Assalamualaikum warahmatulllahi wabarakatuh.
Di sini Sang Pemikir mahu buat satu penerangan ringkas tentang Bid'ah. Secara overalnya, kumpulan yang berpendapat tentang bid’ah ni ada dua (tanpa kita klasifikasikan kumpulan mana satu sebab amalan seseorang jangan disandarkan pada kumpulannya, sandar pada individu tu sendiri) :
1.Menerima bid’ah hasanah (atau tak menyebut bid’ah tapi terus dikategorikan kepada hukum yang lima) kerana adanya sumber daripada dalil/nas umum. Amalan tersebut dianggap bid’ah dari segi lughah sahaja kerana ia perkara yang baru dibuat, tapi masih lagi ada sandaran pada agama. Adapun bid’ah sayyi-ah/mazmumah/dholalah (wa ma shabaha zalik) mereka tolak sekeras-kerasnya kerana tak ada sandaran yang kukuh pada sunat mahupun wajib.
2.Menolak bid’ah kerana menganggap para salafussoleh tak pernah melakukannya. Golongan ni melihat bid’ah sebagai apa yang nabi dan para sahabat tak pernah buat itu dikira bid’ah, dan setiap bid’ah membawa ke neraka. Mereka kata kalau amalan tu sabit maka para salafussoleh lebih dahulu mengamalkannya.
Ambil perhatian :
- Perbincangan bid’ah ni adalah khilaf, tak termasuk dalam ibadah tauqifiah, hanya taufiqiah sahaja. Dan setiap orang perlu berlapang dada menerima pendapat pihak yang berlawanan.
- Kumpulan yang menerima perlu faham bahawa amalan yang mereka lakukan bukanlah wajib. Kalau mereka anggap wajib maka itulah bid’ah sebab nabi tak pernah wajibkan. Biasanya dalil yang mereka pakai hanyalah dalam sighah mandub.
- Kumpulan yang menolak perlu realistik bahawa apa yang pihak yang mengamalkan tu bukanlah wajib, tak perlulah mengharamkan perbuatan dan mengkafirkan si pelaku. Kalau mereka haramkan maka itulah bid’ah sebab nabi sendiri tak pernah kata amalan tu haram, malah ada dalil lagi yang mereka sandarkan.
- Kumpulan yang menerima tak perlulah menghebahkan amalan baru mereka tu kepada orang awam dengan mengatakan ia sunat dari nabi. Cukuplah ia beramal sebagi taqrib ila-Allah, tapi kena pastikan bahawa amalan tu ada sandaran pada dalil, jangan main suka-suka reka, dan pastikan ada ulamak yang dipercayai mengiqrar amalan tu. Sebab itulah menuntut ilmu ni mesti berguru dan bersanad.
- Kumpulan yang menolak tak perlulah mengishtiharkan pada khalayak ramai amalan si pembuat bid’ah (yang mereka kata la) haram qat’ie. Cukuplah dia berpegang dengan ilmu dan keyakinan dia bahawa amalan tu tak sesuai bagi dia, dan membiarkan mereka yang mengamalkan tanpa ada halangan.
- Masalah sekarang, kumpulan yang menolak ni melarang sekeras-kerasnya sebab mereka anggap amalan tu adalah kemungkaran, dan mencegah kemungkaran adalah wajib. Maka mereka mencegah sehabis mungkin berpandukan hadis yang sama (hadis tentang pelaku bid’ah akan masuk neraka), padahal banyak lagi hadis-hadis lain yang mereka tak pandang. Para sahabat dulu pun ada buat perkara baru (tambah bacaan dalam I’tidal, berada dalam keadaan wuduk setiap masa, baca surah al-Ikhklas setiap kali habis satu surah lepas baca al-Fatihah ketika solat, dll). Islam itu luas dan jangan disempitkan. Sebagai contoh, dalil wudhuk, keempat-empat mazhab berlainan pendapat dalam bab menyapu kepala walaupun dalilnya sama, itu dalam perkara wajib, apatah lagi perkara-perkara lain yang bukan wajib.
- Soal kita nak melabelkan seseorang tu kafir atau seumpamanya bukan la kerja kita, Allah saja maha tahu. Siapa yang terima amalan yang dikatakan bid’ah tu boleh (tak salah) dan siapa yang nak tolak pun boleh, yang tak boleh adalah mewajibkan dan mengharamkan. Sebab tu yang paling penting pergi mengaji, jangan pandai-pandai buat hukum sendiri (ditujukan pada dua-dua kumpulan).
- Kedua-dua belah kumpulan masing-masing menggunakan hujah yang tak kuat, jadi penyelesaiannya kenalah bertolak ansur dan berfikiran terbuka.
- Wahai semua Pembloin! Contoh-contoh dan dalil-dalil boleh cari sendiri di internet (sangat banyak).
No comments:
Post a Comment