[ Pejuang Pena ]

Friday, December 23, 2011

Pendirian as-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab.


Beliau mempunyai pendirian tegas dalam hal Takfir (kafir-mengkafirkan orang lain). Sungguh ramai orang yang mengutuk beliau kerana terdapat beberapa percakapan yang disandarkan pada beliau, kemudian ada dakwaan penjatuhan hukum kafir bagi sesiapa yang melanggari pendapatnya. Ini dia as-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab menangkis semua rekaan dan tohmahan yang dinisbahkan kepadanya, dicatat dalam penulisan beliau ar-Risalat-ul-'Ula ditujukan pada kumpulan rakus itu :

Maka tiada terahsia lagi, aku telah tahu bahawa risalah dari Sulaiman bin Sahim telah sampai pada kalian. Beliau telah terimanya lalu membenarkan sebahagian orang dengan ilmu yang asalnya datang dari kalian. Allah sahajalah yang tahu identiti si pemuda yang melontarkan tuduhan perkataan yang tidak pernah aku sebut itu, padahal kebanyakan tuduhan itu langsung tidak kembali padaku.

Antara perkataan itu :
1. Aku menidakkan penulisan keempat-empat mazhab.
2. Aku berkata bahawa manusia yang lahir selepas tahun enam ratus itu sia-sia.
3. Aku mendakwa telah sampai tahap ijtihad dan keluar dari medan taqlid.
4. Aku berkata bahawa perselisihan ulamak itu suatu kesumat dendam.
5. Aku juga mengkafirkan sesiapa yang bertawassul dengan orang soleh, termasuklah Imam al-Busiri                     
telah kukafirkan kerana dalam kata-katanya menyebut ‘wahai sebaik-baik makhluk’.
6. Aku berkata kalaulah aku mampu menghancurkan qubah Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam akan 
kuhancurkan. Begitu juga pada Ka’bah, akan kugantikan saluran airnya dengan kayu.
7. Aku mengharamkan ziarah makam Nabi Muhammad sollallahu ‘alaihi wasallam, qubur ibu bapa dan 
qubur-qubur lain.
8. Aku juga mengkafirkan sesiapa yang bersumpah dengan selain nama Allah. Aku mengkafirkan Ibnu 
al-Faridh dan Ibnu ‘Arabi.
9. Aku membakar kitab Dalail-ul-Khairat, dan Raudh-ur-Riahin malah kunamakannya
Raudh-us-Shayatin.

Jawapanku terhadap masalah ini, aku katakan (ayat daripada al-Quran), maksudnya : Maha suci engkau ya Allah ini semua adalah pembohongan yang besar.

Sesiapa yang mendustai Nabi Muhammad sollallahu ‘alaihi wasallam, secara tidak langsung dia telah mencaci Nabi Isa bin Maryam ‘alaihissalam serta para solihin. Hati mereka tidak lain tidak bukan suka mengada-adakan cerita dan kata-kata yang palsu. Allah berfirman dalam surah an-Nahl ayat 105, maksudnya : Hanyasanya golongan yang suka mereka-reka pembohongan itu adalah mereka yang tidak percaya pada ayat-ayat Allah.

Mereka juga membuat dakwaan palsu bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam berkata, “Sesungguhnya para malaikat dan Nabi Isa ‘alaihissalam tercela di dalam neraka.” Justeru Allah menurunkan ayat 101, surah al-Anbiyak, maksudnya : Mereka yang telah mendapat kebaikan dari tuhannya mereka itu dijauhkan dari neraka.

No comments:

Post a Comment