[ Pejuang Pena ]

Sunday, October 30, 2011

'Betul’ dan ‘salah’ (dalam amal Ibadat dan Muamalat).

as-Sohih wal-Batil.


Yang ‘betul’ adalah jika dia memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat yang menepati syarak serta diikuti kesan-kesannya dalam syarak. Yang ‘betul’ dalam bab Ibadat di sisi Fuqahak : Seseorang itu mestilah melakukan sesuatu yang dapat sampai tahap Qadhak (lepas tanggungjawab/melakukan perkara itu dengan sempurna). Sesiapa yang mengerjakan solat dalam keadaan Toharah (bersih dari hadas kecil dan besar/wudhuk) dengan ragu-ragu maka solatnya tadi tidak sah kerana tak sampai lagi tahap Qadhak. Yang ‘betul’ dalam Muamalat : Seseorang itu mengikuti kesan yang terdapat dalam syarak; iaitu perkara yang disyarakkan padanya, seperti memberi manfaat dalam suatu transaksi jual beli atau memperoleh kesedapan (kesenangan/kebahagiaan) dalam perkahwinan.




Yang ‘tidak betul’ pula ialah perlakuan yang dilakukan oleh seorang mukallaf yang tidak menepati rukun-rukun dan syarat-syarat yang dituntut, dan dia juga tidak memenuhi kesan-kesannya dalam syarak. Ini dinamakan di sisi jumhur sebagai ‘salah’ (batal) dan ‘rosak’ (tidak sah), kedua-dua ini serupa sahaja pada pandangan mereka, sama ada dalam bab Ibadat mahupun Muamalat. Solat batilah (batal) dan solat fasidah (rosak) adalah sama, tidak gugur kewajiban dan tidak telepas tanggungan. Jual beli batil sama seperti jual beli fasid, tidak dapat memindahkan hak milik di antara kedua-dua pengakad (penjual dan pembeli), dan tidak dituruti hukum syarak padanya. Ulamak mazhab Hanafi berkata : Tiada beza antara ‘salah’ dan ‘rosak’ dalam bab Ibadat, ia sama ada ‘betul’ ataupun ‘tak betul’. Begitu juga dalam hal perkahwinan, perkahwinan yang batil sama sahaja dengan perkahwinan fasid, tidak membawa apa-apa faedah pada menghalalkan mut’ah, dan tidak dituruti kesan padanya (perkara yang dibolehkan dalam perkahwinan). Pada akad-akad dan perbelanjaan juga; iaitu pada Muamalat Moden, maka akad itu adalah sama ada ‘betul’, ‘salah’, atau ‘rosak’.


Yang ‘salah’ apabila ada padanya kecacatan pada asal dan asas akad, boleh jadi pada sighah (bentuk jual beli), penjual dan pembeli, atau pada barang yang diurusniagakan, dan tidak dituruti hukum syarak padanya, seakan-akan membuat urusan jual beli kepada orang gila, atau kanak-kanak belum baligh, atau jual beli itu kepada orang yang tiada, atau perkahwinan dengan salah satu mahram (perkahwinan juga termasuk dalam akad).


Dan yang ‘rosak’ adalah kecacatan yang berlaku pada sifat (ciri-ciri) di antara sifat akad, boleh jadi pada pada perkara kecil yang menjadi pelengkap bagi akad; iaitu pada salah satu syarat luaran yang berkaitan dengan hakikat dan rukun-rukun akad itu, ia menuruti sebahagian kesan-kesan jika memenuhi rukun-rukun urusan (akad) dan hal-hal asas, seperti membuat jualan dengan harga yang tidak diketahui, atau berganding dengan syarat yang tidak sah, atau perkahwinan tanpa saksi, di sisi ulamak mazhab Hanafi mengatakan ia menuruti keburukan dalam sebahagian kesan-kesan. (Dengan urusan seperti di atas) Maka berubahlah pemilikan yang buruk dengan satu transaksi kepada jualan fasid, membayar mahar dan beriddah adalah wajib bagi perkahwinan yang fasid, tetapi nasab (nisbahkan nama ayah kepada si anak) selepas berlaku persetubuhan adalah tetap (tak boleh menafi nasab).


*Catatan Sang Pemikir : Artikel ini merupakan terjemahan daripada salah satu bab dalam kitab al-Wajiz fi Usul-il-Fiqh karangan Doktor Wahbah az-Zuhaili.

No comments:

Post a Comment