[ Pejuang Pena ]

Wednesday, November 30, 2011

Imam Bukhari.


Sejarah Hidup Enam Tokoh Penghimpun Hadith

Assalam semua Pembloin. Seperti sedia maklum sumber hukum yang utama dalam agama Islam adalah al-Quran dan as-Sunnah. Selain sebagai sumber hukum, al-Quran dan as-Sunnah juga merupakan sumber ilmu pengetahuan yang universal. Sesiapa yang mula mendalaminya, maka takkan habis keajaibannya.

Maka untuk mengetahui as-Sunnah ini, salah satu daripada episod penting yang tidak kurang menarik untuk diketahui adalah profil atau sejarah orang yang mengumpulkan hadith, dengan jasa bakti mereka kita yang hidup pada zaman sekarang ini dapat memperoleh dengan mudah sumber hukum secara lengkap dan sistematik serta dapat melaksana atau meneladani kehidupan Rasulullah untuk beribadah.

Untuk itu pada beberapa edisi kali ini, Sang pemnikir sajikan secara berturut-turut profile sejarah hidup enam tokoh penghimpun hadith yang paling terkenal.

Abad ketiga Hijrah merupakan kurun berlakunya penghimpunan hadith Nabi dalam dunia Islam. Waktu itulah hidup enam penghimpun ternama hadith iaitu Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Tirmizi , Imam Nasa'i, dan Imam Ibn Majah.

Untuk entry ini sahaja Sang Pemikir akan berkongsi mengenai sejarah hidup imam masyhur yang pertama, manakala para imam yang lain akan menyusul kemudian pada entry akan datang.

Imam Bukhari

Sebenarnya tokoh penghimpun dan penyusun hadith sangat ramai, dan yang seperti yang disebut diatas adalah yang lebih popular antara mereka. Adapun urutan pertama yang paling terkenal di antara enam tokoh tersebut di atas adalah Amirul-Mukminin fil-Hadith (pemimpin orang mukmin dalam hadith), suatu gelaran ahli hadith tertinggi, nama lengkapnya adalah Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Bardizbah. Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail, terkenal kemudian sebagai Imam Bukhari, lahir di Bukhara pada 13 Syawal 194 H (21 Juli 810 M), cucu seorang Persia bernama Bardizbah. Bardizbah adalah beragama Majusi, agama kaumnya. Kemudian putranya, al-Mughirah memeluk Islam di bawah bimbingan al-Yaman al-Ja'fi, gabenor Bukhara. Pada masa itu Wala dinisbahkan kepadanya. Kerana itulah beliau dikatakan 'al-Mughirah al-Jafi'.

Mengenai Ibrahim pula, tiada data yang jelas diperolehi. Ayahnya, Ismail, seorang ulama besar ahli hadith. Beliau belajar hadith dari Hammad ibn Zaid dan Imam Malik. Riwayat hidupnya telah dipaparkan oleh Ibn Hibban dalam kitab as-Thiqat, begitu juga putranya, Imam Bukhari, membuat biografinya dalam at-Tarikh al-Kabir.

Ayah Bukhari disamping sebagai orang berilmu, beliau juga sangat warak dan taqwa. Dikatakan bahawa ketika menjelang kematiannya, beliau berkata, "Dalam harta yang kumiliki tidak terdapat sedikitpun wang yang haram maupun yang shubhat." Demikian jelaslah bahawa Bukhari hidup dalam lingkungan keluarga yang berilmu dan beragama. Tidak hairan jika beliau lahir dan mewarisi sifat-sifat mulia ayahnya itu.

Beliau dilahirkan di Bukhara setelahSolat Jumaat. Tidak lama setelah beliau lahir, bayi ini membuka matanya, namun didapati penglihatannya tiada. Ayahnya sangat bersedih hati. Ibunya yang solehah menagis dan selalu berdoa pada ilahi, memohon agar bayinya dikurnia penglihatan. Kemudian dalam tidur, perempuan itu bermimpi didatangi Nabi Ibrahim seraya berkata, "Wahai ibu, Allah telah menyembuhkan penyakit putramu dan kini dia sudah dapat melihat kembali, semua itu berkat doamu yang tiada henti-henti."

Ketika dia terbangun, penglihatan bayinya sudah normal. Ayahnya meninggal sewaktu beliau masih kecil dan meninggalkan banyak harta yang memungkinkan hidup dalam pertumbuhan dan perkembangan yang baik. Beliau dirawat dan dididik oleh ibunya dengan tekun dan penuh perhatian.

Keunggulan Bukhari sudah jelas kelihatan sejak kecil lagi. Allah menganugerahkan kepadanya hati yang lapang, fikiran yang cerdas dan daya ingatan yang sangat tajam, lebih-lebih dalam menghafal hadith. Ketika berusia 10 tahun, beliau sudah banyak menghafal hadith. Pada usia 16 tahun beliau bersama ibu dan abang sulungnya mengunjungi berbagai kota suci. Kemudian beliau banyak berjumpa para ulama dan tokoh-tokoh negerinya untuk mempelajari hadith, bertukar fikiran dan berdiskusi. Ketika usia 16 tahun juga, beliau sudah hafal kitab sunan Ibn Mubarak dan Waki, juga mengetahui pendapat-pendapat ahli ra'yi (ahli pemikir rasional), dasar-dasar dan mazhabnya.

Rasyid ibn Ismail, abangnya yang tertua berkata, sewaktu muda Bukhari dan beberapa rakan lain mengikuti kuliah dan ceramah cendekiawan Balkh. Tidak seperti murid lain, Bukhari tidak pernah membuat catatan kuliah. Beliau pernah dimarah kerana dianggap membuang waktu tidak mencatat apa-apa, namun Bukhari diam tidak menjawab. Pada suatu hari, kerana merasa kesal terhadap celaan yang terus-menerus itu, Bukhari meminta rakan-rakannya membawa catatan mereka. Merka tercengang kerana didapati Bukhari telah menghafal sebanyak 15,000 hadith, lengkap terperinci dengan keterangan yang tidak sempat mereka catat.

Pengembaraannya

Pada tahun 210 H, Bukhari berangkat menuju ke Baitullah untuk menunaikan haji, disertai ibu dan saudaranya, Ahmad. Saudaranya yang lebih tua ini kemudian pulang ke Bukhara, sedang beliau memilih Mekah sebagai tempat tinggalnya. Mekah merupakan salah satu pusat ilmu yang penting di Hijaz. Sewaktu beliau ke Madinah, di antara kedua tanah suci itulah beliau menulis sebahagian karyanya dan menyusun dasar-dasar kitab al-Jami'us-Sahih dan pendahuluannya.

Beliau menulis Tarikh Kabirnya di makam Nabi Sollallahu 'alaihi wasllam dan banyak juga beliau menulis pada waktu malam hari terang bulan. Sementara itu ketiga buku tarikhnya, as-Saghir, al-Awsat dan al-Kabir muncul dari kemampuannya yang tinggi mengenai pengetahuan terhadap tokoh-tokoh dan kepandaiannya memberi kritikan, sehingga beliau pernah berkata bahawa sedikit sekali nama-nama yang disebutkan dalam tarikh yang tidak beliau ketahui kisahnya.

Kemudian beliau memulakan perjalanan mencari ilmu di serata dunia Islam selama 16 tahun. Dalam perjalanannya ke pelbagai negeri, hampir semua negeri Islam telah dikunjungi sampai ke seluruh Asia Barat. Diceritakan bahawa beliau pernah berkata, "Saya telah mengunjung Syam, Mesir, dan Jazirah masing-masing dua kali, ke Basrah empat kali, menetap di Hijaz (Mekah dan Madinah) selama enam tahun dan tak dapat dihitung lagi berapa kali saya mengunjungi Kufah dan Baghdad untuk menemui ulama-ulama ahli hadith."

Pada waktu itu, Baghdad adalah ibu kota negara yang merupakan gudang ilmu dan ulama. Di negeri itu, beliau sering menemui Imam Ahmad bin Hanbal dan tidak jarang mengajaknya untuk menetap di negeri tersebut dan mengkritiknya kerana menetap di negeri Khurasan.

Dalam setiap perjalanannya yang melelahkan itu, Imam Bukhari sentiasa menghimpun hadith-hadith dan ilmu pengetahuan dan mencatatnya sekaligus. Di tengah malam yang sunyi, beliau bangun dari tidur lalu menyalakan lampu dan menulis setiap masalah yang terlintas di hatinya, setelah itu lampu dipadam kembali. Perbutan ini dilakukan hampir 20 kali setiap malamnya. Beliau meriwayatkan hadith dari 80,000 perawi, dan berkat ingatannya yang memang sangat pintar, beliau dapat menghafal hadith sebanyak itu lengkap dengan sumbernya.

Kemasyhuran Imam Bukhari

Kemasyhuran Imam Bukhari segera mencapai bahagian dunia Islam yang jauh, dan ke mana pun beliau pergi selalu dialu-alukan. Masyarakat hairan dan kagum akan ingatannya yang luar biasa. Pada tahun 250 H. Imam Bukhari mengunjungi Naisabur. Kedatangannya disambut gembira oleh para penduduk, juga oleh gurunya, az-Zihli dan para ulama lain.

Imam Muslim bin al-Hajjaj, pengarang kitab as-Sahih Muslim menceritakan, "Ketika Muhammad bin Ismail datang ke Naisabur, aku tidak pernah melihat seorang kepala daerah, para ulama dan penduduk Naisabur memberikan sambutan seperti apa yang mereka berikan kepadanya." Mereka menyambut kedatangannya dari luar kota sejauh dua atau tiga marhalah (± 100 km), hinggakan Muhammad bin Yahya az-Zihli berkata, "Sesiapa hendak menyambut kedatangan Muhammad bin Ismail besok pagi, lakukanlah, sebab aku sendiri akan ikut menyambutnya. Esok paginya Muhammad bin Yahya az-Zihli, sebahagian ulama dan penduduk Naisabur menyongsong kedatangan Imam Bukhari, beliau pun lalu memasuki negeri itu dan menetap di daerah perkampungan orang Bukhara. Selama menetap di negeri itu, beliau mengajar hadith secara tetap. Sementara itu, az-zihli pun berpesan kepada para penduduk agar menghadiri dan mengikuti pengajian yang diberikannya. Az-Zihli berkata, "Pergilah kalian kepada orang alim yang soleh itu, ikut dan dengarlah pengajiannya."

Imam Bukhari Difitnah

Tak lama kemudian, terjadi fitnah terhadap Imam Bukhari atas perbuatan puak yang iri hati. Mereka meniup tuduhan kepada Imam Bukhari sebagai orang yang berpendapat bahawa 'Al-Quran adalah makhluk'. Perkara inilah yang menimbulkan kebencian dan kemarahan gurunya, az-Zihli kepadanya, sehingga berkata, "Sesiapa berpendapat al-Quran adalah makhluk, maka dia adalah ahli bid’ah. Dia tidak boleh diajak bicara dan majlisnya tidak boleh dihadiri. Dan sesiapa masih mengunjungi majlisnya, curigailah dia." Setelah itu, orang ramai mula menjauhinya.

Pada hakikatnya, Imam Bukhari terlepas dari fitnah yang dituduhkan kepadanya itu. Diceritakan, seorang berdiri dan mengajukan pertanyaan kepadanya, "Bagaimana pendapat anda tentang lafaz-lafaz al-Quran, makhlukkah atau bukan?" Bukhari berpaling dari orang itu dan tidak mahu menjawab kendati pun pertanyaan itu diajukan sampai tiga kali. Tetapi orang tersebut terus mendesaknya, maka beliau menjawab, "Al-Quran adalah kalam Allah, bukan makhluk, sedangkan perbuatan manusia adalah makhluk dan fitnah merupakan bid’ah." Yang dimaksud dengan perbuatan manusia adalah bacaan dan ucapan mereka. Pendapat yang dikemukakan Imam Bukhari ini, yakni dengan membezakan antara yang dibaca dengan bacaan, adalah pendapat yang menjadi pegangan para ulama ahli tahqiq dan ulama salaf. Tetapi dengki dan iri adalah buta dan tuli.

Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Bukhari perbah berkata, "Iman adalah perkataan dan perbuatan, boleh bertambah dan berkurang. Al-Quran adalah kalam Allah, bukan makhluk. Sahabat Rasulullah yang paling utama adalah Abu Bakar, Umar, Uthman kemudian Ali. Dengan berpegang pada keyakinan dan keimanan inilah aku hidup, aku mati dan dibangkitkan di akhirat kelak, insya Allah." Demikian juga beliau pernah berkata, "Sesiapa menuduhku berpendapat bahawa lafaz-lafaz Al-Quran adalah makhluk, dia adalah pendusta."

Az-Zihli benar-benar telah murka kepadanya, sehingga ada berkata, "Lelaki itu (Bukhari) tidak boleh tinggal bersamaku di negeri ini." Oleh kerana Imam Bukhari berpendapat bahawa keluar dari negeri itu lebih baik, demi menjaga dirinya, dengan harapan agar fitnah yang menimpanya itu dapat mereda, maka beliau pun memutuskan untuk keluar dari negeri tersebut.

Setelah keluar dari Naisabur, Imam Bukhari pulang ke negerinya sendiri, Bukhara. Kedatangannya disambut meriah oleh seluruh penduduk. Untuk keperluan itu, mereka mengadakan upacara besar-besaran, mendirikan khemah-khemah sepanjang satu farsakh (± 8 km) dari luar kota dan menaburkan wang dirham dan dinar sebagai manifestasi kegembiraan mereka. Selama beberapa tahun menetap di negerinya itu, beliau mengadakan majlis pengajian dan pengajaran hadith.

Tetapi kemudian badai fitnah datang lagi. Kali ini badai itu datang dari penguasa Bukhara sendiri, Khalid bin Ahmad az-Zihli, walaupun sebabnya timbul dari sikap Imam Bukhari yang terlalu memuliakan ilmu yang dimlikinya. Ketika itu, penguasa Bukhara, mengirimkan utusan kepada Imam Bukhari, supaya beliau mengirimkan kepada dua buah karangannya, al-Jami' al-Sahih dan Tarikh. Imam Bukhari keberatan memenuhi permintaan itu. Beliau hanya berpesan kepada utusan itu agar disampaikan kepada Khalid, bahawa, "Aku tidak akan merendahkan ilmu dengan membawanya ke istana. Jika hal ini tidak berkenan di hati tuan, tuan adalah penguasa, maka keluarkanlah larangan supaya aku tidak mengadakan majlis pengajian. Dengan begitu, aku mempunyai alasan di sisi Allah kelak pada hari kiamat, bahawa sebenarnya aku tidak menyembunyikan ilmu." Mendapat jawapan seperti itu, sang penguasa naik pitam, diperintahkan askar-askarnya melancarkan hasutan yang dapat memujuk Imam Bukhari. Dengan demikian dia mempunyai alasan untuk mengusir Imam Bukhari. Tak lama kemudian Imam Bukhari pun diusir dari negerinya sendiri, Bukhara.

Imam Bukhari, kemudian mendoakan tidak baik atas Khalid yang telah mengusirnya secara tidak sah. Belum sebulan berlalu, Ibn Tahir memerintahkan agar Khalid bin Ahmad dijatuhi hukuman, dipermalukan di depan umum dengan menungang himar betina. Maka hidup sang penguasa yang zalim kepada Imam Bukhari itu berakhir dengan kehinaan dan dipenjara.

Kewafatannya

Imam Bukhari bukan saja mencurahkan seluruh intelegensi dan daya ingatnnya yang luar biasa itu pada karya tulisannya yang penting, Sahih Bukhari, tetapi juga melaksanakan tugas itu dengan dedikasi dan kesolehan. Beliau selalu mandi dan berdoa sebelum menulis buku itu. Sebahagian buku tersebut ditulisnya di samping makam Nabi di Madinah.

Imam Durami, guru Imam Bukhari, mengakui keluasan wawasan hadith muridnya ini, "Antara ciptaan tuhan pada masanya, Imam Bukharilah agaknya yang paling bijaksana."

Suatu ketika penduduk Samarkand mengirim surat kepada Imam Bukhari, isinya meminta beliau supaya menetap di negeri mereka. Maka kemudian beliau pergi untuk memenuhi permohonan mereka. Ketika perjalanannya sampai di Khartand, sebuah desa kecil yang terletak dua farsakh sebelum Samarkand, dan desa itu terdapat beberapa ahli keluarganya, beliau singgah terlebih dahulu untuk mengunjungi mereka. Tetapi di desa itu Imam Bukhari jatuh sakit hingga menemui ajalnya.

Beliau wafat pada malam Idul Fitri tahun 256 H. (31 Ogos 870 M), dalam usia 62 tahun kurang 13 hari. Sebelum meninggalkan dunia, beliau berpesan bahawa jika meninggal nanti jenazahnya dikapankan tiga helai kain tanpa baju dalam dan tidak memakai serban. Pesan itu dilaksanakan dengan baik oleh masyarakat setempat. Jenazahnya dikebumikan lepas zohor, hari raya Idul Fitri, sesudah beliau melewati perjalanan hidup panjang yang penuh dengan berbagai amal yang mulia. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan redhaNya.

Guru-gurunya

Pengembaraannya ke pelbagai negeri telah mempertemukan Imam Bukhari dengan guru-guru yang dapat dipercaya, mencapai jumlah yang sangat banyak. Diceritakan bahawa beliau berkata, "Aku menulis hadith yang diterima dari 1080 orang guru, yang semuanya adalah ahli hadith dan berpendirian bahawa iman adalah ucapan dan perbuatan." Antara guru yang hebat itu adalah Ali ibn al-Madini, Ahmad ibn Hanbal, Yahya ibn Ma'in, Muhammad ibn Yusuf al-Faryabi, Maki ibn Ibrahim al-Bakhi, Muhammad ibn Yusuf al-Baykandi dan Ibn Rahawaih. Guru-guru yang hadithnya diriwayatkan dalam kitab Sahihnya sebanyak 289 orang guru.

Keistimewaan Imam Bukhari

Kerana kemasyhurannya sebagai seorang alim yang sangat bijak, ramai anak murid yang belajar dan mendengar secara langsung hadith daripada beliau. Tak dapat dihitung dengan pasti berapa jumlah orang yang meriwayatkan hadith dari Imam Bukhari, sehingga ada yang berpendapat bahawa kitab Sahih Bukhari didengar secara langsung daripada beliau oleh 90,000 orang (Muqaddimah Fathul-Bari, jilid 22, hal. 204). Antara ramai muridnya yang paling menonjol adalah Muslim bin al-Hajjaj, Tirmizi, Nasa'i, Ibn Khuzaimah, Ibn Abu Dawud, Muhammad bin Yusuf al-Firabri, Ibrahim bin Ma'qil an-Nasafi, Hammad bin Syakr an-Nasawi dan Mansur bin Muhammad al-Bazdawi. Empat orang yang terakhir ini merupakan yang paling masyhur sebagai perawi kitab Sahih Bukhari.

Dalam bidang kekuatan hafalan, ketajaman fikiran dan pengetahuan para perawi hadith, Imam Bukhari merupakan salah satu tanda kekuasaan dan kebesaran Allah di muka bumi ini. Allah telah mempercaya Bukhari dan para penghimpun hadith yang lain, untuk menghafal dan menjaga sunah-sunah Nabi kita Muhammad Sollallahu 'alaihi wasallam. Diriwayatkan, bahawa Imam Bukhari berkata, "Saya hafal hadith di luar kepala sebanyak 100,000 buah hadith sahih, dan 200,000 hadith yang tidak sahih."

Mengenai kepintaran Imam Bukhari dapat dibuktikan pada kisah berikut. Ketika beliau tiba di Baghdad, ahli-ahli hadith di sana berkumpul untuk menguji kemampuan dan kepintarannya. Mereka mengambil 100 buah hadith lalu mereka tukar-tukarkan sanad dan matannya, matan hadith ini diberi sanad hadith lain dan sanad hadith lain dibuat untuk matan hadith yang lain pula. 10 orang ulama tampil dan masing-masing mengajukan pertanyaan sebanyak 10 pertanyaan tentang hadith yang telah diputarbalikkan tersebut. Orang pertama tampil dengan mengajukan sepuluh buah hadith kepada Bukhari, dan setiap orang itu selesai menyebutkan sebuah hadith, Imam Bukhari menjawab dengan tegas, "Saya tidak tahu hadith yang anda sebutkan ini." Beliau tetap memberi jawaban yang serupa hingga kepada penanya yang kesepuluh, yang masing-masing mengajukan sepuluh pertanyaan. Ada di antara hadirin yang tidak mengerti, memastikan bahawa Imam Bukhari tidak akan mungkin mampu menjawab dengan benar pertanyaan-pertanyaan itu, sedangkan para ulama berkata satu kepada yang lainnya, "Orang ini mengetahui apa yang sebenarnya."

Setelah 10 orang semuanya selesai mengajukan semua pertanyaannya yang jumlahnya 100 pertanyaan tadi, kemudian Imam Bukhari melihat kepada penanya yang pertama dan berkata, "Hadith pertama yang anda kemukakan isnadnya yang benar adalah begini; hadith kedua isnadnya yang benar adalah begini…"

Begitulah Imam Bukhari menjawab semua pertanyaan satu demi satu hingga selesai menyebutkan sepuluh hadith. Kemudian beliau menoleh kepada penanya yang kedua, lalu menjawab hingga selesai kemudian menoleh hingga penanya yang kesepuluh sampai selesai. Imam Bukhari menyebut satu persatu hadith-hadith yang sebenarnya dengan cermat dan tidak ada satu dan sedikitpun yang salah dengan jawaban yang sesuai seperti sepuluh orang tadi mengeluarkan urutan pertanyaanya. Maka para ulama Baghdad tidak dapat berbuat lain, selain menyatakan kekagumannya kepada Imam Bukhari akan kekuatan daya hafal dan kecemerlangan fikirannya, serta mengakuinya sebagai 'Imam' dalam bidang hadith.

Sebahagian hadirin memberikan komentar terhadap 'uji kemampuan' yang tegang ini, dia berkata, "Yang mengagumkan bukanlah kerana Bukhari mampu memberikan jawaban secara benar, tetapi yang benar-benar sangat mengagumkan ialah kemampuannya dalam menyebutkan semua hadith yang sudah diputarbalikkan itu secara berurutan sama seperti urutan yang dikemukakan oleh 10 orang penguji, padahal beliau hanya mendengar pertanyaan-pertanyaan yang banyak itu hanya sekali." Ramai yang menjadi hairan dengan kemampuan Imam Bukhari mengemukakan 100 buah hadith secara berurutan seperti urutan si penanya mengeluarkan pertanyaannya, ditambah lagi beliau membetulkan rawi-rawi yang telah diputarbalikkan, ini sungguh luar biasa.

Imam Bukhari pernah berkata, "Saya tidak pernah meriwayatkan sebuah hadith yang diterima dari para sahabat dan tabi'in, melainkan saya mengetahui tarikh kelahiran sebahagian besar mereka, hari wafat dan tempat tinggalnya. Demikian juga saya tidak meriwayatkan hadith sahabat dan tabi'in, yakni hadith-hadith mauquf, kecuali ada dasarnya yang kuketahui dari Kitabullah dan sunnah Rasulullah."

Dengan kedudukan ilmu dan kekuatan hafalan Imam Bukhari sebagaimana telah disebutkan, wajarlah jika semua guru, kawan dan generasi sesudahnya memberikan pujian kepadanya. Seorang bertanya kepada Qutaibah bin Sa'id tentang Imam Bukhari, ketika menyatakan, "Wahai para penanya, saya sudah banyak mempelajari hadith dan pendapat, juga sudah sering duduk bersama dengan para ahli fiqh, ahli ibadah dan para ahli zuhud, namun saya belum pernah menjumpai orang begitu cerdas dan pandai seperti Muhammad bin Ismail al-Bukhari."

Imam al-A'immah (pemimpin para imam) Abu Bakar ibn Khuzaimah telah memberikan kesaksian terhadap Imam Bukhari dengan mengatakan, "Tak ada orang yang mengetahui hadith melebihi Muhammad bin Ismail." Demikian pula semua temannya memberikan pujian. Abu Hatim ar-Razi berkata, "Khurasan belum pernah melahirkan seorang putra yang hafal hadith melebihi Muhammad bin Ismail, juga belum pernah ada orang yang pergi dari kota tersebut menuju Iraq yang melebihi kealimannya."

Al-Hakim menceritakan, dengan sanad lengkap bahawa Muslim (pengarang kitab Sahih Muslim) datang kepada Imam Bukhari, lalu mencium antara kedua matanya dan berkata, "Biarkan saya mencium kaki tuan, wahai maha guru, pemimpin para ahli hadith dan doktor ahli penyakit (ilat) hadith." Mengenai sanjungan diberikan ulama generasi sesudahnya, cukup diwakili oleh perkataan al-Hafiz Ibn Hajar yang menyatakan, "Andaikan pintu pujian dan sanjungan kepada Bukhari masih terbuka bagi generasi sesudahnya, tentu habislah semua kertas dan nafas. Ia bagaikan laut tak bertepi."

Imam Bukhari adalah seorang yang berbadan kurus, berperawakan sedang, tidak terlalu tinggi juga tidak pendek, kulitnya agak kecoklatan dan sedikit sekali makan. Beliau sangat pemalu namun ramah, dermawan, menjauhi kesenangan dunia dan cinta akhirat. Banyak hartanya yang disedekahkan baik secara sembunyi mahupun terang-terangan, lebih lagi untuk kepentingan pendidikan dan para pelajar. Kepada para pelajar beliau berikan bantuan dana yang cukup besar. Diceritakan beliau pernah berkata, "Saya berpendapatan 500 dirham setiap bulan, semuanya dibelanjakan untuk kepentingan pendidikan. Sebab, apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal."

Imam Bukhari sangat berhati-hati dan sopan dalam berbicara dan dalam mencari kebenaran yang hakiki di saat mengkritik para perawi. Terhadap perawi yang sudah jelas-jelas diketahui kebohongannya, cukup beliau berkata, "Perlu dipertimbangkan, para ulama meninggalkannya atau para ulama berdiam diri tentangnya." Perkataan yang tegas tentang para perawi yang tercela pula, "Hadithnya diingkari."

Meskipun sangat sopan dalam mengkritik para perawi, namun beliau banyak meninggalkan hadith yang diriwayatkan seseorang hanya kerana orang itu diragukan. Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa beliau berkata, "Saya meninggalkan 10,000 hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang perlu dipertimbangkan, dan meninggalkan pula jumlah yang sama atau lebih, yang diriwayatkan perawi yang dalam pandanganku perlu dipertimbangkan."

Selain dikenal sebagai ahli hadith, Imam Bukhari juga sebenarnya adalah ahli dalam fiqh. Dalam hal mengeluarkan fatwa, beliau telah sampai pada darjat mujtahid mustaqil (bebas dan tidak terikat pendapatnya pada mazhab-mazhab tertentu) atau dapat mengeluarkan hukum secara sendirian. Beliau mempunyai pendapat-pendapat hukum yang digalinya sendiri. Pendapat-pendapatnya itu terkadang sejalan dengan mazhab Abu Hanifah, terkadang sesuai dengan Mazhab Syafi'i dan kadang-kadang berbeza dengan keduan-duaya. Selain itu, ada pada ketika beliau memilih mazhab Ibn Abbas, dan ketika lain memilih mazhab Mujahid dan 'Ata dan sebagainya. Jadi kesimpulannya adalah, Imam Bukhari adalah seorang ahli hadith yang ulung dan ahli fiqh yg berijtihad sendiri, kendati pun yang lebih menonjol adalah setatusnya sebagai ahli hadith, bukan sebagai ahli fiqh.

Di sela-sela kesibukannya sebagai seorang alim, beliau juga tidak melupakan kegiatan lain yang dianggap penting untuk menegakkan agama Islam. Imam Bukhari sering belajar memanah hingga mahir, dikatakan bahawa sepanjang hidupnya, beliau tidak pernah meninggalkan memanah kecuali dua kali. Keadaan itu timbul sebagai pengamalan sunah Rasul yang mendorong dan menganjurkan kaum Muslimin belajar menggunakan anak panah dan alat-alat perang lainnya. Tujuannya adalah untuk memerangi musuh-musuh Islam dan mempertahankan dari kejahatan mereka.

Karya-karya Imam Bukhari

Antara hasil karya Imam Bukhari adalah al-Jami' as-Sahih (Shahih Bukhari), al-Adab al-Mufrad, at-Tarikh as-Saghir, at-Tarikh al-Awsat, at-Tarikh al-Kabir, at-Tafsir al-Kabir, al-Musnad al-Kabir, Kitab al-'Ilal, Raf'ul-Yadain fis-Salah, Birril-Walidain, Kitab al-Asyribah, al-Qira'ah Khalf al-Imam, Kitab ad-Dhu'afa, Asami as-Sahabah, Kitab al-Kuna.

Sekilas Tentang Kitab al-Jami' as-Sahih (Sahih Bukhari)

Diceritakan, Imam Bukhari berkata, "Aku bermimpi melihat Rasulullah Sollallahu a'alaihi wasallam, seolah-olah aku berdiri di hadapannya, sambil memegang kipas yang kugunakan untuk menjaganya. Kemudian aku tanyakan mimpi itu kepada sebahagian ahli ta'bir, dia menjelaskan bahawa aku akan menghancurkan dan mengikis habis kebohongan dari hadith Rasulullah. Mimpi inilah, antara lain yang mendorongku untuk melahirkan kitab al-Jami' as-Sahih."

Dalam menghimpun hadith-hadith sahih dalam kitabnya, Imam Bukhari menggunakan kaedah-kaedah penelitian secara ilmiah dan sah yang menyebabkan kesahihan hadith-hadithnya dapat dipertanggungjawabkan. Beliau telah berusaha dengan sungguh-sungguh untuk meneliti dan menyelidiki keadaan para perawi, serta memperoleh secara pasti kesahihan hadith-hadith yang diriwayatkannya. Beliau senantiasa membanding-bandingkan hadith-hadith yang diriwayatkan, satu dengan yang lain, menyaringnya dan memlih mana yang menurutnya paling sahih. Sehingga kitabnya merupakan batu uji dan penyaring bagi hadith-hadith tersebut. Hal ini tercermin dari perkataannya, "Aku susun kitab al-Jami' ini yang dipilih dari 600,000 hadith selama 16 tahun." Dan beliau juga sangat hati-hati, hal ini dapat dilihat dari pengakuan salah seorang muridnya bernama al-Firbari menjelaskan bahawa dia mendengar Muhammad bin Ismail al-Bukhari berkata, "Aku susun kitab al-Jami' as-Sahih ini di Masjidil Haram, dan tidaklah aku memasukkan ke dalamnya sebuah hadith pun melainkan sesudah aku memohon istikharoh kepada Allah dengan melakukan solat dua rakaat dan sesudah aku meyakini betul bahawa hadith itu benar-benar shahih."

Maksud pernyataan itu ialah bahawa Imam Bukhari mulai menyusun bab-bab dan dasar-dasarnya di Masjidil Haram secara sistematik, kemudian menulis pendahuluan dan pokok-pokok perbahasannya di Rawdhah tempat di antara makan Nabi dan mimbar. Setelah itu, beliau mengumpulkan hadith-hadith dan menempatkannya pada bab-bab yang sesuai. Pekerjaan ini dilakukan di Mekah dan Madinah dengan tekun dan cermat, menyusunnya selama 16 tahun.

Dengan usaha seperti itu, maka lengkap bagi kitab tersebut segala faktor yang menyebabkannya mencapai kebenaran, yang nilainya tidak terdapat pada kitab lain. Tidak hairanlah bila kitab itu mempunyai kedudukan tinggi dalam hati para ulama. Maka sungguh tepatlah ia mendapat predikat sebagai 'Buku Hadith Nabi Yang Paling Sahih'.

Diriwayatkan bahawa Imam Bukhari berkata, "Tidaklah kumasukkan ke dalam kitab al-Jami' as-Sahih ini kecuali hadith-hadith yang shahih dan kutinggalkan banyak hadith sahih kerana khawatir membosankan."

Kesimpulan yang diperoleh para ulama, setelah mengadakan penelitian secara cermat terhadap kitabnya, menyatakan bahawa Imam Bukhari dalam kitab Sahihnya selalu berpegang teguh pada tingkat keshahihan yang paling tinggi, dan tidak turun dari tingkat tersebut kecuali dalam beberapa hadith yang bukan merupakan materi pokok dari sebuah bab, seperti hadith mutabi' dan hadith syahid, dan hadith-hadith yang diriwayatkan dari sahabat dan tabi'in.

Jumlah Hadith Kitab Al-Jami'as-Shahih (Shahih Bukhari)

al-'Allamah Ibnus-Salah dalam Muqaddimahnya menyebut bahawa jumlah hadith Sahih Bukhari sebanyak 7275 buah hadith termasuk hadith-hadith yang disebutnya berulang, atau sebanyak 4000 hadith tanpa pengulangan. Perhitungan ini diikuti oleh al-'Allamah Syeikh Muhyiddin an-Nawawi dalam kitabnya, at-Taqrib.

Selain pendapat tersebut di atas, Ibn Hajar di dalam muqaddimah Fathul-Bari, kitab syarah Sahih Bukhari, menyebut bahawa semua hadith sahih mawsil yang termuat dalam Sahih Bukhari tanpa hadith yang disebutnya berulang sebanyak 2602 buah hadith sedangkan matan hadith yang mu'allaq namun marfu', yakni hadith sahih namun tidak diwasalkan (tidak disebutkan sanadnya secara sambung-menyambung) pada tempat lain sebanyak 159 hadith. Semua hadith Sahih Bukhari termasuk hadith yang disebutkan berulang-ulang sebanyak 7397 buah. Yang mu'allaq sejumlah 1341 buah, dan yang mutabi' sebanyak 344 buah hadith. Jadi, berdasarkan perhitungan ini dan termasuk yang berulang-ulang, jumlah seluruhnya sebanyak 9082 buah hadith. Jumlah ini diluar hadith yang mauquf kepada sahabat dan yang diriwayatkan dari tabi'in dan ulama-ulama sesudahnya.

Tuesday, November 29, 2011

11 golongan ahli Neraka.


Firman Allah swt dalam surah an-Nabak ayat 18 :

"Iaitu hari yang pada waktu itu ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanya oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah Sollallahu a'laihi wasallam menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab :

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun sebeles golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut :

1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.

3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.

5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit-penyakit lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11. Meraka yang buta mata dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah :

12. Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal soleh dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."

Monday, November 28, 2011

Biografi Salahuddin al-Ayyubi.





Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurd biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada seorangpun yang menyangka sebelum dia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela Aqidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran hingga ke hari ini.

Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang gabenor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan satu pun tanda-tanda dia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi dia menunjukkan akhlak yang mulia.

Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk menjadi pemimpin agung itu. Ketika dia menjadi tentera al-Malik Nuruddin, Sultan Aleppo, dia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi'ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat pembunuhan (Bahauddin, 1234). Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah,

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu." [al-Baqarah : 216]

Pertukaran Hidup Salahuddin al Ayubi
Ketika Salahuddin menguasai Mesir, dia tiba-tiba berubah. Dia yakin bahawa Allah telah mempertanggungjawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat yang tak mungkin dapat dilaksanakan jika dia tidak bersungguh-sungguh. Bahauddin telah menuliskan dalam catatannya bahwa Salahuddin sebaik sahaja dia menjadi pemerintah Mesir. Dunia dan kesenangannya telah lenyap dari pandangan matanya. Dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah dia telah menolak godaan-godaan dunia dan segala kesenangannya (Bahauddin,1234).

Bahkan Stanley Lane Poole (1914) telah menuliskan bahwa Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Dia bertambah wara' dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Dia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup 'Spartan' yang menjadi contoh kepada tenteranya. Dia menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan iaitu untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir dari tanah air Islam.

Salahuddin pernah berkata, "Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku." Ini menyebabkan dia memenangi perjuangan Islam. Sehubungan dengan itu, dia menyerahkan dirinya untuk jalan jihad.

Semangat Jihadnya
Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin telah mencatatkan bahwa semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Dia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad.

Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad dia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini dia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Siapa sahaja yang memerhatikannya akan dapat melihat apabila dia telah memulakan jihad melawan tentera salib, dia akan menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya.

Dalam medan peperangan dia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Dia akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Dia juga akan pergi ke seluruh pelusuk tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
Ketika mengepung Acre dia hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga Isnin kerana dia tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu. (Bahauddin, 1234).



Sunday, November 27, 2011

Da'wah in the Qur’an and Sunnah.


The Qur’an and the teachings of the Prophet (peace and blessings be upon him) urge the importance of inviting mankind to worship Allah alone and bring others out of the darkness of disbelief and into the light of Islam.

"Thus you are appointed as the model community so that you may become witness against mankind and the Messenger is witness against you." [al-Qur’an 2 : 143]

It is through Allah (SWT)’s mercy that we are all Muslims and it is a Muslim’s obligation to convey the message of Islam according to his ability and knowledge.

"Convey from me, even if it is just one verse." [Sahih Bukhari]

As we live in a society which increasingly shows Islam in a negative light, it is a Muslim’s duty to separate the negative images people might associate with Islam, from the actual belief system.

"And do not debate with the People of the Book except with the best words, except for those who remain obstinately upon unbelief and would rather wage war." [al-Qur’an 20 : 46]

Due to Allah (SWT)’s mercy, no effort is wasted as there is also great reward for a Muslim who (through Allah (SWT)’s will) guides someone towards Islam.

"Whoever guides [another] to a good deed will get a reward similar to the one who performs it." [Sahih Muslim]

Da’wah is incumbent on all able Muslims and must be done in compliance with the methodology already established by the last Prophet of Islam, Muhammad, peace and blessing be upon him.

"Invite (all) to the Way of thy Lord with wisdom and beautiful preaching; and argue with
them in ways that are best and most gracious." [al-Qur’an 16 : 125 ]

Saturday, November 26, 2011

Mutiara kata Khalil Gibran.


Salam semua Pembloin yang dicintai Sang Pemikir. Hari ini Sang pemikir nak kongsikan mutiara hikmah daripada seorang penyair yang berasal dari Lubnan, Khalil Gibran (boleh kenali beliau di wikipedia). Mari kita hayati sentuhan nukilan beliau.

Puisi
Puisi bukanlah pendapat yang dinyatakan. Ia adalah lagu yang muncul daripada luka yang berdarah atau mulut yang tersenyum.

Kata-kata
Kata-kata tidak mengenal waktu. Kamu harus mengucapkan atau menulisnya dengan menyedari akan keabadiannya.

Penulis
Kebanyakan penulis menampal fikiran-fikiran mereka yang tidak keruan dengan bahan tampalan daripada kamus.

Penyair
1. Penyair adalah orang yang tidak bahagia, kerana betapa pun tinggi jiwa mereka, mereka tetap diselubungi airmata. Penyair adalah adunan kegembiraan, kepedihan dan ketakjuban, dengan sedikit kamus.
2. Penyair adalah raja yang tak bertakhta, yang duduk di dalam abu istananya dan cuba membangunkan khayalan daripada abu itu.
3. Penyair adalah burung yang membawa keajaiban. Dia lari dari kerajaan syurga lalu tiba di dunia ini untuk berkicau semerdu-merdunya dengan suara bergetar. Bila kita tidak memahaminya dengan cinta di hati, dia akan kembali mengepakkan sayapnya lalu terbang kembali ke negeri asalnya.

Kata terindah
Kata yang paling indah di bibir manusia adalah kata 'ibu', dan panggilan paling indah adalah 'ibuku'. Ini adalah kata penuh harapan dan cinta, kata manis dan baik yang keluar dari kedalaman hati.

Persahabatan
1. Persahabatan itu adalah tanggungjawab yang manis, bukannya peluang.
2. Sahabat adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi. Dialah ladang hati yang kau taburi dengan kasih dan kau subur dengan penuh rasa terima kasih. Dan dia juga naungan dan pendianganmu. Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa memerlukan kedamaian.
3. Sahabat sejati : Tidak ada sahabat sejati, yang ada hanyalah kepentingan.
4. Resah hati : Jika manusia kehilangan sahabatnya, dia akan melihat sekitarnya dan akan melihat sahabat-sahabatnya datang dan menghiburkannya. Akan tetapi apabila hati manusia kehilangan kedamaiannya, dimanakah dia akan menemukannya, bagaimanakah dia dapat memperolehinya kembali?
5. Memahami temanJika kamu tidak memahami teman kamu dalam semua keadaan, maka kamu tidak akan pernah memahaminya sampai bila-bila.
6. Teman menangis : Kamu mungkin akan melupakan orang yang tertawa denganmu, tetapi tidak mungkin melupakan orang yang pernah menangis denganmu.

Sikap manusia
Jauhkan aku dari manusia yang tidak mahu menyatakan kebenaran kecuali jika dia berniat menyakiti hati, dan jauhkan dari manusia yang bersikap baik tapi berniat buruk, dan dari manusia yang mencapai penghargaan dengan jalan memperlihatkan kesalahan orang lain.

Kesepian
Kesepianku lahir ketika orang memuji kelemahan-kelemahanku yang ramah dan menyalahkan kebajikan-kebajikanku yang pendiam.

Kehidupan
1.Suara kehidupankuSuara kehidupanku memang tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu, tapi marilah kita cuba saling bicara barangkali kita dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu.
2. Keindahan adalah kehidupanKeindahan adalah kehidupan itu sendiri saat ia membuka tabir penutup wajahnya. Dan kalian adalah kehidupannya itu, kalianlah cadar itu. Keindahan adalah keabadian yag termanggu di depan cermin. Dan kalian adalah keabadian itu, kalianlah cermin itu.
3. Penyuluh hidupTuhan telah memasang penyuluh dalam hati kita yang menyinarkan pengetahuan dan keindahan, berdosalah mereka yang mematikan penyuluh itu dan menguburkannya ke dalam abu.
4. Hutang kehidupanPeriksalah buku kenanganmu semalam, dan engkau akan tahu bahawa engkau masih berhutang kepada manusia dan kehidupan.
5. Falsafah kehidupan : Hidup adalah kegelapan jika tanpa hasrat dan keinginan. Dan semua hasrat keinginan adalah buta, jika tidak disertai pengetahuan. Dan pengetahuan adalah hampa jika tidak diikuti pelajaran. Dan setiap pelajaran akan sia-sia jika tidak disertai cinta.
6. Hidup : Oleh kerana kehidupan tidak berjalan ke belakang, ia pun tidak tenggelam dek masa lampau.


KesenanganKesenangan adalah kesedihan yang terbuka bekasnya. Tawa dan airmata datang dari sumber yang sama.
Semakin dalam kesedihan menggoreskan luka ke dalam jiwa semakin mampu sang jiwa menampung kebahagiaan.


Penderitaan
Penderitaan yang menyakitkan adalah koyaknya kulit pembungkus kesedaran, seperti pecahnya kulit buah supaya intinya terbuka merekah bagi sinar matahari yang tercurah. Kalian memiliki takdir kepastian untuk merasa penderitaan dan kepedihan. Jika hati kalian masih tergetar oleh rasa takjub menyaksikan keajaiban yang terjadi dalam kehidupan, maka pedih penderitaan tidak kalah menakjubkan daripada kesenangan. Ramai antara yang kalian menderita kerana pilihan sendiri, ubat pahit kehidupan adalah supaya manusia sembuh dari luka hati dan penyakit jiwa. Percayalah tabib kehidupan dan teguk habis ramuan pahit itu dengan cekal dan tanpa bicara.

PenyeksaanPenyeksaan tidak membuat manusia tak bersalah jadi menderita. Penindasan pun tak dapat menghancurkan manusia yang berada di pihak kebenaran. Socrates tersenyum ketika disuruh minum racun, dan Stephen tersenyum ketika dihujani lemparan batu. Yang benar-benar menyakitkan hati ialah kesedaran kita yang menentang penyeksaan dan penindasan itu, dan terasa pedih bila kita mengkhianatinya.

KebebasanAda orang mengatakan padaku, "Jika engkau melihat ada hamba tertidur, jangan dibangunkan, barangkali dia sedang bermimpikan kebebasan." Kujawab, "Jika engkau melihat ada hamba tertidur, bangunkan dia dan ajaklah berbicara tentang kebebasan."

Pemahaman diriOrang berkata, "Jika ada yang dapat memahami dirinya sendiri, dia akan dapat memahami semua orang." Tapi aku berkata, "Jika ada yang mencintai orang lain, dia dapat mempelajari sesuatu tentang dirinya sendiri."


Inspirasi
Inspirasi akan selalu bernyanyi, kerana inspirasi tidak pernah menjelaskan.

Kerja1. Bekerja dengan rasa cinta bererti menyatukan diri dengan diri kalian sendiri, dengan diri orang lain dan kepada tuhan. Tapi bagaimanakah bekerja dengan rasa cinta itu? Bagaikan menenun kain dengan benang yang ditarik dari jantungmu, seolah-olah kekasihmu yang akan memakainya kelak.
2. Kerja adalah wujud nyata cinta. Bila kita tidak dapat bekerja dengan kecintaan, tapi hanya dengan kebencian, lebih baik tinggalkan pekerjaan itu. Lalu, duduklah di gerbang rumah ibadat dan terimalah derma dari mereka yang bekerja dengan penuh suka cita.


Pohon
Pohon adalah syair yang ditulis bumi pada langit. Kita tebang pohon itu dan menjadikannya kertas, dan di atasnya kita tulis kehampaan kita.

Rumah
Rumahmu tak akan menjadi sebuah sangkar melainkan ia adalah tiang utama bagi sebuah kapal layar.

Nilai
Nilai dari seseorang itu ditentukan dari keberaniannya memikul tanggungjawab, mencintai hidup dan pekerjaannya.


Lagu
1. Gembira : Alangkah mulianya hati yang sedih tapi dapat menyanyikan lagu kegembiraan dengan hati yang gembira.
2. Keindahan : Jika kamu menyanyikan lagu tentang keindahan, walau sendirian di puncak gurun, kamu akan didengari.
3. DoaDoa adalah lagu hati yang membimbing ke arah singgahsana tuhan meskipun ditingkah oleh suara ribuan orang yang sedang meratap.

Orang terpuji
Sungguh terpuji orang yang malu bila menerima pujian, dan tetap diam bila tertimpa fitnah.

Jiwa
Tubuh mempunyai keinginan yang tidak kita ketahui. Mereka dipisahkan kerana alasan duniawi dan dipisahkan di hujung bumi. Namun jiwa tetap ada di tangan cinta, terus hidup hingga kematian datang dan menyeret mereka kepada tuhan.


Berjalan seiringan
Aku akan berjalan bersama mereka yang berjalan kerana aku tidak akan berdiri diam sebagai penonton yang menyaksikan perarakan berlalu.

Kesedaran
Aku tidak mengetahui kebenaran mutlak, tetapi aku menyedari kebodohanku itu, dan di situlah terletak kehormatan dan pahalaku.

Ilmu dan agama
Ilmu dan agama itu selalu sepakat, tetapi ilmu dan iman selalu bertengkar.

Nilai buruk
Alangkah buruknya nilai kasih sayang yang meletakkan batu di satu sisi bangunan dan menghancurkan dinding di sisi lainnya.

Cinta
1. Salahlah bagi orang yang mengira bahawa cinta itu datang kerana pergaulan yang lama dan rayuan yang terus menerus. Cinta adalah tunas pesona jiwa, dan jika tunas ini tak tercipta dalam sesaat, ia takkan tercipta bertahun-tahun atau bahkan abad.
2. Ketika cinta memanggilmu maka dekatilah dia walau jalannya berliku-liku, jika cinta memelukmu maka dakaplah ia walau pedang disela-sela sayapnya melukaimu.
3. Cinta tidak menyedari kedalamannya dan ia dapat dirasa ketika saat perpisahannya. Dan saat tangan laki-laki menyentuh tangan seorang perempuan, mereka berdua telah menyentuh hati keabadian.
4. Cinta adalah satu-satunya kebebasan di dunia kerana cinta itu membangkitkan semangat kemanusiaan dan ia tak boleh diuubah perjalanannya.
6. Jika cinta tidak dapat mengembalikan engkau kepadaku dalam kehidupan ini, pastilah cinta akan menyatukan kita dalam kehidupan yang akan datang.
7. Cinta yang berlalu : Cinta berlalu di depan kita, terbalut dalam kerendahan hati, tetapi kita lari daripadanya dalam ketakutan, atau bersembunyi di dalam kegelapan, atau yang lain mengejarnya untuk berbuat jahat atas namanya.
8. Cinta lelaki : Setiap lelaki mencintai dua orang perempuan, yang pertama adalah imaginasinya dan yang kedua adalah yang belum dilahirkan.
9. Takdir cinta : Aku mencintaimu wahai kekasihku, sebelum kita berdekatan sejak pertama kulihatmu.
Aku tahu ini adalah takdir. Kita akan selalu bersama dan tidak akan ada yang memisahkan kita.
10. Cinta pertama : Setiap orang muda pasti teringat cinta pertamanya dan mencuba menangkap kembali hari-hari asing itu, yang kenangannya mengubah perasaan direlung hatinya dan membuatnya begitu bahagia di sebalik kepahitan yang penuh misteri.
11. Lafaz cinta : Aku ingin mencintaimu dengan sederhana seperti kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu. Aku ingin mencintaimu dengan sederhana seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada.
12. Ikatan cinta : Jangan menangis wahai kekasihku. Jangan menangis dan berbahagialah, kerana kita diikat bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan.
13. Kalimat cinta : Apa yang telah kucintai laksana seorang anak yang tak henti-henti aku mencintai. Dan apa yang kucintai kini akan kucintai sampai akhir hidupku kerana cinta ialah semua yang dapat kucapai dan tak ada yang akan mencabut diriku daripadanya.
14. Cinta dan airmata : Cinta yang dibasuh oleh airmata akan tetap murni dan indah sentiasa.
15. Mencintai : Kekuatan untuk mencintai adalah anugerah terbesar yang diberi oleh tuhan kepada manusia, kerana kekuatan tidak boleh direnggut oleh manusia yang penuh berkat yang mencintai.
16. Cermin diri : Ketika aku berdiri bagaikan sebuah cermin jernih di hadapanmu, kamu memandang ke dalam diriku dan melihat bayanganmu. Kemudian kamu berkata, "Aku cinta kamu." Tetapi sebenarnya, kamu mencintai dirimu dalam diriku.
17. Menuai cinta : Manusia tidak dapat menuai cinta sampai dia merasakan perpisahan yang menyedihkan, dan yang mampu membuka fikirannya, merasakan kesabaran yang pahit dan kesulitan yang menyedihkan.

Hati lelaki
Ramai wanita yang meminjam hati laki-laki tapi sangat sedikit yang mampu memilikinya.

Wanita
Seorang wanita telah dilengkapi oleh tuhan dengan keindahan jiwa dan raga adalah suatu kebenaran, yang sekaligus nyata dan maya, yang hanya bisa kita fahami dengan cinta kasih, dan hanya bisa kita sentuh dengan kebajikan.

Bangsa
Manusia terbahagi dalam bangsa, negara dan segala perbatasan. Tanah airku adalah alam semesta. Aku warganegara dunia kemanusiaan.

Warisan
Manusia yang memperoleh kekayaan daripada warisan istananya akan membangun dengan yang orang miskin yang lemah.

Luahan
Setitis airmata menyatukanku dengan mereka yang patah hati, seulas senyuman menjadi sebuah tanda kebahagiaanku dalam kewujudan. Aku merasa lebih baik jika aku mati dalam hasrat dan kerinduan daripada aku hidup dalam jemu dan putus asa.

Dua
1. Diri : Dirimu terdiri daripada dua, satu membayangkan ia mengetahui dirinya dan yang satu lagi membayangkan bahawa orang lain mengetahuinya.
2. Hati : Orang yang berjiwa besar memiliki dua hati, satu hati menangis dan yang satu lagi bersabar.
3. Manusia : Jika di dunia ini ada dua orang yang sama, maka dunia tidak akan cukup besar untuk menampung mereka.
4. Kebenaran : Diperlukan dua orang untuk menemui kebenaran, satu untuk mengucapkannya dan satu lagi untuk memahaminya.
5. Bicara wanita : Bila dua orang wanita berbicara, mereka tidak mengatakan apa-apa, tetapi jika seorang saja yang berbicara, dia akan membuka semua tabir kehidupannya.

Harta benda
Harta benda yang tak punya batas, membunuh manusia perlahan dengan kepuasan yang berbisa. Kasih sayang membangunkannya dan pedih peri nestapa membuka jiwanya.

Kebijaksanaan
Kebijaksanaan tidak lagi merupakan kebijaksanaan apabila ia menjadi terlalu angkuh untuk menangis, terlalu serius untuk tertawa, dan terlalu egois untuk melihat yang lain kecuali dirinya sendiri.

Pantai
1. Keabadian pantai : Aku berjalan selalu di pantai ini. Antara pasir dan buih, air pasang bakal menghapus jejakku. Dan angin kencang menyembur hilang buih putih. Namun lautan dan pantai akan tinggal abadi.
2. Nyanyian pantai : Apakah nyanyian laut berakhir di pantai atau dalam hati-hati mereka yang mendengarnya?

Perpisahan
Ketika tiba saat perpisahan janganlah kalian berduka, sebab apa yang paling kalian kasihi darinya mungkin akan nampak lebih nyata dari kejauhan, seperti gunung yang nampak lebih agung terlihat dari padang dan dataran.


Friday, November 25, 2011

Usul pertama.


الإسلام نظام شامل يتناول مظاهر الحياة جميعا فهو دولة ووطن أو حكومة وأمة وهو خلق وقوة أو
رحمة وعدالة وهو ثقافة وقانون أو علم وقضاء وهو مادة وثروة أو كسب وغنى وهو جهاد ودعوة
أو جيش وفكرة كما هو عقيدة صادقة وعبادة صحيحة سواء بسواء
Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan tanah air ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan. Ia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun keilmuan dan kehakiman. Ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Sebagaimana juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita.

Keterangan
Usul ini menegaskan tentang hakikat Islam yang penting iaitu 'Kesyumulan Islam dalam setiap aspek kehidupan'. Hakikat ini amat jelas kepada orang yang mempunyai penglihatan manakala dalil-dalilnya amat banyak dari Kitab dan Sunnah. Walaupun begitu, hakikat ini dipandang ganjil oleh kebanyakan umat Islam ketika Imam Hasan al-Banna memulakan dakwahnya.

Ia dipandang ganjil oleh sesetengah persatuan Islam. Mereka tidak menaskan bahawa dasar-dasar, matlamat dan ciri-cirinya di atas kesyumulan itu dan tidak menggambil wasilah-wasilah yang menggambarkan bahawa mereka mahu merealisasikannya di alam nyata. Ia dipandang ganjil oleh parti-parti politik kerana mereka memisahkan agama dari politik dan menganggap bahawa kedua-duanya adalah berlawanan dan tidak boleh bertemu.

Ia dipandang ganjil oleh sesetengah ulamak walaupun dalil-dalil kesyumulan itu ada di tangan mereka dan terbentang luas di depan mata mereka. Tetapi nas-nas itu tidak mendapati hati-hati yang memahaminya atau bumi yang subur untuk ia tumbuh dan berbuah. Di tengah kemelut keganjilan ini, al-Imam asy-Syahid menjelaskan tentang hakikat ini agar perhatian umat tertumpu kepada perkara tersebut. Beliau menggesa mereka agar menukarkannya kepada realiti yang amali. Beliau telah mencurahkan tenaga yang banyak untuk menanam hakikat ini dalam dalam jiwa-jiwa umat dan memujuk mereka agar menerimanya. Sesiapa yang memerhatikan keadaan umat yang kehilangan punca pada waktu yang bersejarah tersebut akan mengetahui nilai usul ini dan bahaya kehilangannya.

Antara perkara yang menyerlahkan tentang nilai usul ini dalam tempoh yang penuh kemelut itu ialah fahaman buruk sekularisma telah meresap masuk ke dalam fikiran dan hati golongan intelektual yang terdiri dari sesetengah mahasiswa universiti, penulis dan penyair. Fahaman sekularisma mula bersarang dalam golongan ini, lalu mereka mengingkari kesyumulan Islam dan membataskan Islam dalam ruang lingkup syiar-syiar ibadat semata-mata, tidak lebih dari itu. Bagi mereka Islam tidak ada hubungan dengan politik, ekonomi, sosial dan semua aspek kehidupan. Umat terus tertidur dengan alunan itu, sehinggalah datang al-Imam asy-Syahid mengejutkan mereka dan menyeru mereka agar bangkit dan bergerak untuk mengamalkan Islam bermula dari bersiwak hinggalah kepada berjihad. Beliau mengajak mereka meletakkan Islam di tempatnya yang sebenar tanpa mengubah atau menukar ganti, tanpa mengurang atau menambah.

Dalil-dalil kesyumulan
Di sana ada terdapat dalil-dalil umum tentang kesyumulan Islam dalam semua perkara dan dalil-dalil lain secara terperinci. Antara dalil umum ialah firman Allah Subhanahu wata'ala :

"Dan Kami turunkan Kitab kepada kamu dengan menerangkan setiap sesuatu." [an-Nahl : 89]

Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam bersabda kepada Qabilah Bani Syaiban bin Tha'labah ketika memperkenalkan diri baginda dalam berdakwah kepada qabilah-qabilah di Mekah, maksudnya :

"Kamu tidak menolak secara jahat jika kamu menyatakan kebenaran. Sesungguhnya agama ini tidak akan ditegakkan melainkan oleh orang yang meliputinya dari segenap sudut." [Sirah Nabawiyyah Ibnu Kathir : 2/163-169]

Apabila kita melihat kepada al-Quran al-Karim dan Sunnah Nabawiyyah, kita dapati banyak ayat-ayat yang menerangkan tentang aqidah, ibadat, akhlak, berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wata'ala dan kehakiman, jihad dan perjanjian, hal ehwal harta benda dan perniagaan serta berbagai-bagai bidang kehidupan. Firman Allah :

"Diwajibkan ke atas kamu qisas (bunuh balas) dalam (kes) orang yang mati dibunuh." [al-Baqarah : 178]

"Diwajibkan ke atas kamu berpuasa." [al-Baqarah : 183]

"Diwajibkan ke atas kamu apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika dia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapa dan kaum kerabat secara baik." [al-Baqarah : 180]

"Diwajibkan ke atas kamu berperang." [al-Baqarah : 216]

"Apabila kamu bermu'amalah (seperti berjual beli, berhutang piutang atau sewa-menyewa dan sebagainya) tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya." [al-Baqarah : 282]

"Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba." [al-Baqarah : 275]

"Dan hendaklah kamu memutuskan hukuman di antara mereka dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang diturunkan Allah kepada kamu." [al-Maidah : 49]

Allah telah mengingkari sesiapa yang mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain dengan firmanNya :

"Apakah kamu beriman kepada sebahagian al-Kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang berbuat demikian kehinaan dalam kehidupan dunia dan pada hari Kiamat mereka akan dikembalikan kepada azab seksa yang amat pedih." [al-Baqarah : 85]

Adakah cukup dengan kita hanya mengakui tentang kesyumulan Islam tanpa beramal dengannya? Setiap orang yang melihat kepada petunjuk Rasulullah dan sirah salafusoleh, didapati mereka beriman dengan kesyumulan Islam dan mempraktikkannya. Mereka mengambil wasilah-wasilah yang terdaya untuk mengubah kefahaman ini kepada realiti yang amali, yang mempunyai keperibadian, bukannnya terbatas kepada serban di atas kepala dan iman yang tersembunyi di dalam hati. Sesiapa yang mengakui kesyumulan Islam dalam setiap aspek kehidupan, kemudian beliau membataskan kegiatannya dalam beberapa aspek sahaja, dia mempunyai beberapa keadaan :

* Jika kemampuannya tidak cukup untuk melaksanakan aspek-aspek yang lain, maka hendaklah dia membantu orang lain yang beramal ('aamilin) dengan kesyumulan dengan sedaya upaya yang mungkin.
* Jika dia menghalang mereka dan menganggap bahawa aspek yang dilaksanakannya sudah memadai, serta tidak menghulurkan bantuan maka tidak syak lagi dia adalah tercela.
* Jika kemampuannya mengizinkan untuk memberi saham amali, dan dia hanya berpada dengan satu aspek sahaja kerana mementingkan keselamatan dan kesenangan dan tidak mahu berpenat tenaga, maka dia tidak selamat dan tidak mendapat kesenangan.
* Sesungguhnya berdakwah kepada kefahaman yang syamil dan beramal dengannya dan mengakuinya adalah asas dan selainnya adalah kecuaian.
* Jika tidak, tolong beritahu kepadaku wahai saudara, adakah kita telah menunaikan hak dengan sebenar benarnya jika kita hanya berpada dengan mengetahui dan mengakuinya tanpa beramal dan berdakwah dengannya?

al-Imam asy-Syahid telah menjelaskan usul ini dan menerangkannya kepada setiap orang yang mempunyai kefahaman dalam banyak risalahnya. Beliau berkata dalam risalah muktamar kelima di bawah tajuk : Islam Ikhwan Muslimin :

"Wahai saudara, izinkan saya menggunakan ungkapan ini. Saya tidak bermaksud bahawa Islam Ikhwan Muslimin adalah Islam yang baru, yang bukan dibawa oleh Saidina Muhammad Sollallahu 'alaihi wasallam dari tuhannya. Saya maksudkan bahawa kebanyakan umat Islam di kebanyakan zaman telah mencabut sifat-sifat, ciri-ciri dan batas-batas dari Islam mengikut kemahuan masing-masing. Mereka mempergunakan keanjalan dan keluasannya secara buruk. Sedangkan keanjalan dan keluasan itu adalah mempunyai hikmat yang tinggi. Mereka bertelingkah hebat dalam memahami makna Islam dan menanamkan gambaran Islam yang bermacam-macam di dalam jiwa anak-anak mereka, samada ianya hampir, jauh atau bertepatan dengan Islam pertama yang dibawa oleh Rasulullah dan para sahabatnya."

Di antara manusia ada yang memandang bahawa Islam hanya terbatas pada ibadat-ibadat zahir sahaja. Jika dia menunaikannya atau melihat ada orang melaksanaknnya, beliau berpuas hati dan mengira bahawa dia telah sampai ke puncak Islam. Inilah makna yang difahami secara meluas di kalangan umat Islam. Ada di antara mereka yang memandang bahawa Islam hanya terbatas kepada berakhlak mulia, rohani yang bersih, memberi santapan falsafah kepada fikiran dan roh serta menjauhkan diri dari daki-daki material. Ada pula yang Islamnya hanya terhenti kepada perasaan takjub kepada makna-makna Islam yang hidup dan amali ini. Dia tidak memikirkan perkara lain. Ada golongan yang memandang bahawa Islam adalah sejenis aqidah yang diwarisi, amalan-amalan yang tradisi yang tidak diperlukan dan tidak boleh menjadi maju. Mereka menjadi jemu dengan Islam dan setiap perkara yang mempunyai hubung kait dengannya. Saudara boleh mendapati makna ini secara jelas di dalam jiwa orang yang berpendididkan barat yang tidak berpeluang untuk memahami hakikat Islam. Mereka tidak mengetahui sedikit pun tentang Islam, atau mengetahuinya dengan gambaran yang tercemar hasil dari pergaulannya dengan oang yang tidak mengamalkan Islam secara baik dari kalangan umat Islam.

Di bawah jenis-jenis ini, terdapat lagi jenis-jenis lain yang mempunyai pandangan yang berbeza tentang Islam. Hanya segolongan kecil sahaja di kalangan manusia yang memahami gambaran Islam yang sempurna dan jelas yang menyusun semua makna-makna ini. Gambaran yang bermacam-macam terhadap Islam di dalam jiwa manusia ini menjadikan mereka berselisih hebat dalam memahami fikrah Ikhwan Muslimin. Antara manusia ada yang menggambarkan bahawa Ikhwan Muslimin adalah "tarikat sufi" yang mengambil berat dalam mengajar manusia tentang zikir-zikir, jenis-jenis ibadat dan perkara-perkara lain yang menjadikan seseorang itu ikhlas dan zuhud. Ada pula yang menyangka bahawa Ikhwan adalah satu jamaah yang suka berbahas tentang masalah-masalah fiqh. Mereka hanya mementingkan untuk berpegang dengan beberapa hukum-hakam, berdebat padanya, mempertahankanya dan mengajak manusia agar berpegang kepada hukum-hukum tersebut. Mereka berbahas atau berdamai dengan orang yang tidak menerimanya. Sedikit sahaja di kalangan manusia yang bercampur dan bergaul dengan Ikhwan Muslimin, yang tidak hanya mendengar semata-mata dan tidak mencabut dari Ikwan Muslimin Islam yang difahami oleh mereka. Lalu golongan ini mengetahui hakikat Ikhwan dan memahami dakwah mereka secara ilmu dan amali. Kerana itu , saya suka bercakap kepada tuan-tuan yang mulia secara ringkas tentang makna Islam dan gambarannya pada jiwa Ikhwan Muslimin sehingga ia menjadi asas dakwah kita, kita berbanggga kerana bersamanya dan mengambil bekalan daripadanya secara jelas dan nyata.

Kami meyakini bahawa hukum-hukum Islam dan pengajarannya adalah syumul dan menyusun hal ehwal kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Orang yang menyangka bahawa pengajaran ini hanya meliputi aspek ibadat dan rohani semata-mata adalah salah dalam sangkaan tersebut. Ini kerana Islam adalah aqidah dan ibadat, watan dan warganegara, agama dan negara, rohani dan amal serta al-Quran dan pedang. al-Quran al-Karim menyebut tentang kesemua perkara tersebut dan menganggapnya sebagai 'otak dan hati Islam' serta mewasiatkan agar melaksanakan kesemua perkara tadi dengan sebaik-baiknya. Inilah yang diisyaratkan oleh firman Allah : 

"Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu." [al-Qasas : 77]

Saudara juga membaca dalam al-Quran dan juga di dalam solat firman Allah tentang aqidah dan ibadat :

"Dan mereka tidak diperintah kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam menjalankan agama dengan lurus. Jauh dari syirik dan kesesatan dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat. Dan yang demikian itulah agama yang lurus." [al-Bayyinah : 5]

Saudara juga membaca firman Allah tentang kerajaan, kehakiman dan politik : 

"Maka demi tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehinggalah mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya." [an-Nisak : 65]

Saudara juga membaca firman Allah tentang hutang dalam perniagaan :

"Wahai orang yang beriman, apabila kamu berhutang dalam tempoh yang tertentu, hendaklah kamu menulisnya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menulisnya sebagaimana Allah telah mengajarkannya, maka hendaklah dia menulis, dan hendaklah orang yang berhutang itu membacakan apa yang ditulisnya itu, dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah tuhannya, dan janganlah dia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu membacakannya, maka hendaklah walinya membacakannya secara jujur. Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Jika tidak ada dua orang lelaki, maka boleh seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu redhai, supaya jika seorang lupa maka yang seorang lagi mengingatkannya. Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil, dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik sedikit mahupun banyak sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih dapat menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. (Tulislah hutang itu), kecuali jika ia merupakan perniagaan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi kamu (jika) kamu tidak menulisnya. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli, dan janganlah penulis dan saksi saling sulit-menyulitkan. Jika kamu lakukan (yang demikian itu), maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasiqan pada dirimu. Dan bertaqwalah kepada Allah, Allah mengajarmu, dan Allah maha Mengetahui segala sesuatu." [al-Baqarah : 282]

Saudara juga membaca firman Allah tentang jihad dan peperangan : 

"Dan apabila kamu berada di tengah mereka (sahabatmu) lalu kamu hedak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (solat) besertamu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang solat bersamamu) sujud (telah menyempurnakan satu rakaat). Apabila selesai satu rakaat, maka diselesaikan sendiri satu rakaat lagi, dan Nabi duduk menunggu golongan yang kedua maka mereka hendaklah pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan hendaklah datang golongan yang kedua yang belum sembahyang, lalu bersembahyanglah mereka denganmu. Dan hendaklah mereka bersiap sedia dan menyandang senjata. Orang kafir ingin supaya kamu lengah terhadap senjatamu dan harta bendamu, lalu mereka menyerbu kamu dengan sekaligus. Dan tidak ada dosa atasmu meletakkan senjata-senjatamu, jika kamu mendapat sesuatu kesusahan kerana hujan atau kerana kamu memang sakit dan bersiap sedialah kamu." [an-Nisak : 102]

Banyak lagi ayat-ayat yang menjelaskan tentang perkara-perkara di atas. begitu juga dalam adab-adab umum dan hal ehwal masyarakat. Begitulah Ikhwan berhubung dengan Kitab Allah, meminta ilham dan petunjuk darinya. Mereka meyakini kesyumulan Islam ini dan Islam mesti menguasai dan mewarnai setiap aspek kehidupan. Kehidupan mesti terikat dengan hukum-hukum Islam, berjalan dalam landasan prinsip dan pengajarannya dan merujuk kepadanya jika umat mahu menjadi umat Islam yang sebenar. Tetapi jika hanya Islam di sudut ibadat semata-mata dan meniru orang bukan Islam dalam sudut-sudut lain, maka ia bukanlah umat Islam yang sebenar. Mereka samalah dengan umat yang disebut di dalam firman Allah : 

"Apakah kamu beriman kepada sebahagian al-Kitab dan kufur kepada sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang berbuat demikian kehinaan dalam kehidupan dunia dan pada Hari Kiamat mereka akan dikembalikan kepada azab seksa yang amat pedih, dan Allah tidak lali terhadap apa yang mereka kerjakan." [al-Baqarah : 85]

Dalam menerangkan tentang kesyumulan Islam untuk kesemua manusia dan pada semua masa, al-Imam asy-Syahid berkata, "Ikhwan Muslimin meyakini bahawa Islam adalah agama umum yang menyusun setiap aspek kehidupan sesuai untuk semua bangsa dan umat, pada setiap masa dan zaman. Islam datang dengan membawa ajaran yang lebih sempurna dan tinggi dari menerangkan juziyyah kehidupan, lebih-lebih lagi dalam perkara yang bersifat keduniaan semata-mata. Islam hanya meletakkan kaedah umum (kulli) dalam aspek keduniaan ini dan menunjukkan kepada manusia kepada jalan amali untuk memperaktik dan berjalan di dalam sempadannya. Untuk menjamin kebenaran dalam praktik ini, Islam memberi perhatian penuh terhadap mengubat hati manusia. Ini adalah kerana hati merupakan sumber sistem, alat berfikir dan menggambarkan sesuatu. Islam menunjukkan kepada hati, ubat yang mujarab yang membersihkannya dari belenggu hawa nafsu, menyucikannya dari daki-daki mencari keuntungan dan matlamat dunia, memimpinnya ke jalan yang sempurna dan mulia serta menegahnya dari kezaliman, kecuaian dan permusuhan.

Apabila jiwa sudah betul dan bersih, maka setiap perkara yang lahir daripadanya adalah baik dan cantik. Sudah menjadi buah mulut orang bahawa keadilan bukannya pada nas undang-undang, tetapi pada diri hakim. Kadang-kadang ada undang-undang yang sempurna dan adil diberikan kepada hakim yang mengikut hawa nafsu dan mencari kepentingan. Lalu dia melaksanakannya secara zalim dan tidak adil. Kadang-kadang ada undang-undang yang zalim dan mempunyai kekurangan diberikan kepada hakim yang mulia dan adil yang tidak menurut hawa nafsu dan tidak mencari keuntungan. Lalu beliau melaksanakannya secara adil, penuh kebaikan dan rahmat. Dari sini, jiwa manusia sangat diambil berat di dalam kitab Allah. Jiwa-jiwa generasi pertama yang diwarnai oleh Islam menjadi contoh insan yang kamil. Kerana itu, tabiat Islam sesuai dengan setiap zaman dan umat dan mempunyai ruang yang luas untuk mencapai kejayaan dan keperluan manusia. Kerana itu juga Islam tidak menolak sama sekali untuk mengambil faedah dari setiap peraturan yang baik yang tidak bercanggah dengan kaedahnya yang menyeluruh dan dasarnya yang umum."

Buah dari kefahaman yang syumul terhadap Islam, al-Imam asy-Syahid berkata, "Hasil daripada kefahaman am yang syumul terhadap Islam di sisi Ikhwan Muslimin ini, fikrah mereka merangkumi setiap aspek pengislahan umat dan kesemua unsur-unsur fikrah pengislahan terdapat di dalamnya. Setiap pengislah yang ikhlas dan bersungguh-sungguh mendapati cita-citanya ada di situ, dan di situ juga tempat bertemunya setiap harapan pencinta islah iaitu mereka yang mengetahui dan memahami tujuannya. Tidak mengapa jika saudara mengatakan bahawa Ikhwan Muslimin adalah :

1. Dakwah Salafiah : Kerana mereka menyeru untuk kembali kepada Islam dengan maknanya yang murni dari kitab Allah dan sunnah RasulNya.
2. Tarikat Sunnah : Kerana mereka menetapkan ke atas diri mereka untuk beramal dengan sunnah Rasulullah dalam setiap perkara, khasnya dalam masalah aqidah dan ibadat sekadar yang terdaya.
3. Hakikat Sufi : Kerana mereka mengetahui bahawa asas kebaikan ialah kebersihan jiwa, kesucian hati, berterusan dalam beramal, tidak terpengaruh dengan makhluk, cinta kerana Allah dan terikat dengan kebaikan.
4. Institusi politik : Kerana mereka menuntut pengislahan kerajaan dari dalam, mengkaji semula hubungan diplomatik di antara umat Islam dengan umat-umat yang lain dari luar serta mendidik rakyat dan bangsa dengan kemuliaan.
5. Kumpulan Riadhah : Kerana mereka mengambil berat terhadap tubuh badan mereka, mengetahui bahawa mukmin yang kuat lebih baik dari mukmin yang lemah, Nabi Sollallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya :

"Sesungguhnya badan kamu mempunyai hak ke atas kamu." [Fathul Bari : 4/256 no: 1975]

Semua taklif-taklif Islam tidak dapat ditunaikan secara sempurna dan baik melainkan dengan tubuh badan yang kuat. Menunaikan solat, puasa, zakat dan haji umpamanya, memerlukan tubuh badan yang mampu memikul bebanan pekerjaan, usaha dan perjuangan mencari rezeki. Mereka juga memberi perhatian dalam membentuk pasukan-pasukan riadhah yang menyaingi (mungkin mengatasi) kelab-kelab sukan yang hanya mementingkan riadhah tubuh badan semata-mata.
6. Perikatan ilmiah dan pengetahuan : Kerana Islam mewajibkan setiap muslim dan muslimat agar menuntut ilmu, dan kerana kelab-kelab Ikhwan pada realitinya ialah sekolah-sekolah untuk pembelajaran dan pengetahuan, kolej-kolej untuk mendidik tubuh badan, akal dan roh.
7. Syarikat Ekonomi : Kerana Islam mengambil berat terhadap pentadbiran harta benda dan cara mendapatkannya. Inilah yang disabdakan oleh Rasulullah, maksudnya :

"Sebaik-baik harta yang baik ialah bagi orang yang soleh." [Ahmad : 4/197]

Baginda bersabda lagi, maksudnya ;

"Sesiapa yang berada di waktu petang dalam keadaan dia penat kerana bekerja, dia mendapat keampunan." [Majma' az-Zawaaid : 4/66 - Kitab Jual Beli - Bab bekerja dan berniaga - dinisbahkan kepada at-Tabrani dalam kitab al-Ausat]

Dalam hadis yang lain baginda bersabda, maksudnya :

"Sesungguhnya Allah kasih kepada orang mukmin yang bekerja." [Majma' az-Zawaaid : 4/65 - Kitab Jual Beli - Bab pekerjaan dan perniagaan - dinisbahkan kepada at-Tabrani dalam kitab al-Kabir dan al-Ausat]
8. Fikrah kemasyarakatan : Kerana mereka memberi perhatian dalam merawat masyarakat Islam serta cuba mencari jalan-jalan yang boleh mengubat dan menyembuhkan penyakit umat.

Beginilah kita melihat tentang kesyumulan makna Islam. Fikrah kita meliputi kesyumulan aspek-aspek islah dan menumpukan kegiatan-kegiatan Ikhwan dalam setiap aspek ini. Kalau orang lain hanya menumpukan kepada satu sudut sahaja, Ikhwan pula menumpukan kepada kesemua sudut ini dan mengetahui bahawa itu semua adalah tuntutan Islam. Dari sini mungkin dari segi zahirnya, kegiatan-kegiatan Ikhwan dipandang oleh manusia sebagai bertentangan di antara satu sama lain. Padahal ianya tidak begitu. Kadang-kadang orang dapat melihat seorang akh muslim berada di mihrab dalam keadaan penuh khusyuk, tekun, menangis dan merendah diri. Tidak lama kemudian saudara melihat dia adalah seorang penceramah yang menyampaikan pengajaran dan peringatan yang mengetuk gegendang telinga. Selepas itu saudara melihat dia adalah seorang ahli sukan yang tangkas, membaling bola, berlatih berlari atau berenang. Selang beberapa ketika dia berada di kedai atau di tempat kerjanya melaksanakan pekerjaan dengan penuh amanah dan ikhlas. Gambaran-gambaran ini secara zahirnya dilihat orang sebagai bertentangan, tidak boleh bergabung di antara satu sama lain. Kalaulah mereka mengetahui bahawa itu semua dihimpunkan oleh Islam, diperintah dan digalakkan oleh Islam, nescaya perkara-perkara tadi boleh bercantum dan bergabung. Bersama kesyumulan ini Ikhwan menjauhkan diri dari setiap perkara yang boleh dikritik dalam sudut-sudut tadi sebagaimana mereka menjauhi dari taksub kepada gelaran. Ini adalah kerana Islam telah menghimpunkan mereka di bawah satu gelaran, iaitu saudara-saudara muslim (Ikhwan Muslimin)."