Bismillahi
walhamdulillahi wassolatu wassalamu 'ala rasulillah. Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Sempena umat Islam menyambut Raya Korban atau lebih
dikenali dengan Raya Haji di bulan Zulhijjah ini, Sang Pemikir ucapkan pada
semua Pembloin, "Selamat hari raya maaf zahir dan batin, kullu 'am wa
antum bikhair." Pada kesempatan ini juga Sang Pemikir mahu membawa semua
Sang Pengembara menjejak roh ibadah yang dikerjakan pada bulan ini iaitu ibadah
'Haji'.
Rasulullah
Sollallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda :
"Haji itu Arafah."
Pada
hari-hari yang berkat ini datang musim Haji yang merupakan rukun kelima dalam
Rukun Islam. Haji dalam Bahasa Arab membawa erti tuju manakala dalam istilah
syarak adalah "amal ibadah tertentu yang dilakukan pada waktu dan tempat
tertentu mengikut cara-cara yang telah tertentu."
Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda dalam hadis yang maksudnya :
"Sesiapa
yang memiliki bekalan yang mampu menyampaikannya ke Baitullah tetapi tidak
melakukan haji, maka tiada hujah ke atasnya melainkan mati dalam keadaan Yahudi
atau Nasrani." (Riwayat Tarmizi).
Nauzubillah
min zalik. Kesempatan ini bukanlah untuk membincangkan Haji dari sudut fiqh,
kerana perbincangan dari sudut fiqh merupakan perbahasan ahli fiqh. Tetapi cuba
membawa atau membincangkan konsep Haji dari sudut ma'rifatullah dan ubudiyyah
kita kepada Allah. Apabila kita memahami bahawa Haji itu adalah tujuan atau
qasad maka untuk menuju destinasi tersebut, maka kita akan berhajat kepada
NIAT.
Niat tempatnya di dalam hati, manakala hati merupakan mahkota keikhlasan. Sekiranya terjelma segala yang diniatkan, maka kita akan melihat amalan kita itu dikira dari aspek keikhlasan dalam melakukan ibadah kepada Allah. Ibadah Haji akan membuktikan bahawa niat yang kita tanamkan dalam menuju Tanah Suci. Ini bermakna, sekiranya qasad yang sebenar, mereka akan membawa diri menuju Baitullah semata-mata kerana Allah ditambah lagi adalah tetamu Allah dan Nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi wasallam.
Dan kita menyatakan haji itu Arafat (kenal) sebagaimana yang telah didefinasikan oleh para Fuqaha' dan ahli Hadis. Kita menyatakan bahawa kenal itu adalah mengenal Allah dengan sebenar-benarnya, bukan sekadar tahu, tetapi tidak kenal. Sebab itu, dikatakan sesiapa yang mengerjakan Haji dia telah mengenal Allah dan diri sendiri iaitu sentiasa berhajat, hina, merendah diri dan tahu akan hukuman yang maha Perkasa yang berkuasa melakukan apa sahaja. Haji itu hakikat ialah kita mencabut segala hawa nafsu yang keji dan menyerahkan segalanya kepada Allah dan niat yang betul.
Sesungguhnya telah diriwayatkan bahawa Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam telah naik ke Bukit Aba Qubais, lalu menyeru :

"Wahai
Manusia sekalian, berhajilah kamu ke Baitullah."
Lalu
Allah memperdengarkan seruan Rasulullah kepada seluruh ruh, maka menjawab ruh
yang mampu melakukan haji dengan katanya :
"Labbaikallahumma
labaik".
Pernah
diriwayatkan bahawa Muhamad bin Yasin berkata, telah bertanya kepadaku seorang
Syeikh ketika kami sedang tawaf, "Kamu dari mana?"
Jawabku,
"Dari Khurasan."
Dia
bertanya lagi, "Berapa jauh dari rumahmu ke Baitullah?"
Aku
menjawab, "Perjalanan selama dua atau tiga bulan."
Kata
Syeikh itu lagi, "Kamu masih jiran Baitullah."
Lalu
aku bertanya, "Kamu datang dari mana?"
Dia
menjawab, "Aku datang dari perjalanan yang jauhnya kira-kira selama lima
tahun, aku keluar ketika aku masih muda dan kini aku telah tua".
Aku
berkata kepadanya, "Demi Allah, ini ketaatan yang cukup indah dan cukup
setia."
Lalu
dia tersenyum dan berkata, "Ziarahilah orang yang kau cintai walaupun jauh
dari rumahmu dan dihalang dengan pelbagai rintangan dan sekatan, janganlah
disebabkan jauh itu menghalang kamu dari menziarahi kekasih Allah dan kekasih
umat ini, sesungguhnya seseorang yang berkasih dan bercinta pasti menziarahi
kekasihnya."
Menyentuh tentang hari sembelihan binatang korban, di sisi Imam Malik dan Imam Syafie ialah hari pertama, kedua dan ketiga (Hari Tasyrik) dan tidak harus menyembelih di malam Hari Raya di sisi Imam Hanafi berdasarkan firman Allah yang bermaksud,
"Pada
hari yang telah ditentukan" bukannya "Malam yang ditentukan."
Zikrullah
disebut bersama ketika sembelihan dijalankan dan penyempurnaan ibadah Haji.
Bagi mereka yang mengikuti sirah Haji, dapatlah dilihat bahawa amalan Haji itu
teradun dengan zikir kepada Allah seperti Talbiah, Tahlil, Takbir dan Selawat
ke atas Rasul Sollallahu 'alaihi wasallam. Ta'zim (mengagungkan) ialah
merasakan dan menghadirkan diri dengan kebesaran Allah. Pada hari yang penuh
berkat dan agung ini, marilah kita bersama-sama membesarkan Allah, berzikir
dengan penuh keinsafan dan merasa diri ini penuh dengan dosa dan kehinaan.
Hadapi Hari Raya Aidil Adha ini dengan penuh keikhlasan dan keinsafan bahawa
diri ini bukannya yang dapat menandingi insan-insan lain dan kita berubah
dengan mengisi dengan akhlak yang mulia dan terpuji.
Akhir sekali, mari kita merenung Sabda Rasul Sollallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud,
"Sesiapa
yang melakukan haji dan tidak celupar, tidak melakukan fasiq, maka pulangnya
seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya."
No comments:
Post a Comment