1. Syukur apabila memperoleh nikmat.
2. Sabar apabila ditimpa kesulitan.
3. Tawakkal apabila mempunyai
rencana/urusan.
4. Ikhlas dalam semua amalan.
5. Jangan biarkan hati hanyut dalam kesedihan.
6. Jangan menyesal terhadap suatu
kegagalan.
7. Jangan putus asa ketika menghadapi kesulitan.
8. Jangan dengki atas kekayaan
orang lain.
9. Jangan hasad dan iri hati terhaap kejayaan orang lain.
10. Jangan sombong jika menerima kejayaan.
11. Jangan tamak harta.
12. Jangan mengangankan suatu kedudukan.
13. Jangan lemah disebabkan kezaliman.
14. Jangan goyah disebabkan fitnah.
15. Jangan berkeinginan terlalu
tinggi melebihi kemampuan diri.
16. Jangan mencampur harta dengan yang haram.
17. Jangan sakiti ibu dan ayah.
18. Jangan usir orang yang
meminta-minta.
19. Jangan sakiti anak yatim.
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa besar.
21. Jangan biasakan diri
melakukan dosa-dosa kecil.
22. Banyakkan berkunjung ke masjid.
23. Lakukan solat dengan ikhlas
dan khusyuk.
24. Lakukan solat fardhu di awal
waktu serta berjamaah di masjid.
25. Biasakan qiamullail.
27. Lakukan puasa wajib mahupun sunat.
28. Sayangi dan santuni faqir miskin.
29. Jangan rasa takut melainkan pada Allah.
30. Jangan marah
berlebih-lebihan.
31. Cintailah seseorang dengan
tidak berlebih-lebihan.
32. Bertemulah kerana Allah dan
berpisah juga keranaNya.
33. Berlatihlah tumpukan fikiran.
34. Penuhi janji dan mintalah
maaf jika tidak dapat dipenuhi.
35. Jangan bermusuhan melainkan dengan syaitan.
36. Jangan percaya ramalan
manusia.
37. Jangan terlampau takut akan kemiskinan.
38. Hormatilah setiap insan.
39. Jangan terlampau takut kepada manusia.
40. Jangan sombong, takabbur dan
besar kepala.
41. Berlakulah adil dalam segala
urusan.
42. Amalkan istighfar dan taubat
kepada Allah.
44. Hiasi rumah dengan bacaan al-Quran.
45. Perbanyakkan jalinan silaturrahm.
46. Tutup aurat sesuai dengan
petunjuk Islam.
47. Bicaralah secukupnya.
48. Beristeri/bersuami jika telah bersedia segalanya.
49. Hargai, disiplin, dan manfaatkan waktu.
50. Biasakan kehidupan yang bersih, tertib
dan teratur.
51. Jauhkan diri daripada penyakit-penyakit batin.
52. Lapangkan waktu untuk berehat bersama keluarga.
53. Makanlah secukupnya tidak kurang dan tidak lebih.
54. Hormatilah para guru dan ulamak.
56. Cintai keluarga nabi.
57. Jangan terlalu banyak hutang.
58. Jangan mudah
berjanji.
59. Selalu ingat kematian dan
sedar bahawa kehidupan dunia sementara.
60. Jauhkan diri dari perbuatan
yang tidak bermanfaat.
61. Bergaullah dengan para solihin.
62. Sering bangun di penghujung
malam, berdoa dan beristighfar.
63. Lakukan ibadah haji dan umrah
apabila berkemampuan.
64. Maafkan orang lain yang buat salah kepada kita.
65. Jangan berdendam dan berkeinginan membalas kejahatan dengan kejahatan.
66. Jangan membenci seseorang
kerana fahaman dan pendiriannya.
67. Jangan membenci orang
yang membenci kita.
68. Berlatih untuk berterus
terang dalam menentukan pilihan.
69. Ringankan beban orang lain
dan tolonglah mereka yang ditimpa kesusahan.
70. Jangan melukai hati orang
lain.
71. Jangan biasakan perkataan dusta.
72. Berlakulah adil walaupun
kita sendiri akan mendapatkan kerugian.
73. Jagalah amanah dengan penuh
tanggungjawab.
74. Laksanakan segala tugas
dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan.
75. Hormati orang lain yang lebih
tua daripada kita.
76. Jangan buka aib orang
lain.
77. Lihatlah orang yang lebih
miskin dan yang lebih berprestasi daripada kita.
78. Ambillah pelajaran dari
pengalaman orang arif dan bijaksana.
79. Sediakan waktu untuk merenung
apa-apa yang telah dilakukan.
80. Jangan bersedih atas kemiskinan dan jangan sombong atas kekayaan.
81. Jadilah manusia yang selalu
bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara.
82. Kenali kekurangan diri dan kelebihan orang lain.
83. Jangan membuat orang lain
menderita dan sengsara.
84. Berkatalah yang baik-baik
atau tidak berkata apa-apa.
85. Hargai prestasi dan pemberian
orang lain.
86. Jangan habiskan waktu untuk
sekadar hiburan dan kesenangan.
87. Berbaiklah dengan setiap orang walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk bersukan.
90. Ikutilah nasihat orang
yang arif dan bijaksana.
91. Lupakan
kesalahan orang lain kepada kita dan lupakan jasa kita kepada orang lain.
92. Jangan buat sesuatu yang
menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat
menyebabkan orang lain terhina.
93. Jangan mudah percaya kepada khabar berita sebelum diperiksa kebenarannya.
94. Jangan suka menunda tugasan dan kewajiban.
95. Sambutlah huluran tangan dengan penuh keakraban dan keramahan.
96. Jangan paksa diri melakukan sesuatu di luar kemampuan diri.
97. Waspadalah terhadap setiap ujian dan jangan lari dari kenyataan kehidupan.
98. Yakinlah bahwa setiap
kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan.
99. Jangan bergembira di atas
penderitaan orang lain dan jangan jadi kaya dengan memiskinkan orang lain.
No comments:
Post a Comment