Abu Laith as-Samarqandi
adalah seorang ahli fiqh yang mashyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku
menceritakan bahawa antara nabi-nabi yang bukan rasul ada menerima wahyu dalam
bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi :
Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah
pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat :
1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah.
2. Engkau sembunyikan.
3. Engkau terimalah.
4. Jangan engkau putuskan harapan.
5. Larilah engkau daripadanya.
Pada keesokan harinya, nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama
dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil
berkata, "Aku diperintahkan memakan apa yang pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh
sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti.
Maka nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan
terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur Alhamdulillah.
Kemudian nabi itu
meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia
teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas nabi itu pun
menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian
ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun
menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka
berkatalah nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia
pun meneruskan perjalanannya, tanpa disedari oleh nabi itu, mangkuk emas
itu keluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang
berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor
burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai nabi
Allah, tolonglah aku."
Mendengar
rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan
dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu
pun datang menghampiri nabi itu sambil berkata, "Wahai nabi Allah, aku
sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah
engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan
pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan.
Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat
keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan
diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang
dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian
itu, nabi meneruskan perjalananya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu
bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana
tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui
kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah nabi ke rumahnya. Pada malam itu, nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun
melaksanakan perintahMu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka
jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Diberitahu oleh Allah dalam mimpi bahawa,
1. Engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika engkau bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
2. Semua amal kebaikan, walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.
3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.
4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah sesuatu demi membantunya meskipun kau sendiri berhajat.
5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang/mengumpat). Maka larilah dari golongan yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
1. Engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika engkau bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
2. Semua amal kebaikan, walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.
3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.
4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah sesuatu demi membantunya meskipun kau sendiri berhajat.
5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang/mengumpat). Maka larilah dari golongan yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Wahai semua sahabat Sang Pengembara,
kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab
kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita
seharian. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata
hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain.
Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan
pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang
hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu
dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini
tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah, "Ini adalah
pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."
Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.
No comments:
Post a Comment