Assalam semua Pembloin yang setia. Sang Pemikir sayang semua pembaca dan pengikut yang sentiasa dahagakan ilmu dan pengetahuan yang membawa kita ke jalan yang lurus dan selamat. Emh, tahu tak apa itu mujtahid dan apa itu muqallid? Secara ringkasnya seorang mujtahid ialah seorang faqih (berlimu tinggi) dalam sesuatu bidang fiqh dan memenuhi semua syarat yang membolehkan dia mengeluarkan sesuatu hukum dalam sesuatu bidang yang didalami.
Menjadi seorang mujtahid bukanlah
sesuatu yang senang, tetapi ia memerlukan ketinggian ilmu yang melayakkannya untuk berijtihad.
Walau begitu, sesetengah manusia di zaman ini sudah berasa diri mereka berkebolehan di dalam berijtihad, sedangkan kebolehan mereka hanya mampu menguasai sesuatu ilmu sahaja.
Ekoran itu, mereka menimbulkan satu “fahaman baru” bahawa tidak wajib, bahkan haram kepada manusia kini bermazhabkan kepada mazhab-mazhab yang tidak maksum, seperti bermazhab as-Syafi'e, Hanafi, Maliki, Hanbali dan sebagainya, tetapi diwajibkan semua manusia bermazhabkan yang maksum, iaitu mazhab Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam.
Kenyataan sebegini merupakan satu dakwaan yang pelik. Ini kerana, jika mereka mahu mengajak manusia kepada bermazhabkan Rasulullah, bermakna mereka mahu mengiktiraf bahawa semua manusia itu adalah mujtahid, sedangkan perkara ini menyalahi firman Allah :
فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Maksudnya : Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.
(surah an-Nahl ayat 43)
Di dalam ayat ini, Allah Subhanahu wa ta'ala menyuruh manusia bertanya kepada orang yang berkepakaran sekiranya mereka tidak mengetahui. Maka dengan demikian, menandakan di sana ada orang yang tidak berkepakaran yang digelar juga sebagai orang awam yang wajib kepada dirinya bertaqlid.
Dr. Said Ramadhan al-Buti (DSRB) ada menceritakan logik disebalik kewajipan bertaqlid kepada mujtahid semasa berdebat dengan as-Syeikh Albani (SA). Antara isi dialog tersebut adalah seperti berikut :
Dr. Said Ramadhan Al-Buti : Seorang lelaki yang baru memeluk Islam, mahu menunaikan solat tetapi kebingungan bagi menentukan arah kiblat. Lalu dia membaca firman Allah :
قُلْ لِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ
Maksudnya : Katakahlah kepunyaan Allah timur dan Barat itu.
(surah al-Baqarah ayat 142)
Lelaki tersebut beranggapan bahawa setiap orang yang hendak menunaikan solat boleh menghadap ke arah mana sahaja, sepertimana dinyatakan dalam Al-Quran.
Kemudian dia mendengar bahawa keempat-empat mazhab telah sepakat bahawa dia harus menghadap Kaabah, dan dia juga mengetahui dalil dalam masalah tersebut, tetapi dia cuma belum melihat sahaja. Apabila dia hendak menunaikan solat, apakah cukup dia menunaikan solat mengikut panggilan hatinya berdasarkan kepada ayat yang dibaca atau bertaqlid dengan Imam-imam Mazhab?
as-Syeikh Albani : Memadai dengan mengikut panggilan hatinya.
(DRSB) : Meskipun dia solat ke arah yang tidak menghadap ke Kaabah sekalipun? Apakah solatnya dianggap sah?
(SA) : Ya, kerana dia diwajibkan mengikut panggilan hatinya.
(DRSB) : Andaikata panggilan hati lelaki tersebut mengatakan bahawa tidak mengapa melakukan zina, minum arak, mencuri dan sebagainya. Apakah Allah akan memberi syafaat kepadanya disebabkan panggilan hatinya?
(SA) : Senyap sebentar. Kemudian berkata : Sebenarnya contoh-contoh yang kamu tujukan kepada saya adalah khayalan belaka dan tidak ada bukti.
(DRSB) : Bukan khayalan atau dugaan semata-mata bahkan sering berlaku, bahkan ada yang lebih pelik lagi. Bagaimana tidak! Seorang pemuda yang tidak memahami apa-apa tentang Islam, al-Kitab dan as-Sunnah, kemudian membaca sepotong ayat al-Quran yang dia fahami menurut andaiannya, kemudian berpendapat bahawa dia boleh solat ke arah mana sahaja yang dia mahu, sedangkan ulama-ulama mujtahid telah sepakat menyatakan bahawa diwajibkan solat mengadap ke arab Kiblat. Dalam keadaan ini, kamu menyatakan solatnya adalah sah, semata-mata beralasan dengan panggilan hatinya. Pendirian kamu ini sebenarnya bercanggah dengan prinsip bahawa manusia itu terbahagi kepada tiga kelompok, iaitu Mujtahid, Muqallid dan Muttabi’.
Setelah (DRSB) menyatakan demikian, as-Syakh Albani menyatakan : Sepatutnya lelaki tersebut harus meneliti dan membahaskan. Apakah dia tidak membaca hadis atau ayat yang lain?
(DRSB) : Dia tidak mencukupi bahan (syarat) untuk membahas sebagaimana keadaan kamu ketika membahaskan masalah talak. Dia tidak sempat membaca ayat-ayat lain yang berhubungan dengan masalah kiblat selain ayat di atas. Dalam hal ini, apakah dia tetap harus mengikuti bisikan hatinya dengan cara meninggalkan ijmak para ulama?
(SA) : Memang dia harus berbuat demikian, kalau dia tidak mampu membahas dan menganalisa, baginya cukup berpegang pada hasil fikirannya sendiri dan tidak salah.
(DRSB) : Ucapan kamu ini sangat berbahaya dan pelik. Ucapan ini kami akan siarkan dalam tulisan….
(SA) : Silakan siar pendapat saya, saya sememangnya tidak takut.
(DRSB) : Apakah kamu tidak takut kepada Allah? Sesungguhnya ucapan kamu tadi menandakan kamu telah membuang firman Allah :

Setelah itu, as-Syaikh Albani menyatakan : Wahai saudara (DRSB), sesungguhnya para imam bukanlah yang maksum. Adapun ayat yang dia pegang merupakan firman Allah yang terpelihara dari kesalahan. Bagaimana mungkin dia harus meninggalkan yang maksum dan berpegang pada orang yang tidak maksum?
(DSRB) : Yang terpelihara dari kesalahan adalah makna hakiki yang dikehendaki oleh Allah dengan firman-Nya :

Akan tetapi, kefahaman lelaki tersebut adalah jauh sama sekali dari Pendidikan Islam yang sememangnya tidak maksum. Maka dengan demikian, masalahnya adalah bandingan antara dua faham, iaitu kefahaman atau pemikiran dari seorang yang jahil dan kefahaman atau pemikiran dari seorang imam mujtahid, yang kedua-duanya tidak maksum. Hanya beza kedua-duanya adalah, satunya jahil dan satu lagi mempunyai keilmuan.
Lalu as-Syaikh Albani menjawab : Sesungguhnya Allah tidak membebani dia melebihi kemampuan.
(DSRB) : Tolong jawab persoalan ini. Seorang yang mempunyai anak kecil yang sedang sakit demam panas. Menurut semua doktor di daerah tersebut bahawa anak kecilnya itu perlu diberi ubat khusus dan mereka melarang dari memberi ubat antibiotic. Mereka pun telah memberitahu kepada bapa tersebut, tetapi tidak diendahkan olehnya. Lalu, bapa tersebut telah membaca satu tulisan yang menyatakan bahawa ubat antibiotic boleh mengubat sakit demam panas. Tanpa mengendahkan nasihat para doktor, diberinya juga kepada anak kecilnya itu dengan ubat antibiotic sehingga menyebabkan kanak-kanak itu mati. Dengan tindakan si bapa tadi, adakah bapa tadi dikira sebagai berdosa?
(SA) : Diam sekejap, lalu berkata : Saya kira masalah ini bersalahan dengan masalah yang kita sedang bincangkan.
(DSRB) : Sebenarnya masalah ini serupa dengan masalah yang kita bincangkan. Cuba perhatikan, bapa tersebut sudah mendengar kesepakatan para doktor, sebagaimana lelaki tadi telah mendengar kesepakatan mujtahid. Akan tetapi, si bapa tersebut berpegang pada satu tulisan dari buku kesihatan, sebagaimana lelaki tersebut melakukan amalan mengikut panggilan hatinya.
(SA) : Saudara, al-Quran adalah cahaya. Cahaya al-Quran tidak dapat disamakan dengan yang lain.
(DSRB) : Apakah pembaca itu memahami maksud al-Quran seperti yang dikehendaki oleh Allah? Kalau begitu, apakah beza antara ahli ilmu dan bukan ahli ilmu yang membaca al-Quran?
Dua contoh di atas adalah sama. Kamu perlu menjawab, apakah kedua-duanya harus menerima begitu sahaja panggilan hatinya atau harus mengikuti ahli ilmu?
(SA) : Panggilan hati adalah yang paling pokok.
(DSRB) : Si bapa tadi telah melakukan mengikut panggilan hatinya sehingga mengakibatkan anaknya mati. Apakah ada tanggungjawab bagi si bapa dari segi syariat atau hukum?
(SA) : Tidak ada apa-apa tuntutan daripadanya.
(DSRB) : Dengan jawapan kamu seperti ini, saya kira dialog dan diskusi ini kita cukupkan sampai disini sahaja. Sudah jelas antara dua jalan antara pendapat kamu dan saya. Dengan jawapan kamu yang menghairankan itu, cukuplah kiranya untuk kamu telah terkeluar dari kesepakatan kaum muslimin. Cuba kamu renungkan, seorang muslim yang jahil hanya mengandaikan panggilan hatinya dalam memahami apa yang dia temui di dalam al-Quran. Lalu dia mengerjakan solat menghadap ke arah selain kiblat dan menyalahi semua umat Islam, tetapi solatnya dianggap sah. Kemudian orang biasa dengan panggilan jiwanya, dia mengubat anaknya yang sakit mengikut kehendaknya, sehinggakan anaknya sendiri mati, lalu dengan perbuatannya itu, dia terselamat dari apa-apa tuntutan dari segi syarak.
KESIMPULAN
Dari debat ilmiyyah ini, kita dapat melihat bagaimana fanatik kepada pendapat sendiri yang ada pada diri as-Syaikh Albani yang sehinggakan dia sendiri telah mengambil sikap tidak mahu menerima “kebenaran hujjah” dari Dr. Said Ramadhan al-Buti, yang kadangkala menyebabkan timbul dakwaannya yang boleh memberi bahaya kepada kefahaman Islam yang sebenar.
Jika ada dikalangan kita mengambil sikap meremeh-remehkan ulama-ulama mazhab, bacalah buku “alla Mazhabiyyah” karangan Dr. Said Ramadhan al-Buti.

Maka dengan demikian, buka hati, buka minda dan cermin-cerminlah diri kita. Siapakah kita jika mahu dibandingkan ilmu-ilmu kita dengan ilmu-ilmu ulama-ulama yang telah berjasa untuk memartabatkan agama Islam ini.
No comments:
Post a Comment