawatir yang dimaksudkan di atas adalah riwayat yang disampaikan oleh golongan yang ramai, pengkhabaran itu bebas dari tanggapan bahawa mereka berkomplot untuk menghasilkan riwayat tersebut, tidak kira sama ada pada tingkatan perawi seperti hadis : Sesiapa yang mendustaiku secara sengaja, maka sediakanlah satu tempat baginya dalam neraka (riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah).
Mahupun tingkatan kategori (taraf) seperti mutawatirnya al-Quran, sampainya sanad al-Quran ke semesta alam di timur dan barat, secara pembelajaran, pembacaan dan penghafalan. Ia diajarkan oleh sekumpulan besar masyarakat ke sekumpulan besar yang lain mengikut peringkat-peringkat yang tersusun, maka di situ tidak perlu kepada  nisbah sandaran.
         
Mutawir itu boleh berlaku pada jenis amalan dan warisan seperti amalan-amalan yang dilakukan dari zaman nabi hingga sekarang. Atau jenis pada ilmu seperti mukjizat nabi, walau sebahagian mukjizat itu tidak ramai menyaksikan tapi hasil yang diperoleh daripadanya ia tetap kekal mutawatir dalam pengetahuan setiap muslim.
         
Adalah sangat bahaya membuat penghukuman kafir terhadap seorang muslim selain dari batasan yang digariskan tadi. Dinukilkan dalam kitab Sahih Bukhari, Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Apabila seorang lelaki berkata kepada saudaranya, ‘Wahai si kafir!’ maka perkataan itu kembali semula kepada salah seorang di antara kedua-duanya.”
       
Seseorang itu tidaklah bersih hatinya melainkan dia benar-benar tahu konsep syariah dalam pemasukan kafir dan pembebasannya, serta mengenali had pemisah di antara kafir dan iman pada kaca mata syariah.

Kita tidak seharusnya menjerumuskan diri dalam medan pengkafiran yang diselaputi pelbagai andaian dan keraguan tanpa keyakinan, ketetapan dan ilmu yang kukuh. Perbuatan itu mengakibatkan bah besar membanjiri sebuah dataran hingga tiada seorang muslim pun yang tinggal di muka bumi ini.
   
Apatah lagi tuduhan itu terhadap pelaku maksiat yang masih wujud iman dan pengakuan dua kalimah syahadah dalam dirinya. Abu Daud meriwayatkan, Anas radhiallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Antara tiga perkara dalam usul iman ialah menahan diri daripada mengkafirkan orang yang mengaku bahawa tiada tuhan selain Allah, kita tidak mengeluarkannya dari Islam dek semata-mata kelainan amalan. Perintah jihad berterusan sejak aku diutuskan hingga umat terakhirku memerangi Dajjal, tidak terbatal arahan itu walau semasa pemerintahan zalim ataupun adil. Beriman dengan ketentuan-ketentuan yang telah ditetapkan.”

Imam al-Haramain bercakap, “Jika dikatakan pada kita : Kafirkanlah mereka walau perkara itu tidak membawa pada kafir, maka katakanlah : Inilah kerakusan yang tidak kena tempatnya, perlakuan itu jauh dari seni ilmu dan ia merupakan tingkah laku yang kesat. Diambil dari ilmu usul tauhid : Sesiapa yang belum sampai hakikat ilmu sebenar, dia juga belum sampai tahap pengetahuan bukti-bukti untuk mengkafirkan orang lain dalam piagam (Islam).”
            
Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati dalam setiap amaran tentang bahaya pengkafiran lebih-lebih lagi pada selain garis panduan yang disebut penjelasannya sebentar tadi kerana perkara ini sangat serius. Allah maha pemberi hidayah pada jalan yang lurus dan kepadaNya tempat kita kembali.

Thursday, November 3, 2011

Peribahasa Karam Singh Walia.


Salam. Alhamdulillah Sang Pemikir kuat menjalani kehidupan seperti biasa sambil menghirup udara Sang Pengkuasa. Di sini Sang Pemikir ingin berkongsi pada semua Pembloin peribahasa-peribahasa yang pernah heboh diperkatakan ciptaan Wartawan TV3 Malaysia, Karam Singh Walia. Ada yang suka, ada mempertikai, ada yang tak mengambil endah pun. Kebenaran dakwaan peribahasa ini rekaan Pak Karam tidak dapat dipastikan. Apa pun Sang Pemikir akan paparkan di sini semua peribahasa itu, sebab Sang Pemikir pun peminat Pak Karam juga. Hehe. Enjoy it!

Peribahasa 1
1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... . bisu
17. Hidup segan mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!

Peribahasa 2
1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.
2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.
3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.
4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.
5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)
6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.
7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)
8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.
9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.
10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)
11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.
12. Biar korek hidung jangan korek tabung.
13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.
14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.
15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......
16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.
17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.
18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.
19. Biar lambat asalkan perlahan.
20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....
21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.
22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.
23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri
24. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan....
25. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.
26. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.
27. Patah tumbuh, hilang report polis.
28. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.
29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.
30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru.
31. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)
32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best......
33. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.
34. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la ..
35. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...

Peribahasa 3
1. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan macam raksaksa.
2. Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu tanya google juga.
3. Kalau takut dilambung ombak, jangan berpiknik di tepi pantai.
4. Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi menteri.
5. Biar mati anak jangan mati pucuk.
6. Buat baik berpada-pada, buat jahat sekali tak apa.
7. Biar lembab asalkan sampai lambat.
8. Ada kerak ada nasi, ada nasi ada tahi.
9. Beroket-roket ke Uranus, berterbang-terbang ke Neptun.
10. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian mintak naik gaji.
11. Bagai pinang dibelah tapi tak terbelah juga.
12. Kecil teranja-anja, besar terbawa-bawa, dah tua tak nak mati.
13. Yang berat sama dipikul, yang ringan angkatlah sendiri. (Pemalas!)
14. Yang dikejar tak dapat sebab lari lambat, yang dikendong keciciran sebab pegang tak betul.
15. Bagi betis nak peha, bagi peha nak dada.
16. Buangkan yang keruh ganti dengan yang baru.
17. Yang merah Saga, yang biru Wira, yang kuning Juara, yang hijau Exora.
18. Walaupun ada umpan, belum tentu ikan nak makan, ikan zaman sekarang dah cerdik pandai.
19. Ada hujan ada panas, Band Hujan dah ada, bila nak ada Band Panas?
20. Biar lambat asal tak laju.
21. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang harimau? Aku tak nak ikut.
22. Di mana bumi dipijak, di situlah aku berdiri.
23. Duduk atas lantai sama rendah, berdiri atas kerusi sama tinggi. (Pendeknya engkau!)
24. Indah lagi surat khabar dari muka pembaca berita.
25. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana mak ayah dia bulat.
26. Bagai kaca terhempas dari tingkat 85 tapi tak pecah-pecah. (Kuatnya, nak beli lah kaca ni, mana ada jual?)
27. Bagai kacang lupakan kulit konon, aku kacang panjang la!
28. Tepuk perut tanya selera, tanya bini nasik dah masak belum.
29. Jauh perjalanan habis minyak. (Harga minyak naik)
30. Lembu punya susu, Dutch Lady dapat nama.
31. Bara yang digenggam jangan sampai rentung tangan.
32. Hijau dikatakan merah, merah dikatakan biru. (Paham ke?)


Emh, yang mana tak faham tu kena mengaji semula peribahasa Melayu ni. Study balik dan cari apa asal peribahasa yang sebenarnya. Fahamkan juga apa maksud di sebalik peribahasa-peribahasa tu.

Wednesday, November 2, 2011

Kepentingan Ikhlas bagi para Rabbani.

Salamun 'alaikum jami'an.

Apa khabar semua Pembloin? Sang Pemikir harap kalian berada dalam sehat sejahtera hendaknya. Topik yang kita akan hayati bersama kali ini adalah berkaitan dengan hati, atau lebih menjurus kepada sifat 'IKHLAS'.



Para Rabbani yang terdiri daripada golongan yang aktif dalam pendidikan rohani dan yang berjalan kepada Allah telah bersetuju, betapa pentingnya ikhlas bagi setiap amalan untuk bekalan akhirat dan bagi setiap orang yang meniti jalan menuju Allah.

al-Imam Abu Hamid al-Ghazali berkata dalam Muqaddimah kitab an-Niyyatu wal-Ikhlas kas-Sidq, yang memenuhi satu perempat bahagian daripada kitab al-Ihya' :

"Dengan hujah iman yang nyata dan cahaya al-Quran, mereka yang mempunyai hati mengetahui bahawa kebahagiaan tak akan tercapai melainkan dengan ilmu dan ibadah. Semua orang pasti akan binasa kecuali mereka yang berilmu. Mereka yang berilmu pasti akan binasa kecuali yang aktif beramal. Semua orang yang aktif beramal akan binasa kecuali mereka yang ikhlas."

Jadi, sebutan mereka terhadap ikhlas amatlah diambil berat. Amal tanpa niat adalah kejahilan, niat tanpa ikhlas adalah riya' (yang bererti sama dengan munafiq dan tidak berbeza dengan kederhakaan). Ikhlas tanpa kejujuran dan perlaksanaan adalah sia-sia.

Allah telah berfirman tentang setiap amalan yang dimaksudkan (diniatkan) untuk selain Allah sebagai sesuatu yang tidak bermatlamat. Di dalam al-Quran Allah telah berfirman yang bermaksud :

"Dan Kami hadapi segala amalan yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amalan itu (bagaikan) debu yang berterbangan."  (surah al-Furqan ayat 23)

Perkara yang serupa dengan apa yang dikatakan oleh al-Imam al-Ghazali itu sebelumnya juga telah dikatakan oleh seorang Rabbani yang arif bernama Sahl bin Abdullah at-Tustary :


"Semua manusia seperti orang yang sedang mabuk kecuali mereka yg berilmu. Semua orang yang berilmu adalah orang yang bingung kecuali mereka yang mengamalkan ilmunya."

Dalam lafaz lain beliau berkata :


"Dunia ini adalah kebodohan dan kematian kecuali ilmu. Semua ilmu merupakan hujah ke atas pemiliknya kecuali yang diamalkannnya. Semua amal akan sia-sia kecuali yang dilaksanakan dengan ikhlas. Ikhlas itu dalam bahaya yang besar sehingga tetap berakhir dengannya."

Sebahagian yang lain juga berkata :


"Ilmu itu laksana benih, amal laksana tanaman, dan airnya adalah ikhlas."

Ibn 'Atha'illah berkata dalam al-Hikam :


"Sesungguhnya Allah tidak suka amalan yang mendua (berbelah bahagi), dan tidak pula hati yang mendua. Amalan yang mendua tidak diterima dan hati yang mendua juga tidak diterima."

Amal yang tidak disertai ikhlas adalah ibarat gambar yang mati, dan raga tanpa jiwa. Allah hanya menginginkan hakikat amal, bukan rupa dan bentuknya. Maka dari itu, Dia menolak setiap amalan yang pelakunya tertipu dengan amalannya.

Dalam hadith sahih riwayat Abu Hurairah, bahawa Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam bersabda :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat jasad dan rupa kamu, tetapi Dia melihat pada hati kamu."


Baginda memberi isyarat ke arah hati dengan jari-jari tangannya lalu berkata :


"Taqwa itu letaknya di sini." Dan baginda memberi isyarat ke arah dadanya sebanyak tiga kali. (Hadis riwayat Imam Muslim)

Allah berfirman tentang mereka yang menyembelih haiwan qurban, iaitu dilakukan oleh mereka yang menunaikan haji dan umrah :

"Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketaqwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya." (surah al-Hajj ayat 37)

Allahu a'lam..


*Catatan Sang Pemikir : Nukilan itu adalah daripada bab Fit-Toriq Ila-Allah (Jalan Menuju Allah), buku an-Niyyatu Wal-Ikhlas (Niat Dan Ikhlas) oleh Syeikh Yusuf al-Qaradhawi.

Tuesday, November 1, 2011

Kisah Sahabat 1 - Abu Ayyub al-Ansari.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kaifa halukum jami'an? Semoga Sang Pemikir dan seluruh Sang Pengembara sentiasa dilimpahi kurnia dan nikmat agung dari Sang Pengkuasa hendaknya. Sang Pemikir nak tanya pada semua Pembloin, kenal tak sahabat Rasulullah yang bernama Abu Ayyub al-Ansari? Siapakah gerangan sahabat ini? Tahniah pada siapa yang dah kenal, kalau belum kenal atau nak tambah pengetahuan lagi mari teruskan kembara. Jom!

Betapa mulia catatan sejarah hidup sahabat ini. Terpancar keutamaan di atas rumah Khalid Ibn Sa’id yang dipanggil sebagai Abu Ayyub tatkala unta Nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi wasallam duduk berhenti di hadapan rumahnya. Hal ini membuat semua orang mengarah pandangan mata kepadanya, bukan saja orang Ansar bahkan seluruh penduduk Madinah. Kehormatan seperti itu amat diharapkan oleh setiap orang Ansar yang dilaluinya.

Mereka berdiri di depan rumah masing-masing selama beberapa saat, menunggu lalunya Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam. Mereka semua ingin mengajak baginda berkunjung ke rumahnya, namun setiap kali Nabi Sollallahu 'alaihi wasallam lalu di hadapan rumah kaum Ansar, tuan rumahnya berdiri di hadapan unta Nabi sambil memegangi kekangnya (tali) seraya berkata kepada Nabi Sollallahu 'alaihi wasallam :

"Ya Rasulullah, singgahlah sejenak ke rumah kami."

Rasulullah menolaknya, baginda berkata sambil memberi isyarat kepada untanya :

"Biarkan ia meneruskan perjalanannya, sebenarnya ia telah diperintahkan demikian.”


Tiba Rasulullah di salah sebuah rumah bapa saudara baginda, baginda menjawab dengan ungkapan seperti di atas ketika mereka berusaha menghentikan kekang untanya. Setelah ramai orang melepaskan kendali unta agar boleh melanjutkan perjalanan sendiri, unta tadi berjalan sambil melihat ke kanan dan ke kiri. Akhirnya sampailah ia ke rumah Malik Ibn an-Najjar. Unta tadi berhenti sebentar lalu berdiri dan berjalan lagi beberapa langkah, lantas untuk yang kali kedua, ia berhenti di depan rumah Abu Ayyub al-Ansari, lekuk lehernya menyembah di tanah dan mengeluarkan suara tanpa membuka mulut.

Kaum Ansar tampak iri hati terhadap Abu Ayyub yang membawa tali unta Rasulullah masuk ke rumahnya yang terbina dua tingkat. Abu Ayyub berserta keluarganya tinggal di tingkat atas, sedang Rasulullah di tingkat bawah. Hal demikian adalah kerana khuatir menyusahkan Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam berpenat naik-turun tangga.

Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam terus tinggal di rumah Abu Ayyub Al-Ansari selama tujuh bulan. Selama itu Abu Ayyub membuatkan makanan Nabi dan menghantar kepada baginda. Beliau selalu menunggu Nabi selesai makan, kemudian beliau dan isterinya memakan sisa makanan baginda kerana mengharapkan berkat.


Suatu petang Abu Ayyub menghantar makanan kepada Nabi. Dalam makanan tersebut ada bawang merah dan bawang putih. Tapi Rasulullah tidak memakannya sedikit pun. Ketika Abu Ayyub melihat makanan tersebut tidak berkurang, beliau segera turun berjumpa Rasulullah seraya berkata :


"Ya Rasulullah, demi ayah dan ibumu, aku tidak melihat bekas tanganmu dari makanan malam yang aku sediakan kepadamu. Padahal jika engkau makan makanan itu, kami akan makan makanan sisamu demi mengharapkan berkat darimu.”


Jawab Nabi : "Aku lihat dalam makanan itu sejenis tumbuh-tumbuhan (bawang merah dan bawang putih), padahal Jibril memberitahu supaya menghindarinya. Adapun bagimu, maka boleh engkau memakannya."


Selanjutnya Abu Ayyub berkata : "Makanan itu lalu kami makan, kemudian kami tidak lagi membuatkan makanan kepada Nabi yang mengandungi bawang merah dan bawang putih."

Setelah agak lama Rasulullah SAW menggunakan waktunya untuk tinggal di rumah Abu Ayyub al-Ansari, baginda memutuskan untuk membangunkan masjid dan membina beberapa rumah bagi para Ummahat al-Muslimin di sekitarnya. Seluruh kaum muslimin ikut bantu bekerja membangunkan masjid tersebut. Setelah selesai, Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam pindah ke tempatnya yang baru di sekitar masjid itu.


Pelbagai peristiwa berlalu begitu cepat, sedang kaum Quraisy berusaha terlibat dalam peperangan dengan kaum muslimin. Sekarang kaum muslimin semakin bersedia berjuang menghadapi kaum musyrik dan kafir, sehingga kalimat Allah mencapai kedudukan yang paling tinggi dan kalimat orang kafir menjadi rendah.

Peperangan terjadi silih berganti. Abu Ayyub ikut serta dalam pertempuran tersebut, tidak ketinggalan satu peperangan pun. Beliau tidak pernah tinggal diam dalam berjuang fi sabilillah. Bahkan beliau berjuang bersama Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam sebagaimana jihadnya orang yang mencari mati syahid. Beliau tidak takut mati. Jihadnya penuh semangat untuk berjumpa kepada Allah.

Di samping Abu Ayyub merupakan pahlawan perang di masa Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam, beliau juga seorang pejuang di masa Khulafa-ur-Rasyidin. Beliau ikut dalam perang melawan orang-orang murtad, membunuh para musuh Allah dan musuh agama Islam. Beliau hidup membela kehormatan Islam. Dalam tiap kali peristiwa pertempuran beliau akan sentiasa menuju ke barisan depan.


Ketika muncul fitnah antara Saidina Ali ra. dan Muawiyah Ibn Abi Sufyan, Abu Ayyub tanpa ragu-ragu bergabung dalam barisan Ali kerana beliau tahu bahawa Ali berada di pihak yang benar, pilihan Abu Ayyub berjuang di pihak Ali karramallahu wajhah itu berterusan sehingga Ali ra. mati syahid.


Abu Ayyub kental berjuang, tidak ketinggalan pertempuran bersama kaum muslimin yang lain, hatta tragedi perang Konstantinopel pun. Beliau menerjah barisan musuh hingga badannya penuh luka pedang dan merasakan bahawa ajalnya telah dekat. Beliau berkata kepada orang-orang di sekitarnya :


"Aku ingin jasadku dikubur di tengah medan pertempuran atau yang dekat dengannya, sehingga rohku bergerak di atas medan tempur, dan di akhirat nanti aku mendengar derap kaki kuda dan gemerincingnya pedang."


Beliau mengharap kehidupan akhiratnya dalam keadaan berjihad sebagaimana semasa hidupnya di dunia. Pada saat keadaannya sudah kritikal akibat cedera parah, beliau masih lagi bersemangat mengibarkan bendera Islam dan mengharap agar memperoleh kemenangan.


Setelah beliau meninggal dunia, kaum muslimin menunaikan kehendaknya. Mereka menanam mayatnya berdekatan medan pertempuran agar jiwanya sentiasa dapat menghirup bau jihad dan bersenang-senang di alam akhirat kerana memperoleh pertolongan Allah.

Inilah dia kisah-kisah insan pejuang. Hayya bil jihad ya syababal muslimin!!!